19:49 0

OsBon Juara MLM - layak ke??


Kumpulan Osbon yang dianggotai Abon dan Os malam tadi dinobatkan juara pertandingan Maharaja Lawak Mega, sekali gus merebut hadiah wang tunai sebanyak RM350,000.
Dengan tema bebas dan muzikal, Osbon berjaya mengetepikan saingan terdekatnya iaitu kumpulan Boboi yang dianggotai Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik.
Boboi jatuh ditempat kedua manakala kumpulan dari Indonesia, Saehu ditempat ketiga dan kumpulan gabungan dari Malaysia serta Singapura, Syok ditempat keempat.
Pertandingan yang disiarkan secara langsung menerusi Astro Warna itu diadili oleh Datuk Chef Wan, Zainal Abidin Hassan, Datuk Siti Nurhaliza manakala Aaron Aziz sebagai juri jemputan. Sememangnya Osbon layakkkk. hehe

Nama : Os
Nama Sebenar : Mohd Yusof Bin Abdul Hamid
Asal : Perak
Umur :50 tahun
Pencapaian : Pingat Pekerti Terpilih (PPT) oleh DYMM Paduka Sri Sultan Perak Darul Ridzwan, FFM – Pelakon Komedi Terbaik (Ghazal Untuk Rabiah)
Kerjaya : Pelakon & Penghibur

Info kumpulan Osbon (Abon) Juara Maharajalawak Mega 2011

Nama :Abon
Nama Sebenar : Sharizan Bin Ahmad
Asal : Melaka
Umur : 51 tahun
Pencapaian : Penganugerahan Bintang Cemerlang Melaka (BCM) daripada Yang Dipertua Negeri Melaka pada tahun 2006
Kerjaya : Pelakon & Penghibur
15:58 0

Polis Ohio bunuh lebih 45 haiwan eksotik; harimau, singa dan beruang

Kisah sedih ini bermula apabila pemilik sebuah kawasan ladang yang menternak haiwan eksotik ini, melepaskan haiwan-haiwan tersebut dan membunuh diri. Haiwan yang terlepas itu telah berkeliaran di kawasan sekitar. Beberapa aduan telah dibuat, dan oleh kerana khuatir keadaan tidak terkawal, akhirnya, pihak berkuasa mengarahkan untuk membunuh haiwan2 tersebut. Ini kerana Ubat penenang memerlukan masa yang lama untuk berfungsi.
Sungguh kasihan haiwan haiwan ini. Menjadi mangsa keadaan. Hari ini pencinta haiwan telahpun berkabung.
00:46 0

Khasiat 3 Buah Eksotik Yang Pelik Untuk Kesihatan Badan

Walaupun rupanya amat pelik dan boleh dianggap sebagai buah eksotik, namun khasiatnya kepada kesihatan tubuh badan manusia tidak dapat dinafikan lagi.

Khasiat 3 Buah Eksotik Yang Pelik Untuk Kesihatan Badan | Bosan dengan jambu batu, tembikai atau betik yang biasa? Terdapat beberapa buah-buahan eksotik yang kaya dengan vitamin dan rasa enak yang anda tidak tahu!
Antara buah-buahan eksotik yang berkhasiat ialah :

1. Tembikai bertanduk (horned melon)

Berasal dari Gurun Kalahari, luaran buah ini berduri menjadikan ia sesuatu yang membingungkan pada mulanya tetapi isi hijau gelap yang terdapat dalam buah ini mempunyai rasa seperti gabungan pisang, timun dan lemon, dan kaya dengan potasium, Zink dan vitamin A.

2. Kumkuat (Kumquat)


Berasal dari china, buah-buahan yang kecil ini sering dimakan mentah. Untuk menikmati rasa yang lebih enak cuba menikmati pada kulitnya mempunyai rasa yang masam manis.Untuk sumber serat pemakanan, Kumkuat juga digunakan dalam marmalade dan boleh dihiris dan ditambah dalam salad.

3. Buah naga (Dragon Fruit)


Buah-buahan ini tergolong daripada spesies kaktus dengan rasa manis, halus dan pulpa berkrim, buah naga berasal dari Mexico dan Amerika Selatan. Ia amat kaya dengan antioksida, isi buahnya putih dan bertbintik seperti benih. Ia boleh dimakan seperti buah kiwi atau dibuat jus dan dibuat perasa dalam minuman.