20:08 0

Kenapa awek cun ini ditahan?


Hmm, kenapa awek cun ini ditahan ye?



Arianny celeste, seorang ahli UCL Ring, telah ditahan kerana memberi satu terajang yang hebat kepada teman lelakinya. Ini kerana, teman lelakinya itu dikatakan curang, dan sering menghantar mesej yang meragukan kepada bebeapa gadis lain.


10:31 0

Namewee Lancar Promo Video Filem Hantu Gangster

Namewee bakal kembali dengan filem Hantu Gangster seperti yang anda semua tahu.

Filem ini menggabung ramai artis dari pelbagai kaum, 1 Malaysia gitu.

Antara nama yang terlibat dalam filem kedua ini termasuklah Diana Danielle, Farid Kamil, Noh Hujan, Mizz Nina, Dennis Lau, Reshmonu, David Arumugam & Jalaluddin Hassan.

Awal malam tadi menerusi Twitter & Facebook, Namewee melancarkan sebuah video pandang pertama yang memberikan gambaran awal tentang filem ini nanti.

Filem Hantu Gangster di’jadualkan ke pawagam pada 31 Ogos 2012. Jom layannnn


23:28 0

Linda Rafar Terperangkap Dalam Lif

PETALING JAYA: Penyanyi Linda Rafar yang ingin membeli belah di Plaza Alam Sentral, Shah Alam, pada tengah hari Ahad, cemas apabila terperangkap selama 10 minit di dalam sebuah lif.

Linda berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, dia dan anak ketiganya,Syed Rezzaqiib, 4, ingin turun ke aras bawah, selepas menghantar dua anak lelakinya iaitu Rezzaril, 12, dan Rezzaiman, 10, bermain 'bowling'.

"Selepas menghantar anak saya bermain 'bowling' di aras atas, saya turun ke aras bawah bagi membeli barang-barang dapur.

"Pada kejadian itu, bukan saya dan Rezzaqiib sahaja berada dalam lif, terdapat beberapa orang termasuklah seorang pekerja plaza itu. Agak mencemaskan, kerana masing-masing sukar untuk bernafas," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Ahad.

Tambah Linda, lebih mencemaskan lagi apabila lampu lif tersebut terpadam dan ia membuatkan Linda berasa lebih panik, tambah pula anaknya semakin lemah kerana kesukaran bernafas.

"Sebenarnya, yang membuatkan saya lebih cemas apabila salah seorang daripada kami yang terperangkap ini berkata yang lif berkenaan memang sering bermasalah dan ia dapat dibuka dalam masa satu hari. Gemuruh darah saya dibuatnya.

"Syukurlah, lif berkenaan dapat dibaiki oleh petugas penyenggaraan yang dimaklumkan mengenai kejadian itu," ujar Linda.

Bagaimanapun, kejadian tersebut membuatkan Linda trauma untuk menggunakan kemudahan itu lagi malah katanya, dia sanggup naik turun tangga atau eskalator daripada terperangkap sekali lagi.

"Baru saya faham bagaimana rasanya apabila terperangkap dalam lif. Bila kawan-kawan saya melalui pengalaman begitu sehingga rasa trauma untuk masuk lif, saya sering menganggap ia satu benda yang remeh.

"Namun, apabila saya merasainya sendiri, barulah saya faham, ia mampu membuatkan kita cemas dan tak tentu arah. Mujurlah ada beberapa orang lagi yang terperangkap, sekurang-kurangnya kita dapat berfikir cara untuk menyelamatkan diri," tuturnya.

Ekoran kejadian itu, Linda tidak membuat sebarang tindakan terhadap pihak pengurusan pusat membeli belah itu.

Namun, bekas ahli kumpulan Elite itu menasihatkan kepada semua supaya berwaspada dan pastikan tidak keseorangan apabila memasuki lif, agar tidak berasa panik sekiranya berlaku sebarang masalah.

20:25 0

Dadah: Saiful Apek Pelik Tidak Digam Stesen TV :Syukur.

PETALING JAYA: Pelawak Saiful Apek, 42, berasa pelik apabila namanya tidak digam oleh mana-mana stesen televisyen (TV) di negara memandangkan dia sedang menjalani perbicaraan atas dakwaan berkaitan dadah.

Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff berkata, hal tersebut membuatkan dia bersyukur walaupun pada mulanya agak risau dengan statusnya sama ada diterima stesen TV atau tidak.

"Berdasarkan apa yang dilihat sebelum ini, ramai artis yang digam apabila mereka dikaitkan dengan dadah tapi lain pula situasi saya ini yang masih lagi menerima pelbagai tawaran kerja daripada pihak stesen TV.

"Risau juga jika digam, kerana ia mampu menjejaskan karier saya yang menyara keluarga. Walaupun berasa pelik, namun saya bersyukur kerana diberi peluang untuk bekerja macam biasa," katanya.

Tambah Saiful Apek, dia menganggap budaya artis digam sudah berubah mengikut peredaran zaman di mana kualiti kerja tiada kaitan dengan hal-hal dadah yang lebih kepada unsur peribadi.

"Pada pendapat saya, isu artis digam adalah budaya dahulu dan kini pihak stesen TV lebih terbuka tentang hal ini di mana mereka tidak mengaitkan antara hal-hal kerja dan peribadi.

"Lagipun artis-artis ini tidak sepatutnya diperlakukan begitu (digam) kerana mereka hanya menjalankan tugas menerusi kerja-kerja yang dipertanggungjawabkan.

"Bagaimanapun, takut juga jika timbulnya provokasi bagi menutup periuk nasi saya atau artis-artis yang senasib saya," tuturnya.

Pada 1 November tahun lalu, Saiful Apek dan tiga rakannya iaitu Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28, Shaiful Baharom, 24, dan Noremy Mohamad, 28, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badan.

Kesemua mereka didakwa melakukan perbuatan tersebut di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, di IPD Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan di sini pada pukul 11 malam, 12 Jun 2010.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM5,000.

18:25 0

Ramli MS Berpindah Selepas 10 Tahun Tinggal Di Hotel




PETALING JAYA: Akhirnya, konduktor muzik terkenal, Datuk Ramli Mohamed Salleh atau Ramli MS, membuat keputusan untuk berpindah ke rumah yang baru dibelinya awal tahun depan selepas 10 tahun menetap di sebuah hotel.

Ramli berkata, sudah sampai masanya untuk dia memikirkan masa depan dengan memiliki sebuah rumah yang selesa agar dapat tinggal bersama ibunya yang masih lagi menetap di Singapura.

"Antara sebab saya tinggal di hotel selama ini kerana kemudahan yang disediakan memudahkan saya yang sentiasa sibuk menguruskan kerjaya seni dan tidak perlu nak fikir tentang masalah rumah bersepah, keselamatan dan sebagainya.

"Bagaimanapun, saya juga perlu memikirkan tentang masa depan. Insya-Allah saya akan membawa ibu bersama-sama untuk berpindah sekitar bulan Januari atau Februari akan datang," katanya ketika ditemui di hotel penginapan di sini.

Tambah Ramli, dia juga akan mengubahsuai salah satu bilik di rumah itu untuk dijadikan sebuah studio mini bagi memudahkan dirinya untuk menghabiskan kerja-kerja seninnya itu.

Dalam pada itu, Ramli menafikan sekeras-kerasnya bahawa perpindahan tersebut dibuat kerana bakal menamatkan zaman dudanya dalam masa terdekat ini.

"Sikap saya lain, banyak perkara yang perlu diuruskan dulu seperti anak-anak, kerjaya dan urusan pembelian rumah baru. Jadi saya tak terfikir pun untuk berkahwin dalam buat masa ini.

"Tapi semestinya saya mahu kahwin satu hari nanti," selorohnya.

Bercerita mengenai cara hidupnya sepanjang 10 tahun menetap di hotel, tiada memori yang indah untuk diingati dek kerana terlalu fokus dengan kerjayanya, tetapi gembira, pekerja hotel berkenaan melayannya dengan baik.

"Memandangkan sudah lama saya tinggal di sini, mereka telah memberi kebebasan untuk saya.

"Bayangkan, mereka turut membenarkan saya memasak di dapur hotel. Alhamdulillah, saya dilayan dengan baik. Mungkin selepas berpindah nanti saya akan rasa perbezaannya.

"Lebih-lebih lagi dari segi penjagaan dan sekuriti rumah. Harap-harap saya dapat menguruskannya dengan baik," kata Ramli.
12:52 0

Yana Samsudin Kongsi Cerita Isteri Orang Datang Melamar Untuk Bermadu


Siapa tidak kenal pelakon popular cantik molek Yana Samsudin yang kini sedang hangat di’pawagam dengan filem Aku Ada, Kau Ada? penampilan bersama Shaheizy Sam.

Yana Samsudin dalam temubual terbaru bersama majalah URTV menceritakan tentang pengalaman beliau menjadi pilihan seorang isteri orang untuk hidup bermadu.

Suami kepada wanita itu pada mula’nya hanya kenalan kepada Yana Samsudin tetapi wanita itu selepas beberapa ketika nampak bersungguh sungguh untuk berkongsi suami.

Yana Samsudin pernah di’jemput datang ke rumah menikmati makan malam sebelum wanita itu meninggalkan suami’nya untuk bersembang dengan aktress ini.

Sejak itu, si isteri memulakan usaha untuk menyatukan suami beliau dengan Yana Samsudin. Mulia perilaku si isteri di’situ.

Keluarga Yana Samsudin beberapa kali menjelaskan yang mereka tidak boleh menerima suami wanita tersebut sebagai menantu tetapi si isteri tetap mahukan Yana Samsudin berkahwin dengan suami’nya.

Untuk sebab sebab tertentu, kisah ini tergantung begitu sahaja namun dek kerana Yana Samsudin masih single & available kami lihat maka kesimpulan’nya perkahwinan idaman si isteri tidak mencapai kata persetujuan. 

sumber: rotikaya
23:54 0

Zhang Ziyi terlibat dengan skandal pelacuran dengan pegawai China?



Skandal paling hangat di China kini tentulah melibatkan aktress popular Zhang Ziyi. Aktress itu dikatakan telah melacurkan diri dengan pegawai atasan negara China melibat wang jutaan ringgit.


baca ini ye:  asia one

Actress Zhang Ziyi is allegedly under investigation by the Chinese government for being paid to have sex with disgraced former top government official, Bo Xilai.

She is reportedly barred from leaving the country.

Hong Kong's Apple daily and other Chinese media reported that the pair was first introduced by Bo's associate, Xu Ming, 41, who is the founder and chairman of Dalian Shide Group.

Sources say Xu confessed to paying Zhang 6 million yuan (S$1.2 million) in 2007, to have sex with her for the first time.

He later negotiated a deal for Bo to have sex with Zhang, for 10 million yuan (S$2 million).

Reports say the 33-year-old actress slept with Bo at least 10 times between 2007 and 2011 in Beijing.

The Chinese media also estimated that Zhang's sexual transactions with various rich and powerful figures have netted her 700 million yuan over the last 10 years.

This includes 180 million yuan in cash from Xu.

Her wealth from prostituting herself was not taxed, due to intervention from Xu and other government officials.

Xu reportedly pimped the Chinese actress out to two other high-level officials as well.

Media news outlets speculate that investigations into these allegations could explain why Zhang was absent from the recently concluded Cannes film festival.

Her film, Dangerous Liaisons, premiered at the festival, which her co-star, Hong Kong actress Cecilia Cheung, attended.

Zhang claimed she was busy shooting the film, "The Grandmasters", and was unable to attend the festival.
According to Hong Kong and Taiwanese media reports, the actress has remained uncontactable for comment on the allegations.

Zhang was previously embroiled in other scandals.

In 2010, she was accused of exaggerating the funds raised for the Sichuan earthquake. Instead of the US$1million (S$1.34million) announced in 2008, the star only managed to raise US$400,000.

In 2009, Zhang was accused of cheating a married businessman of S$41.2 million, with whom she was alleged to be sexually involved with, while still engaged to Israeli billionaire Vivi Nevo.

Nevo and Zhang reportedly split up in 2010.
22:38 0

Tahniah Tomok dapat anak lelaki


Tomok telah mengumumkan yang isterinya telah selamat lahirkan baby boy.. Tomok melalui Twitter rasmi beliau baru sahaja mengumumkan yang isteri beliau, Ayu baru sahaja selamat melahirkan bayi lelaki sekitar jam 6.03 petang tadi.


13:19 0

Gaji Nazmi sebulan RM300,000?

Nazmi Faiz Mansor 
JIKA Safee Sali menerima gaji bulanan berjumlah Rupiah 350 juta (RM118,000) sebulan, wonderkid Malaysia yang baru sahaja mengikat kontrak tiga tahun bersama kelab Portugal, Beira-Mar, Nazmi Faiz pula dikhabarkan bakal menerima gaji bulanan sebanyak RM 300,000.

Mencetus fenomena dalam bola sepak negara selepas terpilih sebagai pemain untuk kelab liga divisyen satu Portugal sehingga Jun 2015 nanti, gaji pemain tengah Harimau Muda itu kini menjadi topik perbualan hangat penyokong serta pemerhati bola sepak tempatan.

Meskipun khabar angin mengenai gaji yang bakal diterima oleh Nazmi masih belum dapat disahkan, namun, sekiranya benar, pemain muda yang bakal mencecah 18 tahun 16 Ogos nanti akan bergelar pemain termuda Malaysia berstatus jutawan selain Safee Sali.

Sementara itu, ejen Nazmi, Marco Guimaraes, mengakui jumlah gaji yang bakal ditawarkan kepada tonggak skuad bawah 22 tahun itu adalah sangat lumayan bagi seorang pemain muda dari Asia Tenggara, bagaimanapun beliau enggan mendedahkan jumlah sebenar yang akan diterima oleh anak buah Ong Kim Swee itu.

"Terpulang kepadanya (Nazmi) sama ada untuk mendedahkannya atau tidak, katanya.

Dalam perkembangan lain, akan mula menyertai latihan bersama Beira-Mar selepas pusingan kelayakan Piala AFC bawah 22 tahun yang akan bermula 21 Jun sehingga 4 Julai nanti, Nazmi akan turut ditemani pengendali Harimau Muda, Ong kim Swee.

Selain menguruskan soal kontrak dengan kelab tersebut, Kim Swee yang berada di sana selama seminggu akan turut membantu anak buahnya menyesuaikan diri sebagai pemain professional di kelab Eropah itu.


Sumber: SINAR
10:08 0

'Saya Juga Ada Pendapatan Sendiri'- Fazura TIDAK di taja

“Perniagaan ini adalah keutamaan saya ketika ini dan lakonan jatuh nombor dua. Disebabkan itulah saya berusaha untuk merealisasikan impian ini,” ujar Fazura pada sidang media pembukaan butiknya House Of Doll di Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini

Bukan kecil modal yang dikeluarkan aktres yang mula dikenali menerusi filem Bicara Hati ini.
Meskipun merahsiakan jumlah sebenar, khabarnya modal yang dikeluarkan adalah berjumlah ratusan ribu ringgit.

Tegas Fazura, semua wang yang dikeluarkan untuk membuka perniagaan itu adalah hasil keringatnya sepanjang bergelar anak seni dan bukannya ditaja sesiapa.

“Bagi mereka yang suka menyangka bukan-bukan, mereka harus sedar bahawa saya juga ada pendapatan sendiri. Saya dibayar untuk berlakon. Itu tidak termasuk pendapatan yang diperoleh dari hasil saya menjadi duta produk. Tak perlulah untuk saya beritahu berapa wang yang saya ada dalam bank.

“Beratus ribu juga saya habis untuk membuka perniagaan ini.
” Semuanya adalah duit simpanan saya sepanjang menjadi anak seni dan saya tidak membuat pinjaman bank langsung. Tak percaya sila tanya ‘banker’ saya yang ada di sini,” katanya kepada Berita Harian.

Dua tahun lamanya Fazura merancang untuk pembukaan butik ini.
Bukan sekadar menggunakan nama dan popularitinya semata-mata, jelas Fazura semua perkara membabitkan butiknya itu adalah idea dan juga cita rasanya dengan dibantu pereka fesyen, Rizman Ruzaini.

“Dari sekecil-kecil cincin hinggalah pakaian berkonsepkan adi busana, semuanya adalah lahir dari cita rasa dan rekaan saya sendiri bersama Rizman. Harganya juga tidak terlalu mahal dan mampu dibeli oleh peminat,” jelasnya yang kelihatan cukup anggun mengenakan dress paras paha rona fuchsia yang juga berjenama HOD.

Ditanya apakah dia akan sentiasa berada di butik itu untuk melayan peminat yang ingin membeli pakaiannya, Fazura berkata perkara itu tertakluk pada jadualnya.

“Jika saya tidak terbabit dalam sebarang penggambaran, saya akan berada di butik. Jika tidak, kakitangan saya akan membantu mereka,” jelasnya.