01:15 0

Ketua Wanita PKR Bakal Adakan Sidang Akhbar Tunjuk Bukti Skandal Zahida Rafik

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin semalam berkata yang beliau telah menerima surat tuntutan guaman daripada aktress Zahida Rafik yang di’dakwa terlibat dalam skandal bersama menteri.
Zuraida Kamaruddin sebelum ini mendakwa Zahida Rafik telah menerima bayaran sejumlah RM1.5 juta daripada seorang ahli politik bergelar menteri sepanjang hujung tahun lepas.
Surat tuntutan guaman itu meminta Ketua Wanita PKR tersebut berhenti daripada membuat kenyataan berhubung isu yang mengaitkan Zahida Rafik dengan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
“Saya tidak menjangka untuk terima satu surat daripada Zahida. Saya fikir Shafie yang mahu menyaman saya dan mengapa pelakon ini menggunakan peguam UMNO sebagai peguam?”, ujar ahli parlimen Ampang ini kepada Malaysia Kini

Zuraida Kamaruddin berkata beliau akan membuat dakwaan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan tidak menolak kemungkinan untuk membuat satu sidang akhbar khas untuk kemukakan bukti & saksi yang terlibat.
19:23 0

Man. City Lawan Harimau Malaya Pada 30 Julai


KUALA LUMPUR – Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City Football Club (Manchester City) akan mengadakan kunjungan julung kali ke Malaysia dan dijadual mengadakan perlawanan persahabatan dengan Harimau Malaya pada 30 Julai di Stadium Nasional, Bukit Jalil di sini.

Ketua Pegawai Jenama Komersil Manchester City Ian Cafferky berkata pasukan yang menjadi pencabar pilihan Liga Juara-Juara itu berjanji akan membariskan pemain utama mereka dan ini merupakan peluang para peminat pasukan Sky Blues.

“Kami akan membawa setiap pemain yang ada ke Malaysia. Lawatan ini sangat mengujakan pasukan Manchester City FC.
“Ini jelas membuktikan terdapat satu keghairahan ketara terhadap Liga Perdana (Inggeris) di Malaysia dan kami sangat teruja untuk membawa pasukan kami menemui para peminat di Asia Tenggara dan menyaksikan sendiri keterujaan peminat adalah suatu pengalaman yang menarik,” katanya pada sidang media mengenai Jelajah Kelab Bola Sepak EPL oleh ProEvent International di sini pada Rabu
15:45 0

300 tatu bendera pada tubuh


NEW DELHI: Seorang lelaki yang terlalu obses untuk memecahkan rekod dunia akhirnya terpaksa berhenti melakar tatu bendera pada tubuh dan kepalanya selepas isterinya mengancam meninggalkannya. Guinness Rishi, 70, dari Delhi dilitupi 305 bendera pelbagai negara, 185 peta negara, 165 bendera mini dan 2,985 karektor.

Isterinya yang sudah sekian lama menderita akhirnya memujuknya supaya berhenti selepas meyakinkan Guinness bahawa tidak ada orang yang ingin memecahkan rekodnya. Rekod rasmi yang dipegangnya ketika ini dicatat pada 2009 dengan 220 tatu bendera. “Saya memecahkan rekod sendiri dan akan mempelawa pegawai Buku Rekod Dunia Guinness untuk mengemaskinikan catatan mereka supaya pencapaian terbaru saya diiktiraf,” kata Guinness yang nama asalnya Har Prakash. Dia menukar namanya itu apabila mula berusaha mencatatkan sebanyak rekod dunia yang mungkin lima tahun lalu.

 Dua puluh dua rekodnya termasuk menulis wasiat paling panjang di dunia, sebanyak 489 muka dan menghantar piza dari New Delhi ke San Francisco. Isteri Guinness, Bimla begitu berang dengan sikap suaminya yang suka untuk menarik perhatian hinggakan enggan keluar bersamanya.

Wanita itu juga mensabotaj usaha Guinness untuk memecahkan rekod calon politik paling buruk dengan berjanji untuk mengundinya. “Saya hanya mahu dikenang selepas mati. Tetapi isteri saya begitu berang hingga mahu meninggalkan saya,” kata Guinness. Dia juga sanggup mencabut semua giginya supaya dapat memasukkan 750 penyedut minuman ke dalam mulutnya bagi mencatatkan rekod baru. “Orang kata saya gila, tetapi saya tak peduli,” katanya. - DM
14:00 0

Rohana Jalil Akui Bertekak Dengan Kilafairy

KUALA LUMPUR: Penyanyi popular era 80-an, Rohana Jalil sering bertekak dengan pelakon dan penyanyi, Kilafairy kerana kurang senang dengan sikap sambil lewa anaknya itu terhadap bidang seni.

Rohana berkata, Kilafairy yang baru berusia 18 tahun itu masih mentah dan ada masanya dia akan cepat bosan dengan apa yang dilakukannya.

"Dia masuk ke dunia seni tanpa perlu bersusah payah seperti mana zaman saya dulu dan kesenangan yang dimiliki kadang-kadang membuat dia lupa dan mula sambil lewa.

"Saya bertekak dengan dia tu bukanlah bermaksud kami bergaduh tapi lebih kepada nasihat kerana dia pun masih muda dan perlu ada orang tua seperti saya yang tahu selok-belok dunia hiburan.

"Saya sebagai ibu tidak mahu dia hanyut dengan glamor sehingga terlepas peluang atau melakukan sesuatu yang akan dia menyusahkan dia kemudian hari," katanya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis pelancaran Pertandingan Bintang RTM 2012 di Angkasapuri di sini, Isnin.

Dalam pada itu, Rohana berkata, dia sebenarnya mahu Kilafairy memberi tumpuan sepenuhnya kepada karier nyanyian tetapi minat anaknya itu lebih terhadap dunia lakonan.

Bagaimanapun kata Rohana, Kilafairy kini lebih berhati-hati dalam memilih watak kerana sering diberi peranan 'gedik' yang kurang sesuai dengan usianya yang masih muda.

"Lakonan adalah minat dia dan sebagai ibu, saya tetap sokong tetapi dia mesti bersungguh-sungguh dalam apa yang dilakukan. Setakat ini usaha itu sudah nampak cuma dia perlu tingkatkan lagi," katanya.

Sementara itu, Rohana berkata, dia bakal muncul dengan single duet bersama anak gadisnya itu dan memilih komposer Amylea (AF) untuk mencipta lagu itu nanti.

Kata Rohana, dia menyerahkan kepada komposer muda itu untuk memilih lagu sesuai untuk mereka kerana ingin muncul dengan sesuatu yang baru dan segar bersama anak.

"Saya teruja dengan projek terbaru ini dan ingin muncul dengan sesuatu yang boleh menambat hati peminat Kilafairy dan saya sendiri. Jadi rasanya orang baru seperti Amylea lebih mengetahui apa yang sesuai untuk lagu duet itu nanti," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Rohana berkata, dia bakal muncul dalam satu persembahan khas di Hotel UiTM di Shah Alam pada 28 April ini bersama dua rakan baiknya iaitu Nassier Wahab dan Zur Eda pada pukul tiga petang.




12:00 0

jom tengok kad pengenalan P.Ramlee



Berikut merupakan 2 keping gambar depan dan belakang Arwah P. Ramlee yang popular dengan filem-filem yang masih diminati sehingga kini..

Jom layan:
GAMBAR DEPAN:





GAMBAR BELAKANG:


11:01 0

Shafie Afdal Nafi Ada Hubungan Dengan Zahida Rafik







KUALA LUMPUR – Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Afdal menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bekas pemandu, Noor Azman Azemi, yang mengaitkan beliau dengan pembayaran wang dalam jumlah yang besar kepada seorang artis wanita, Zahida Rafik.

Menurut kenyataan bertulis yang kami terima sebentar tadi, Shafie menjelaskan bahawa segala yang tertulis di dalam laporan polis yang dibuat oleh Noor Azman adalah tidak benar sama sekali.
Beliau yang juga Naib Presiden UMNO turut menyifatkan tindakan segelintir pihak yang menyebarkan laporan polis tersebut sebagai berniat jahat yang bermotifkan kepentingan politik pihak tertentu.

Shafie turut menegaskan bahawa beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang berterusan memfitnah dan mengaitkan namanya dengan isu tersebut.
Zahida sebelum ini membuat laporan polis terhadap Noor Azman yang dikatakan telah melarikan sejumlah RM200,000 wang syarikatnya setelah meminta pemandunya itu memasukkan wang tersebut di dalam akaun syarikat perniagaan milik keluarganya.

Noor Azman yang “hilang” sebelum ini muncul dengan membuat laporan polis mendakwa bahawa seorang menteri kabinet menyerahkan wang sejumlah RM1.5 juta kepada seorang artis wanita yang dipercayai bekas majikannya, Zahida.

Spekulasi itu terus meruncing apabila beberapa pemimpin parti politik pembangkang membuat sidang akhbar menyebarkan dakwaan tersebut dengan mengaitkan nama Shafie sebagai menteri terbabit yang memberikan wang beberapa kali kepada Zahida dalam jumlah yang besar.

Berikut adalah kenyataan penuh Shafie yang diterima hari ini;

“Saya mengikuti dengan rapat beberapa laporan di dalam media dan blog-blog tempatan yang telah mengaitkan nama saya dengan satu laporan polis oleh seorang yang bernama Noor Azman bin Azemi (No. K/P: 740214146237) No report AMPANG/007017/12 yang bertarikh 13 Mac 2012 yang mendakwa bekerja sebagai pemandu di bawah saya, dan mengaitkan saya dengan pembayaran wang yang sebegitu banyak kepada seorang artis bernama Zahida Binti Mohamed Rafik,” katanya.

“Dengan ini, saya ingin menyatakan bahawa semua yang tertera di dalam laporan polis berkenaan adalah TIDAK BENAR sama sekali dan kenyataan-kenyataan iringan oleh individu yang menyebarluaskan salinan laporan polis berkenaan adalah BERNIAT JAHAT dan BERUNSUR POLITIK semata-mata.

“Sehubungan dengan itu, saya bersedia mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa saja yang terus-terusan memfitnah saya dan mengaitkan saya dengan perkara ini.
Sekian, terima kasih.

Dato’ Seri Mohd Shafie Afdal – Putrajaya, 23 April 2012.”
16:23 0

Rita Dedah Aidil Beri RM1,500 Untuk 3 Bulan




KUALA LUMPUR – Pelakon wanita tanahair, Rita Rudaini mendedahkan bahawa suaminya, Aidil Zafuan Abdul Radzak, hanya memberikan wang sebanyak RM1,500 kepadanya selepas tiga bulan keluar dari rumah meninggalkannya dan anak-anak.

Rita berkata, dia banyak berkorban menyara kehidupan anak-anaknya selama ini dan akan menuntut nafkah berjumlah ratusan ribu dari Aidil Zafuan bermula dari sejak diijabkabulkan empat tahun lalu.

“Selepas berbincang dengan peguam, saya tampil dengan tuntutan nafkah yang diabaikan selama ini. Aidil adalah seorang suami yang lupa tanggungjawab jika tidak diingatkan.

“Bayangkan, Aidil hanya menghulurkan duit RM1,500 selepas lebih tiga bulan meninggalkan saya dan anak-anak. Jumlah yang dituntut ini dihitung daripada hari pertama kami berkahwin pada 25 Februari 2008,” katanya yang dipetik dari laman blog hiburan terkenal, Beautifulnara.com.

Bagaimanapun, Rita menafikan bahawa tuntutannya itu membayangkan dirinya sebagai mata duitan dan hanya menuntut haknya sebagai isteri dan dua anak mereka yang bakal membesar tanpa kasih sayang dan sentuhan bapa kandung mereka.

“Saya bukan mata duitan. Kalau saya mahu hidup mewah, saya tidak akan berkahwin dengan pemain bola. Saya berkahwin atas dasar cinta dan ikhlas untuk hidup bersamanya, tetapi, hidup saya dipersiakan.

“Apa yang saya tuntut adalah hak saya sebagai isteri dan hak dua cahaya mata, Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna, 1, yang selepas ini membesar tanpa perhatian dan kasih sayang seorang bapa,” katanya lagi.

Aidil Zafuan sebelum ini telah memfailkan penceraian mereka di Mahkamah Syariah Petaling Jaya dan Rita bakal membuat tuntutan balas terhadap pemain bola sepak negara itu pada 30 April ini.

Proses penceraian Aidil dan Rita yang bernikah di selatan Thailand itu bagaimanapun dikritik hebat oleh para peminat industri hiburan tanahair yang kasihan terhadap anak-anak pasangan selebriti itu pada masa akan datang.
14:36 0

kesilapan cerita Sherlock Holmes

Sherlock Holmes: A Game Of Shadows (2011)

1. FAKTA ATAU AUTA: Letupan pada minit pertama memang nampak pelik. Yela. Meletup je habis tumbang orang yang lalu lalang. Tak bergerak gerak. Takkanlah yang duduk jauh pun boleh tumbang. Nampak sangat nipunye. 
2. Semasa Sherlock menyamar jadi orang Cina, tocang Sherlock yang berada di bahu kanannya sekejap ada sekejap hilang between syot. 
3. Semasa Sherlock lari ke keranda Firaun, buku yang ada atas meja hilang tiba tiba lepas tukar syot. 
4. Tongkat Watson yang tersembunyi di sebalik lengannya muncul tiba tiba selepas tukar syot. 
5. Korang akan perasan yang pelayan yang letak benda atas meja, dalam syot depan, lengan baju dia warna putih berjalur hitam. Tapi, tukar syot, pelayan tu pakai kot hitam pulak. 
6. Kat tarot pada awalnya berada di tengah satu bulatan yang dijahit. Namun, semasa Sherlock letak kad keempat, korang akan lihat susunan kad berada di tepi bulatan dan ada lebihan kad muncul di sebelah kad perempuan berkain merah. 
7. Kain yang berada di tepi Watson yang kemas tiba tiba jadi serabut secara tiba tiba selepas tukar syot. 
8. Satu botol jatuh atas tanah dan disebabkan satu lagi botol menindih, botol tersebut bergerak ke belakang tayar. Namun, tukar syot, botol tersebut berada di bawah tayar semula secara tiba tiba. 
9. Kain tangan atas meja chess Moriarty berubah posisi selepas tukar syot. 
10. Semasa syot awal, jarak antara seorang perempuan dengan sekumpulan lelaki jauh sedikit. Bila tukar syot saja, jarak perempuan tu dekat pula. 
11. Malah, semasa Watson nak turun kereta kuda, muncul beberapa orang lelaki dan perempuan berdiri di satu kawasan yang awal tadi ada orang duduk. 
12. Korang akan perasan yang luka Sherlock di pipi kirinya tidak konsisten dalam setiap syot sehingga akhir filem. Dalam beberapa syot, luka/parut itu hilang dan muncul dalam beberapa syot kemudian. 
13. Semasa geng Sherlock lari nak keluar dari kilang, kat dinding ada dua benda yang akan digunakan untuk panjat. Tetapi, semasa syot jauh, tepi dinding tu kosong je. 

14. Watson luka di perut kanannya sebab peluru yang ditembak (walaupun peluru tu tak kena tepat), tetapi dalam keretapi, dia jahit luka di perut kirinya.
22:08 0

jom ber''teka -teki"

SILA KETAWA KUAT2!onion head

1) Semua haiwan jadi monyet,monyet jadi apa?
jwpn: Jadi banyak.
2) Antara ekor lembu dengan ekor tikus… ekor mana yg lebih pjg & kenapa?
jwpn: ekor tikus lebih panjang sebab mencecah lantai!
3) Dari banyak banyak burung, burung mana jagaatuknya sendiri?
jwpn: Burung belatuk aaa..
4)kete apa yang bley jalan dari pokok ke pokok?
jwpn: nissan 323 (tree to tree)
5)Apa yang paling pandai dalam makmal?
jwpn: termometer sebab byk degree :-)
6)Banyak- banyak binatang…binatang apa keluar haid…
jwpn: kura-kura..ala tu pun tak tahu…keluar HEAD….tak paham jugak.ala kepala le..

7)Kalau korang semuanya pandai, cuba teka, banyak-banyak sungai, sungai apa yang paling berat?
Jawapannya ialah Sungai Besi…Ha…ha…ha…

8) Dlm banyak- banyak pokok,pokok apa yg baik hati?
jwpn dia pokok pisang sebab dia keluarkan jantung dia.

9) Huruf jawi apa yang ada angin…
huruf TA dan YA laa… kan jadi TAYAR tu

10)Antara huruf A hingga Z,banyak-banyak huruf tu..mane huruf yang boleh kahwin …ahhh sape dapat jawab????
jwpnnya ialah…huruf i ngan u lerrr..hehehehehe.nih antara pasangan bercinta lerrr ..hehehehe

11)Cuba teka, mouse komputer , jantan ke betina?
jwpannya betina ler..pasal dia pakai pad.hehe

12 )Ada sekor gajah dan sekor kancil,berjalan2 dalam hutan.Suatu ketika,mereka terjumpa sebuah titi. Semasa kancil menaiki titi tersebut, titi tersebut runtuh.Kancil telah patah kaki. Gajah pula patah………
jwpannya Gajah PATAH BALIK kot! muhahahaha..
 
 
20:32 0

Akim dan Atilia tersingkir



Melihatkan konsert yang berbaki empat minggu, penyingkiran dua peserta seperti di’umumkan Aznil Hj. Nawawi di’awal rancangan memang sudah boleh di’duga.

Atilia & Akim Ahmad menjadi mangsa penyingkiran pada konsert MANIA ke-6 yang berlangsung malam tadi sekaligus meninggalkan 11 peserta lain untuk terus bersaing.

Sehingga artikel ini di’tulis, Shila Amzah mendahului senarai undian SMS anda semua dengan 22% di’ikuti Stacy AF (21%) & kumpulan Estranged (18%). Manakala Ebi & kumpulan Kristal kini berada dalam kedudukan bahaya.

Penyingkiran Akim Ahmad malam tadi mengundang pelbagai reaksi daripada para peminat yang rata rata terkejut dengan keputusan tersebut selain beranggapan Akim Ahmad masih layak untuk terus bersaing.


Kalau anda sayangkan artis kegemaran anda & mahu mereka yang tinggal untuk terus bersaing, jangan lupa teruskan undian anda setiap hari. Jangan jadikan mereka mangsa.
18:14 0

Zahida Rafik Nafi Terlibat Skandal Menteri Melalui Twitter

Ada 3 episod untuk edisi kali ini.


ZAHIDA RAFIK




EPISOD 1
Zahida Rafik Putih Mata Apabila RM200,000 Dilarikan Pemandu Sendiri ]





Laporan Harian Metro ada menyebut yang pelakon dan juga ahli perniagaan, Zahida Rafik telah mengalami kerugian RM200,000 apabila di’khianati pekerja sendiri.
Zahida Rafik menyerahkan wang tunai berkenaan kepada lelaki berusia 37 tahun bergelar pemandu peribadi itu sekitar 11.00 pagi Rabu lalu dan sejak itu suspek gagal dihubungi serta dipercayai sudah melarikan diri.
“Saya percayakannya sebab dia sudah bekerja dengan saya hampir lima tahun & sebelum ini tidak pernah melakukan apa apa kesalahan,” kata Zahida Rafik kepada media hari ini. 
Menurut Zahida Rafik lagi, ini pertama kali beliau percayakan pemandu’nya itu dengan jumlah wang yang besar — dan sebelum ini pun, jika memerlukan apa apa urusan memasukkan wang, Zahida Rafik akan turut serta.
Wang RM200,000 itu sepatutnya menjadi bayaran kepada seorang rakan niaga keluarga beliau dari China. Persoalan’nya sekarang, apakah perniagaan yang di’jalankan Zahida Rafik sehingga mampu memegang wang sebanyak itu dalam satu masa.
14:10 0

Anak Kevin Rudd Kahwini Gadis Melayu Di Gereja

Sekarang ini dalam internet ‘kecoh’ apabila seorang gadis Melayu dari Pulau Pinang dikatakan berkahwin dengan anak VVIP dari Australia di sebuah gereja.
Melalui laporan akhbar, Nicholis Rudd, 26, anak kepada Kevin Rudd bekas Perdana Menteri Australia telah berkahwin di Gereja Anglikan St James ‘di King St, Sydney, bersama pasangannya Zara Shafruddin, 27.
Perkahwinan itu dirahsiakan sehinggalah bekas Perdana Menteri itu mengumumkan di Twitternya.
Perkahwinan itu telah dihadiri oleh kawan rapat dan keluarga pasangan itu.
Selepas majlis, pasangan itu telah menaiki limosin ke Catalina di Rose Bay untuk majlis Resepsi.
Pasangan itu bertemu pada majlis perkahwinan Jessica, anak sulung Rudd dan Rein isterinya di Brisbane Therese Mei 2007.
Nicholas Rudd melamar Zara semasa percutian Easter di Republik Czech pada bulan April 2010.
Zara berkata dia terkejut apabila Nick melutut dihadapannya.
“Saya tidak menjangkakan, tetapi saya tahu akan menjadi lebih bahagia. Bukan sahaja dia sangat bijak, pemurah tetapi juga baik hati, ,” kata Zara Shafruddin.
Pasangan pengantin, kedua-dua peguam, bekerja di firma undang-undang antarabangsa Clayton Utz di Sydney.


apa-apa pun jangan tuduh sebarangan, melayu tak semestinya Islam. Kita tunggu je la statement selanjutnya nanti.