22:00 0

Kisah persahabatan C. Ronaldo

Rahsia Cristiano Ronaldo sebelum menjadi bintang :-

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Albert Fantrau rakan lama saya untuk kejayaan yang saya capai sekarang..kami bermain bersama-sama untuk pasukan yang sama dalam U-championship bwah 18. apabila pengurus Sporting Lisbon datang untuk melihat kami, dia berkata ” Siapa yang menjaring lebih banyak gol layak di akademi kami “.

“Kami memenangi perlawanan itu 3-0. saya menyumbat gol pertama kemudian Albert menjaringkan kedua dengan tandukan yang hebat .tetapi gol ketiga adalah mendebarkan untuk kami semua. Albert satu lawan satu dengan penjaga gol, dia menggelecek penjaga gol dan saya berlari di hadapannya. apa yang hanya patut dilakukannya adalah untuk menjaringkan gol tetapi dia memberi bola kepada saya dan saya menjaringkan gol ketiga, jadi saya layak ke akademi Sporting Lisbon. selepas perlawanan, saya bertemu beliau dan saya berkata kepadanya, “Mengapa? ” jawabnyanya “Awak lebih bagus daripada saya” ..

“Wartawan pergi ke rumah Albert dan bertanya kepadanya jika ia adalah cerita benar. dia menjawab ya. dia juga berkata bahawa kerjayanya sebagai pemain selepas perlawanan berakhir dan kini menganggur. tanya wartawan ” Tetapi bagaimana anda membina rumah ini begitu besar, anda mempunyai kereta. Anda kelihatan seperti seorang yang kaya. Anda juga mempunyai keluarga .. Dari mana semua ini datang? ” Albert dengan bangganya menjawab: “Ia adalah dari Ronaldo! “
22:25 0

Lagu Zizan dan Kaka "bawaku pergi" di haramkan.




Malique, Lyricist and songwriter, BAWAKU PERGI ber kenyataan :


Pagi tadi, Zizan (Raja Lawak) menelefon saya mengatakan surat sudah diterima dari kerajaan, lagu BAWAKU PERGI harus dihentikan penyiarannya. dengan segera.


Tanpa perbicaraan, tanpa peluang tertuduh untuk membela diri. Tidak adil, saya merasakan yang Zizan, Kaka & saya telah ditindas.


Keputusan ini dilakukan oleh individu, panel (jika wujud) yang tidak adil, cetek & berkepentingan politik secara jelas’nya.


Pada tahun 1998, saya menulis lagu PERGI JAUH untuk isteri saya. Lagu itu berkisarkan kami yang berangan-angan untuk pergi bercuti di tepi pantai Bali.


Pada tahun 2012 pula, saya menulis lagu BAWAKU PERGI sebagai susulan kepada lagu PERGI JAUH. Lagu ini berkisar mengenai kehidupan saya yang setelah beberapa tahun berkahwin tapi masih sibuk dengan kerja dan jarang-jarang dapat pulang bersama dengan isteri.


Lagu ini dicipta dari point of view si sang isteri untuk suaminya. Sang isteri berangan-angan mahu bercuti ke Tibet/Nepal sebagai tempat berbulan madu.


Kerana itulah datangnya ayat, ‘puncak dunia kita duga’. Setiap orang yang mempunyai asas geografi, akan tahu yang puncak dunia adalah di Himalaya.


Di situ jugalah wujudnya haiwan mitos Yeti yang dikatan mendiami tanah tinggi di situ. Mengapa semua ‘pentafsir profesional’ gagal untuk mengulas tentang bait tersebut?


Saya selalu mengidam untuk pergi ke Indochina melalui jalan darat, ‘pergi lebih lama, pergi lebih jauh’. Saya tiada masa untuk meletakkan diri saya dalam fikiran seorang remaja kerana zaman itu telah lama saya tinggalkan.


Saya menulis sebagai seorang dewasa dan jika ada pihak kurang matang yang mendengar lagu saya dan bertindak *****, itu bukan hal saya.


Saya gemar mengembara, dunia ini ada 196 negara, dan sempadan dunia saya tidak berakhir di Siam. Saya mempunyai kebebasan untuk mengembara dan menceritakannya kepada sesiapa sahaja.


Pada asalnya, lagu BAWAKU PERGI adalah lagu Ella featuring Malique tetapi ditukar kepada Kaka & Zizan atas permintaan Zizan sendiri. Dia menyukai lagu tersebut dan tiada timbul persoalan langsung tentang ‘niat’ lagu tersebut.


Jika lagu ini diharamkan, tanpa disoal, tanpa dibicara, saya menuntut keadilan dari KERAJAAN MALAYSIA yang telah menghukum rakyatnya dan menidakkan hak dan kebebasan saya untuk bersuara.


Orang yang patut diharamkan adalah orang yang mengusul perkara ini. Memalukan, pakcik. Saya tiada masa untuk berbalah dengan manusia yang negatif, lemah dan sangat senang dibunuh dengan kata-kata.


Salahkan diri sendiri, jika dah membesarkan anak selama 20 tahun tapi dengar lagu 4 minit, dia dah lari. Be strong pakcik, bukan semua benda dalam dunia ini berniat untuk mencederakan anda dan keluarga anda.


Saya juga ada kehidupan saya sendiri. Its just a song. If you dont like a certain food, you just leave it. You dont go around telling the whole country that they shouldnt taste it too. To whomever it may concern, you can start by being fair if not smart.


Don’t let the world laugh at you over another childish issue blown out of proportion. Jangan senang-senang nak haramkan sesuatu dan menutup periuk nasi orang. Saya ada soalan terakhir untuk semua. Siapa yang sebenarnya negatif?


- Malique, Lyricist and songwriter, BAWAKU PERGI


Sumber : RotiMiskin.com
21:22 0

Fatin afifah di ugut dengan gambar lucah? bekas kekasih pengkid? juga bertatu





Pasti ramai yang tertanya tanya siapakah gerangan pemilik nama Fatin Nur Afifah.Kembali ke September 2011 di’mana pelakon kanak kanak popular ini membuat pengakuan cinta sejenis.Menurut satu sumber dari Rotikaya yang rapat dengan Fatin Nur Afifah atau Effy ini, beliau sudah tidak lagi bersama dengan kekasih pengkid bernama Putt itu.Malah,blog yang menjadi medan untuk Fatin Nur Afifah meluahkan rasa cinta beliau terhadap kekasih pun sudah tidak wujud lagi.

Yang tidak sedap untuk di’dengar adalah Fatin Nur Afifah ini sudah pun cinta mati terhadap Putt sehingga sanggup mengabadikan nama kekasih sejenis itu melalui tattoo di’badan muda beliau
.

Untuk menambahkan perisa dalam kisah selepas percintaan epik mereka,Rotikaya Mengatakan Putt di’khabarkan memiliki gambar lucah Fatin Nur Afifah dan telah mengugut untuk sebarkan di’internet jika gadis ini melakukan sesuatu perkara yang jejaskan nama baik pengkid itu. Hmm.
23:14 0

Remaja murtad selepas SPM

Kami nak berkongsi cerita dan isu semasa yang terbaru berkenaan remaja Melayu murtad. Hai…lepas satu-satu. Mudah benar sekarang, budak-budak remaja Melayu hati mereka jadi gelap. Gambar di atas sempat dirakam dalam halaman Facebook.
Nama : Tajul Azri
Umur : 19 Tahun
Negeri : Melaka
Status : Murtad selepas SPM
Ada orang Melaka di sini? Kalau nak diikutkan dah ramai sangat sekarang ini remaja Melayu murtad di Facebook. Siapa ada group lagi. Bukan sikit punya bilangannya. Sangat membimbangkan juga jikalau tiada ditangani dengan segera. Dekat sinilah juga tempat mereka berkumpul bagi mereka-mereka yang dah pun murtad. GROUP MURTAD
Selain daripada kaunseling, paling pentingnya sekarang ini pihak yang berwajib perlu mencari punca utama sehinga menyebabkan ramai remaja Melayu murtad sekarang ini. Manakala di bawah ini pula gambar yang menunjukkkan perbualan budak hingusan Tajul Azri ini dengan maknya. Dikatakan, keluarganya masih berusaha untuk membantunya kembali kepada Islam semula.
P/S : Dunia makin canggih, budak-budak sekarang dah tak macam dulu. Makin berani. Remaja Melayu murtad satu hal, siap berani lagi beritahu satu dunia lagi. Bangga ker?
12:01 0

Ayah Pin Lumpuh


BACHOK: Pemimpin ajaran sesat ‘Kerajaan Langit’, Ayah Pin yang ghaib selepas digempur pihak berkuasa kini muncul kembali, tetapi dalam keadaan menyedihkan apabila lumpuh separuh badan bahagian kanan akibat angin ahmar dan hanya mampu berjalan dengan dipimpin orang.
Bagi mengubati penyakitnya itu, Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Muhammad, 75, kini dikatakan berulang-alik dari tempat tinggalnya di Batu 13, Hulu Besut ke Bachok untuk berurut dengan seorang tukang urut.


Setiap kali datang berurut, Ayah Pin ditemani dua isterinya serta seorang anak perempuan berusia belasan tahun dengan menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) berwarna gelap.
Keadaan terbaru Ayah Pin itu disahkan adiknya, Abdul Rahman Muhamad, 64, yang kerap dikunjungi abangnya itu ketika datang berurut di Bachok
Abdul Rahman berkata, abangnya itu diserang angin ahmar ketika minum di sebuah gerai di Batu 13, Hulu Besut bulan lalu.

sumber:  http://helmifaiz.com/ayah-pin-lumpuh/ 
19:52 0

Suspek Bunuh Dan Bakar Dirang Didakwa Hari Ini

JOHOR BAHRU – Tiga suspek termasuk seorang wanita yang dipercayai terlibat dengan pembunuhan kejam Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau lebih dikenali sebagai Dirang akan didakwa di mahkamah di sini esok.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, bagaimanapun, hanya seorang suspek lelaki akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.
Manakala seorang lagi suspek lelaki katanya, akan didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dakwaan ke atas suspek perempuan pula hanya diketahui pada hari esok.
“Kita telah dimaklumkan oleh pihak Timbalan Pendakwa Raya (DPP) bahawa suspek kes bunuh dan bakar Dirang akan didakwa esok.
Justeru, tahniah saya ucapkan kepada mereka yang terlibat dalam memastikan kes itu berjalan lancar,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas sambutan Majlis Peringatan Hari Polis Ke-205 Kontinjen Johor yang dihadiri lebih 2,000 pegawai dan anggota polis negeri ini di Setia Indah di sini hari ini.
Turut hadir, isterinya, Datin Bibi Zakiah Meraslam yang juga merupakan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Johor.
Jumaat lalu, perintah tahanan reman terhadap tiga suspek berkenaan dilanjutkan seminggu lagi dan berkahir 30 Mac depan.
Ketiga-tiga suspek berusia 30-an serta 40-an itu juga didapati positif dadah selain dua daripada mereka turut mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kesalahan dadah dan curi.
Sementara itu, mengulas mengenai perkembangan siasatan penghantaran khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan yang diterima ibu Dirang, Roselyn Alan, 25, sebelum ini, Mohd. Mokhtar berkata, kertas siasatan sudah dimajukan kepada DPP.
Namun, katanya, pihak DPP mengarahkan supaya kes tersebut ditutup kerana ia dihantar oleh kanak-kanak berusia 11 tahun.
“Bagi kes SMS ugutan itu, kita telah menahan dua orang dan hasil siasatan mendapati SMS tersebut dihantar oleh anak kepada salah seorang yang ditahan berusia 11 tahun dan rakan sebaya kanak-kanak tersebut.
“Jika mengikut Seksyen 83, perbuatan kanak-kanak yang berumur lebih daripada 10 tahun tetapi kurang daripada 12 tahun belum cukup untuk timbangkan keadaan dan akibat. Jadi, kes ditutup kerana tiada kesalahan,” ujarnya.

sumber: mynewshub
11:10 0

Perarakan "wanita suara perubahan" ganggu budak-budak bersukan?



sengal betul, semua nak tunjuk hebat, sampai budak-budak nak bersukan pun diganggu.Huhuhu.betul kah?
20:37 0

Stacy ambil anak angkat

Dalam tak disangka-sangka, Stacy juga meminati kanak-kanak apatah lagi baby. Difahamkan Stacy kini telah mengambil anak angkat dimana anak angkatnya itu masih lagi seorang bayi yang berusia sekitar satu-dua bulan. Nama bayi berkenaan adalah Bella Valentina. Mungkin Stacy mahu belajar dahulu cara penjagaa anak sebelum mendirikan rumahtangga kot, tak pun dia terasa sunyi tanpa ada yang harus dibelai-belai. hihi. :)


gambar gosip Cari
14:35 0

SchAwal buat sidang media 27 Mac ini, umum bila nak kahwin

Mendapat informasi daripada laman GUA, dah menjadi trend pasangan selebriti popular, dikhabarkan yang pasangan Scha al Yahya dan Awal Ashaari bakal mengadakan satu sesi sidang media bersama wartawan pada 27 Mac ini bersamaan hari Selasa di Flora Cafe Kuala Lumpur untuk memberitahu tarikh keramat bilakah perkahwinan mereka diistiharkan kepada peminat dan rakyat Malaysia. Siapa yang tahu tempat ini, boleh lah serbu terlebih dahulu.
23:35 0

Sharifah Amani tak pilih bulu



Pernah merangkul anugerah Pelakon Harapan Wanita menerusi filem Sepet pada Festival Filem Malaysia Ke-18 (FFM18), kehebatan pelakon ini tidak boleh dipertikaikan lagi.

Bukan sahaja dapat menjiwai watak dengan penuh mendalam, malah pelakon filem Muallaf, Sharifah Amani, juga tidak pernah ‘memilih bulu’.

Tidak kira apa jua watak yang diberikan, komitmen Amani, ternyata harus dipuji. Terbaru, watak yang dipegangnya menerusi cerekarama di TV3 berjudul Pelarian, amat berkesan.

Drama arahan Azma Aizal Yusoof ini menyingkap sisi golongan gelandangan melalui kisah tiga beradik yang hidup di jalanan dalam usaha mencari ibu mereka di Kuala Lumpur.

Menurut Amani yang mesra disapa Nani, tidak pernah terlintas di fikirannya untuk memilih watak. Malah, setiap watak yang diberikan dianggap sebagai pengalaman berbeza yang harus ditimba.

“Menerusi drama Pelarian, watak tersebut ialah Miza bukan Sharifah Amani. Jadi, saya perlu jadi Miza dan menyelami kehidupan sebagai gelandangan.

“Walaupun harus berpakaian comot dan hidup di jalanan, saya sanggup lakukan. Lagipun, pelakon tidak boleh jadi selebriti dan hanya berlakon dengan sentiasa bersolek tebal.

“Pelakon dan nak cuba berlakon, dua perkara berbeza. Ramai yang salah anggap perkara ini dan tidak sanggup untuk bawa watak buruk. Selagi saya digelar pelakon, selagi itulah saya akan terus bawa watak yang diarahkan,” katanya. 
12:38 0

Masalah Kewangan Punca Ekin, Yazir (AF3) Tangguh Kahwin





PETALING JAYA: Bekas pelajar program Akademi Fantasia musim ke tiga (AF3) iaitu Ekin terpaksa menangguhkan hasratnya untuk berumah tangga dengan penyanyi Yazer kerana faktor kewangan yang masih belum kukuh.

Ekin, 28, berkata, pada dasarnya dia sudah bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan namun perlu memahami kedudukan bakal suami yang masih belum stabil.

"Saya dan Yazer bukannya popular sangat dan jarang ada undangan nyanyian. Tambahan pula tanggungjawab untuk berkahwin bukannya senang kerana ia memerlukan komitmen yang besar terutamanya daripada pihak lelaki," ujarnya kepada mStar Online.

Bagaimanapun percintaannya dengan Yazer yang telah melangkau hampir empat tahun itu semakin utuh kerana mereka sama-sama mengharungi susah senang bergelar seorang artis.

Ekin memberitahu, mereka saling bantu membantu dalam kerjaya masing-masing.

"Kepada Yazer saya mengadu dan berkongsi masalah dan begitu juga dia. Kami saling menjaga hubungan antara satu sama lain," ujarnya.

Dalam pada itu, Ekin berhasrat kembali ke negeri kelahirannya iaitu Sabah untuk mengembangkan kerjaya nyanyiannya.

Ekin berkata, keputusan itu dibuat selepas memikirkan kerjaya seninya di Kuala Lumpur tidak berjalan dengan begitu baik dan perlu memikirkan sesuatu untuk masa depannya.

"Nak kata kecewa tidak juga tetapi itu adalah satu usaha yang perlu saya lakukan untuk meneruskan kerjaya nyanyian saya selepas tidak begitu dikenali di kalangan peminat di Kuala Lumpur," ujarnya.

Tambahnya, dia ingin mengikut jejak langkah rakan seperjuangannya iaitu Felix yang popular dan dikenali ramai di Sabah.