Akma AF Selamat Bergelar Isteri kepada Farih Hamshi
Setelah Irma Hasmie sah bergelar isteri semalam, kini giliran Akma AF pula.
Pada pagi tadi, Akma AF telah diijabkabulkan bersama suaminya Farih Hamshi.
Majlis pernikahan mereka diadakan di Dewan Kampo, Pusat Belia Antarabangsa (IYC) di sini kira-kira pukul 10.30 pagi
jom ikuti laporan Mstar:
Akma Selamat Bergelar Isteri Farih Hamshi
Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI
Akma dan Farih selamat dinikahkan dengan sekali lafaz pada Sabtu. Foto MOHD AZHAR ARIF.KUALA LUMPUR: Bintang program realiti Akademi Fantasia iaitu Asiahtunakma Abdullah atau Akma, 27, sah bergelar isteri kepada Farih Hamshi Mohamad Fatmi, 28, dengan sekali lafaz.
Majlis pernikahan mereka diadakan di Dewan Kampo, Pusat Belia Antarabangsa (IYC) di sini kira-kira pukul 10.30 pagi, Sabtu.
Pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa Akma iaitu Abdullah Abdul Rahim di hadapan Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Zulkifli Mohammad.
Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 300 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga pengantin kedua-dua belah pihak dan wakil media.

Pengantin perempuan menerima RM 300 sebagai mas kahwin dan RM15,000 sebagai wang hantaran daripada pihak lelaki.
Dalam pada itu, pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki dan dibalas sembilan dulang.
Selain sebentuk cincin, antara barang hantaran lain yang diberikan Farih kepada Akma termasuklah jam tangan, tas tangan, kek, set penjagaan diri dan kain.
Manakala Akma membalas dengan sebentuk cincin, kasut, kemeja, set wangian, kek, buah-buahan dan kaca mata berserta pen.
Majlis resepsi disebelah pihak perempuan turut diadakan di tempat sama selepas majlis akad nikah.
Pasangan itu bakal diraikan pula disebelah pihak lelaki pada 3 Julai ini di Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC) pada pukul 8 malam.
MAX 24:7 Terima Bayaran RM100,000 [terbaik]
Siapa yang tak kenal dengan kumpulan K-POP malaysia iaitu MAX 24:7. Pada Hari Belia, dikhabarkan kumpulan ini telah menerima jumlah yang paling mahal antara artis yang lain iaitu sebanyak rm 100 ribu. Memang terbaik!!
jom baca laporan dari MURAI:
jom baca laporan dari MURAI:
KL,29JUN 2012: Tamatnya program Himpunan Jutaan Belia 2012 pada Mei lalu, Murai Batu amat terkejut apabila banyak pihak membahaskan perihal bayaran yang diterima artis K-Pop (Korean Pop) yang hadir pada program itu.
Difahamkan tiga kumpulan K-Pop iaitu U-Kiss, Teen Top dan Dal Shabet telah menerima bayaran lumayan sehingga mencecah lebih RM2 Juta.
Dengarnya perdebatan dan rasa tidak puas hati ini muncul apabila artis tempatan yang terlibat pada program berkenaan tidak menerima bayaran sebegitu. Senang cakap hanya dapat sedikit saja.
Sungguhpun Murai Batu tahu pihak penganjur ada alasan sendiri memilih dan membayar ketiga-tiga artis K-Pop itu dengan jumlah berkenaan, tetapi keadilan perlu diberikan kepada pihak artis tempatan. Setidak-tidaknya bayaran yang berbaloi dengan persembahan yang diberikan.
Lebih-lebih lagi kepada yang betul-betul memberikan komitmen. Murai Batu berharap jumlah bayaran ini ada perubahan pada penganjuran program tahun depan.
Dalam pada itu, Murai Batu telah mendapat tahu, dari lebih 100 artis tempatan yang terlibat pada program berkenaan, artis yang mendapat jolokan meniru gaya artis K-Pop iaitu MAX 24:7 telah menerima bayaran yang paling tinggi.
Malah, Murai Batu diberitahu jumlah yang diterima kumpulan yang dibarisi 10 anak muda ini iaitu Kim, Iymtiaz, Fifi, OB, Virgo, Hans, Mierul, Eykal, Aar dan Jaq sudah menghampiri RM100,000.
Lebih panas lagi, ada artis yang lebih popular dari mereka hanya menerima bayaran yang tidak mencecah RM10,000 langsung. Ada yang terima token saja.
Bagaimanapun, Murai Batu dimaklumkan kumpulan ini wajar menerima bayaran sebegitu kerana komitmen mereka yang menjadi tulang belakang beberapa pentas dan sering saja melakukan persembahan tanpa sebarang rungutan walaupun dalam kepenatan.
Disamping itu, ia bersesuaian dengan pemilihan MAX 24:7 yang menjadi satu-satunya artis tempatan yang mengadakan persembahan dipentas dan waktu yang sama dengan artis K-Pop.
Pun begitu, ada baiknya pihak pengurusan MAX 24:7 iaitu Aesar Mustafa Studio menjawab akan hal ini. Siapa tahu nilai yang diterima mereka lebih banyak dari itu?
Jom tengok info keluarga Fernando Torres berserta gambar isteri dan anak
Fernando Torres nama besar bola sepak yang bermain untuk Chelsea dan Sepanyol. Torres telah berkahwin dengan isteri, Olalla DomÃnguez Liste pada 27 May 2009 dan mempunyai 2 orang anak Nora,lahir pada 8 July 2009, serta seorang anak lelaki lahir pada 6 December 2010.
Shah Jazle merisik buah hati 15 Julai
Shahrizal Jaszle ada buat satu pengumuman misteri melalui Instagram miliknya berbentuk sebuah diari, dimana tertera perkataan merisik!
Perkhabaran ini dikatakan ditujukan kepada kekasih hati terbarunya, Redzwani Puteri pada 15 Julai ini. Kalau betul, baguslah juga berita ni.
nak tengok gambar kekasih Shah Jaszle? klik sini ---> redzwani puteri

![]() |
| diari shah jaszle |
Filem Mantera gagal, apa kata Tomok
Walaupun Filem Mantera menampilkan kelainan, namun ianya masih gagal menarik minat penonton untuk pergi ke pawagam. Kutipan yang dicatatkan hanyalah rm 350 ribu sahaja. Jom tengok apa kata Tomok:
Filem Tak Laku Tidak Gagalkan Semangat Tomok
Tomok.PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail tidak pernah menyesal terlibat dalam filem pertamanya iaitu Mantera (MAN Transformable Exo-Robotic Armor) yang gagal mendapat sambutan daripada penonton.
Tomok, 28, berkata, walaupun kutipan filem itu hanya mencatat RM350 ribu ia tidak bermakna Mantera arahan Mohd Aliyar Ali Kuthy itu gagal dan lakonannya kurang bermutu.
"Mungkin filem itu gagal mendapat tempat di hati penonton tetapi sebagai seorang pelakon saya telah melakukan yang terbaik untuk Mantera dan mungkin belum rezeki nama saya menyerlah dalam bidang lakonan," ujarnya kepada mStar Online.
Tambah Tomok, dia cukup bertuah kerana dapat bekerjasama dengan ramai individu yang berpengalaman dalam bidang perfileman dan ada di antara mereka dari luar negara.
"Jika dilihat dari aspek teknikal dan penerbitan filem ini ia sebenarnya ia bukan mudah dan memerlukan kemahiran pakar. Saya bertuah dapat bekerja dengan mereka," katanya.
Dalam pada itu, Tomok berkata, walaupun filem itu menerima pelbagai kritikan tetapi dia bersyukur apabila lakonannya mendapat ulasan baik dan itu telah cukup membuatkannya gembira.
Tomok bagaimanapun memberitahu, pujian itu tidak menjadikannya bangga diri tetapi menjadikannya sebagai satu pembelajaran supaya lakonannya akan bertambah baik pada masa akan datang
"Masa menerima tawaran Mantera saya sangat kurang dengan ilmu lakonan dan ia adalah sebagai salah satu percubaan berani saya dan Alhamdulillahlah ada pihak yang memuji lakonan saya.
"Jika dikritik pun saya tetap terima kerana sedar untuk berjaya kita perlu mengharungi kesusahan terlebih dahulu dan ia akan menjadi pemangkin semangat buat diri saya," katanya.
Sementara itu, Tomok berkata, dia akan terus berlakon jika ada tawaran selepas ini kerana ia memberi kepuasan berbeza berbanding nyanyian.
"Saya mula selesa bergelar berlakon kerana ia memberi kepuasan berbeza. Namun itu tidak bererti saya akan meninggalkan dunia nyanyian kerana kedua-dua bidang itu boleh berjalan seiring," katanya.
Dalam perkembangan lain, Tomok menjelaskan dia berdebar menunggu reaksi penonton terhadap filem keduanya iaitu Istanbul Aku Datang gandingannya bersama Lisa Surihani dan Beto Khusyairi yang akan masuk panggung akhir tahun ini.
Lagi 15 gambar pernikahan Irma Hasmie dan suami Redza Syah
Terkini [15 OGOS update]
Irma Hasmie disahkan Mengandung, Alhamdulillah
“Insya Allah, memang betul saya sudah mengandung. Sekarang ini pun saya agak tidak sihat dan banyak muntah-muntah. Usia kandungan saya 4 minggu dan sudah mahu masuk ke 5 minggu." -kata Irma.
Jom layan : Koleksi Gambar pernikahan Irma Hasmie dan Redza Syah Azmeer
![[13 Gambar] Irma Hasmie selamat bergelar isteri Redza Syah Azmeer - Terbakor [13 Gambar] Irma Hasmie selamat bergelar isteri Redza Syah Azmeer - Terbakor](http://i.imgur.com/Rz5Pr.jpg)
![[13 Gambar] Irma Hasmie selamat bergelar isteri Redza Syah Azmeer - Terbakor [13 Gambar] Irma Hasmie selamat bergelar isteri Redza Syah Azmeer - Terbakor](http://i.imgur.com/v8qTr.jpg)
![[13 Gambar] Irma Hasmie selamat bergelar isteri Redza Syah Azmeer - Terbakor [13 Gambar] Irma Hasmie selamat bergelar isteri Redza Syah Azmeer - Terbakor](http://i.imgur.com/pshtZ.jpg)
![[13 Gambar] Irma Hasmie selamat bergelar isteri Redza Syah Azmeer - Terbakor [13 Gambar] Irma Hasmie selamat bergelar isteri Redza Syah Azmeer - Terbakor](http://i.imgur.com/hDuid.jpg)
![[13 Gambar] Irma Hasmie selamat bergelar isteri Redza Syah Azmeer - Terbakor [13 Gambar] Irma Hasmie selamat bergelar isteri Redza Syah Azmeer - Terbakor](http://i.imgur.com/7A06M.jpg)
![[13 Gambar] Irma Hasmie selamat bergelar isteri Redza Syah Azmeer - Terbakor [13 Gambar] Irma Hasmie selamat bergelar isteri Redza Syah Azmeer - Terbakor](http://i.imgur.com/gwqjM.jpg)
![[13 Gambar] Irma Hasmie selamat bergelar isteri Redza Syah Azmeer - Terbakor [13 Gambar] Irma Hasmie selamat bergelar isteri Redza Syah Azmeer - Terbakor](http://i.imgur.com/miXRc.jpg)
![[13 Gambar] Irma Hasmie selamat bergelar isteri Redza Syah Azmeer - Terbakor [13 Gambar] Irma Hasmie selamat bergelar isteri Redza Syah Azmeer - Terbakor](http://i.imgur.com/7cgvI.jpg)
![[13 Gambar] Irma Hasmie selamat bergelar isteri Redza Syah Azmeer - Terbakor [13 Gambar] Irma Hasmie selamat bergelar isteri Redza Syah Azmeer - Terbakor](http://i.imgur.com/YTtcm.jpg)
![[13 Gambar] Irma Hasmie selamat bergelar isteri Redza Syah Azmeer - Terbakor [13 Gambar] Irma Hasmie selamat bergelar isteri Redza Syah Azmeer - Terbakor](http://i.imgur.com/PrZo4.jpg)
![[13 Gambar] Irma Hasmie selamat bergelar isteri Redza Syah Azmeer - Terbakor [13 Gambar] Irma Hasmie selamat bergelar isteri Redza Syah Azmeer - Terbakor](http://i.imgur.com/mA5vM.jpg)
![[13 Gambar] Irma Hasmie selamat bergelar isteri Redza Syah Azmeer - Terbakor [13 Gambar] Irma Hasmie selamat bergelar isteri Redza Syah Azmeer - Terbakor](http://i.imgur.com/tmNwi.jpg)
![[13 Gambar] Irma Hasmie selamat bergelar isteri Redza Syah Azmeer - Terbakor [13 Gambar] Irma Hasmie selamat bergelar isteri Redza Syah Azmeer - Terbakor](http://i.imgur.com/SmjYG.jpg)
Sumber gambar : Rotikaya
[terkini] Osman Kering Meninggal Dunia, Al-Fatihah
Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Osman Kering yang baru sahaja meninggal dunia di HUKM. Zed Zaidi sebentar tadi melalui Twitter beliau mengesahkan yang Osman Kering sudah meninggalkan dunia buat selama-lamanya. Jenazah allahyarham kini berada di HUKM. Al-Fatihah..
Osman Kassim lebih dikenali dengan nama Osman Kering merupakan seorang pelakon dan pelawak. beliau berasal dari Bachok, Kelantan. lakonan pertama beliau pada tahun 1986, filem si jantung hati.
Kebanyakan watak yang diberikan ialah pelakon pembantu dan pelakon tambahan. Beliau telah berlakon lebih dari 20 buah filem. Selain daripada itu beliau juga dijemput untuk persembahan dikir barat.
Pernah merakamkan album Asam Pedas (1991) bersama Mek Habsah dan Yahya Sulong.
Irma Hasmie dan Redza sah kini pasangan suami isteri
Ella Bakal Nikah Juruterbang 7 Julai Ini
Sebentar tadi, portal Murai telah mengumumkan yang Ella bakal bernikah pada 7 Julai dengan seorang juruterbang yang berasal daripada Muar, Johor.

Ella sebelum ini dilihat menghadiri kursus kahwin pada 3 dan 4 Mac yang lalu. Menurut ahli keluarga terdekat Ella, majlis pernikahan akan dilakukan di rumah kediaman keluarganya di Klang, Selangor. Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Ella atas berita gembira ini. Semoga majlis pernikahan akan berjalan dengan lancarnya.
Bob Lokman Beransur Pulih, Sakit Jantung dan Paru-Paru
Bob Lokman yang kini giat berdakwah selain menyertai aktiviti Politi PAS, telah dikejarkan ke hospital Ahad lalu. Kini beliau semakin sihat dengan izin dari Allah. Doktor memberitahu jantung dan peparu beliau telah dimasukki air.
jom ikuti laporan SINAR:

$entry.content.caption.value
jom ikuti laporan SINAR:

$entry.content.caption.value
BEKAS pelawak dan pelakon, Bob Lokman atau nama sebenarnya Muhammad Hakim Lokman, 47, dilaporkan kini dalam keadaan sihat selepas dimasukkan ke Hospital Taiping, 24 Jun lalu.
Beliau yang dihubungi semalam berkata, keadaannya beransur pulih setelah menerima rawatan.
“Alhamdulillah. Keadaan saya bertambah baik. Doktor mengesahkan jantung dan paru-paru saya dimasuki air.
“Saya akan berehat selama dua hari di rumah (semalam dan hari ini) dan akan kembali berceramah selepas itu,” katanya yang dibenarkan pulang ke rumahnya di Sungai Buloh, pada petang kelmarin.
Pada pagi Ahad lalu, Bob dikejarkan ke Hospital Taiping oleh rakan-rakannya apabila mengalami sesak nafas sewaktu tidur.
Bob ketika itu berada di Taiping bagi menjalankan ceramah agama di sana.
Selepas sehari dimasukkan ke dalam wad di hospital tersebut, pelawak ini dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh dan dijaga oleh anaknya.

SINAR
Awi Rafael jalani proses pembuangan tatu secara rawatan Islam
Awi Rafael sebenarnya sedang menjalani proses pembuangan tatu sejak tahun lalu sebelum gambarnya disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Awi dikatakan sedang menajalani proses pembuangan tatu secara kaedah perubatan Islam.
Jom ikuti laporan Mstar:
Awi Rafael
KUALA LUMPUR: Penyanyi Awi Rafael,26, sedang dalam proses menjalani rawatan membuang tatu yang dilukis pada tubuhnya melalui kaedah perubatan Islam.
Awi berkata, proses berkenaan telah dilakukan sejak setahun lalu sebelum gambarnya bertatu tersebar di Internet baru-baru ini.
"Sebelum gambar saya tersebar lagi memang saya sudah buat proses membuang tatu tersebut menerusi rawatan secara Islam.
"Bagaimanapun ia adalah proses yang memerlukan kos tinggi selain memakan masa," ujarnya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis pelancaran album terbaru kumpulan Jinbara di sini, Khamis.
Baru-baru ini Awi membuat pengakuan melalui Facebook miliknya dengan mengesahkan gambar lelaki bertatu seperti yang tersebar di Internet dan diperkatakan umum itu adalah dirinya.
Dalam pengakuan berkenaan Awi yang popular dengan lagu Bila Aku Jatuh Cinta itu benar-benar menyesal dengan perbuatan tersebut yang dilakukan pada zaman remajanya tanpa memikirkan kesan pada hari ini. Dalam pada itu, Awi berkata penyebaran gambar itu memberi hikmah besar kepadanya apabila banyak pihak tampil untuk membantunya membuang tatu berkenaan.
"Ramai ustaz yang menjalankan rawatan tradisional secara Islam menawarkan khidmat mereka selain melalui kaedah moden.
"Saya sangat terharu. Walaupun sedih pada mulanya kerana gambar itu tersebar tetapi ia mempunyai hikmah besar di sebalik kejadian tersebut," ujarnya.
Jelas Awi, para peminatnya juga turut memberikan sokongan dan sentiasa mendoakan perkara-perkara baik untuk dia.
"Alhamdulillahlah, sokongan mereka membuatkan saya ingin terus memperbaiki diri dan mempelajari bahawa jika kita buat sesuatu kesilapan kita harus mengakuinya dan belajar daripadanya," katanya.
Sementara itu, Awi berkata, walaupun namanya tercalar akibat insiden itu, tawaran mengadakan persembahan masih lagi diterimanya dan dia amat bersyukur kepada Allah yang melimpahkan rezeki.
"Siapa sangka apabila kita ditimpa musibah, rupa-rupanya ia turut disulami dengan perkara baik dan rezeki. Saya sangat bersyukur," ujarnya.
Artis malaysia berbikini di Jakarta. Siapa dia?
Amboi siapa ni? Aksinya menyeksakan mata memandang? Haa inilah pelakon sensasi Lana Nordin yang pernah digelar Pamela Anderson Malaysia tidak lama dulu. Tapi Lana ni dah lama senyap. Tiba-tiba Mangga Muda ternampak aksi Lana di alam maya. Panas dan hangat gitu.
Yuna Top 25 artis asing terkenal di USA
Wow! Hebatnya Yuna. Semakin lama semakin dikenali di Amerika. Memang awesome la. Diharapkan selepas ini Yuna berjaya membuat persembahan di majlis besar di Amerik seperti di Grammy Award ke, tak pun MTV award pun okey. Hehe. Saya sentiasa menyokong Yuna. Lepas ni boleh la berkolaborasi dengan Mizz Nina untuk buat lagu, dan tembusi pasaran Amerika. =)
SUMBER: izyan
Terbaca dalam laman http://ohnotheydidnt.livejournal.com/ yang menyatakan radio di Amerika menyenaraikan 'the 25 Sexiest International Singers (Complex Thinks) You've Never Heard Of' dengan pelbagai selebriti yang diminati di sana seperti Carly Rae Jepsen, Rihanna dan lain-lain dibawah umur 25 tahun. Yang paling membanggakan adalah Yuna diantara mereka dalam senarai itu. Yuna yang ke-5 mengungguli sebagai anak Melayu yang berbakat diantara wanita-wanita timur dan barat. Syabas!

Athisha dicium Neelofa :)
Siapa yang dicium oleh Neelofa dalam gambar dibawah ni.
Pastinya ramai peminat Neelofa bertanya-tanya siapa kah gadis bertuah yang dicium oleh Neelofa ni.
Sebenarnya gadis ni, nama dia Athisha, adik kandung kepada Neelofa.
Neelofa memberikan ciuman pada pipinya sempena harijadi Athisha.
Muaaahhh sayang adik :)

Sasha Saidin berniat memohon cerai dari suami
Sasha Saidin akhirnya mengaku bahawa dia telah pergi ke mahkamah untuk memohon penceraian dari suami.
“Sebenarnya tujuan saya hadir ke mahkamah tersebut kerana mahu membuat permohonan cerai. Saya mengaku yang ketika ini saya memang mahu bercerai dengan suami saya, Salyo Priyanto Nutosoemarsono,” ujar Sasha Saidin.Tanpa berita dan tanpa badai kontroversi, alih-alih badai melanda rumah tangga mereka. Mari doakan yang terbaik buat mereka berdua dan anak-anak.
Menurut Sasha Saidin, beliau lebih suka berdiam diri tentang apa yang berlaku antara mereka berdua.
Sasha Saidin & Salyo Priyanto Nutosoemarsono bernikah pada 11 November 2007 yang lalu. Yuna - Terukir Di Bintang [Official MV]
Yuna akhirnya telah mengeluarkan Video Muzik Rasmi untuk lagu popular Terukir Di Bintang.
Jom layan:
Jom layan:
Kenyataan 'Propa' Selebriti Yang Mahu Bersara
Kenyataan 'Propa' Selebriti Yang Mahu Bersara
Bukan sesuatu yang baru apabila ada di antara pelakon mahupun penyanyi menyuarakan hasrat mereka untuk bersara dari kerjaya seni. Namun, tidak sampai beberapa bulan kenyataan yang dikeluarkan sekadar omongan kosong. Alih-alih wajah mereka masih muncul di kaca TV.
Disini kongsikan beberapa pelakon dan penyanyi yang sebelum ini mahu bersara dari kerjaya seni mereka;
Faezah Elai
Faezah Elai pernah mengeluarkan kenyataan di mana sepanjang tiga tahun penglibatannya dalam dunia lakonan, pemilihan pelakon tidak berdasarkan kualiti tetapi cara mereka 'mencari' peluang.
"Di awal pembabitan, pihak produksi pernah ugut menjatuhkan karier saya jika tidak ikut kata-kata mereka.
"Saya tak mungkin akan berlakon sampai bila-bila," katanya ketika buat kenyataan itu tahun 2010.
Faezah berkata, dia merancang buka pusat asuhan kanak-kanak dalam masa terdekat dan sedang mempelajari mengenai pengurusan pusat asuhan.
Terbaru drama lakonannya, 'Memberku Hawa', 'Andaiku Tahu' dan 'Asmara' mendapat sambutan ramai.
Azizah Mahzan
Setelah membintangi drama, 'Spa Qistina' musim kedua, Azizah Mahzan membuat keputusan untuk bersara kerana kurang berpuas hati dengan skrip drama tersebut.
Namun, keputusan Azizah itu nyata meleset apabila sehingga kini dia masih aktif berlakon.
Buktinya, dia masih membintangi filem-filem hebat seperti 'Ombak Rindu' dan beberapa drama popular, termasuklah 'Bicara Hati' di Astro.
Nur Fathia
Pelakon, Nur Fathia membuat keputusan untuk bersara seketika daripada menerima sebarang tawaran lakonan.
Keputusan itu dibuat setelah dia dilanda pelbagai kontroversi menerusi drama bersiri 'Stanza Cinta'.
Selain dikatakan tidak berdisiplin dia juga bertengkar dengan pengarah drama itu, Along Kamaruddin.
Namun, persaraannya tidak begitu menjadi apabila kelibatnya mula kelihatan menerusi drama di slot Samarinda, 'Mahabbah'.
Shahir AF8
Juara Akademi Fanasia 8, Shahir membuat keputusan untuk meninggalkan industri seni bagi memberi laluan kepada niat untuk berdakwah.
Shahir juga dikatakan kesal dan tidak tahan dengan gosip yang sering menghantuinya.
Namun, Shahir bakal kembali dengan single terbaru, 'Aku Tak Berdosa'.
Lagu berkonsepkan ketuhanan itu mendapat sentuhan istimewa daripada Sham Kamikaze dan Kunci Demak.
Que Haidar
Setelah hampir dua tahun menyepi, Que Haidar akhirnya tidak dapat membendung kerinduan untuk kembali berlakon.
Que memberitahu persaraannya dalam bidang lakonan hanya seketika kerana mahu memberi perhatian penuh kepada keluarga dan perniagaan mereka.
Terbaru, Que terlibat dengan pementasan teater puisi tari, 'Primadona… Perahu Mimpi', setelah meninggalkan pentas teater selama 10 tahun.
Rozita Che Wan
Pada tahun 2010, Rozita Che Wan, pernah mengumumkan hasratnya untuk bersara daripada dunia lakonan.
Keputusan itu diambil kerana dirinya sudah muak dengan dunia hiburan yang penuh kontroversi dan pandangan masyarakat yang sering mengaibkan keluarganya.
Namun, sehingga kini Rozita masih aktif dalam dunia lakonan dan menerima tawaran pelbagai pihak.
SUMBER: Sinar Harian

Memey Suhaiza Hamil Enam Minggu
Tahniah saya ucapkan kepada pasangan Norman Hakim dan Memey kerana si isteri, Memey Suhaiza telah disahkan mengandung 6 minggu. Harap-harap Memey berjaya mengharungi pengalaman berharga ini dan selamat menjadi ibu. Pasangan ini dijangka menimang cahayamata pada Februari tahun 2013
jom ikuti laporan: mediahiburan.
Berikut adalah pengakuan Memey ketika dihubungi MH online sebentar tadi;
"Semalam, saya ada buat ujian kehamilan sendiri di rumah selepas balik dari lokasi penggambaran. Apabila melihat keputusan yang positif, saya masih tidak percaya, berdebar dan terus menangis.
"Selepas itu, abang Norman membawa saya ke klinik dan Alhamdulillah, doktor sahkan saya hamil enam minggu. Setakat ini saya tiada sebarang alahan, tapi sejak dua hari kebelakangan ini saya rasa mual dan suka makan asam dalam kuantiti yang banyak," katanya yang dijangka akan bersalin pada pertengahan bulan Februari tahun depan.
Menurut Memey lagi, Norman berasa sangat gembira dengan berita tersebut dan pada yang sama risau dengan jadual kerja Memey yang padat. Memey juga dinasihatkan oleh doktor supaya menjaga kandungannya yang masih diperingkat awal.
biodata memey:
NAMA: Suhaiza Suhaimi

TARIKH LAHIR: 25 Mac 1988
ASAL: Kota Tinggi, Johor
PENDIDIKAN: SPM
KERJAYA: Model, pengacara, pelakon
RANCANGAN: Diari Anak Seni Musim 4 & 5
DRAMA: Rahsia Sebuah Pengorbanan, Kalau Kasih Masih Ada, Jaringan, Karipap Istimewa dan Pontianak Air Jernih.

ATLIT IDOLA
Luar Negara
Christiano Ronaldo (Bola sepak)
Tempatan
Shalin Zulkifli (bowling)
Luar Negara
Christiano Ronaldo (Bola sepak)
Tempatan
Shalin Zulkifli (bowling)
Subscribe to:
Posts (Atom)