14:08 0

Aliff Aziz Dikejarkan Ke Hospital Akibat Sakit Dada


PETALING JAYA – Hasrat Aliff Aziz untuk mengadakan persembahan bersempena PJ Half Marathon 2012 yang dianjurkan oleh Star Publication pada pagi Ahad tidak kesampaian apabila penyanyi kelahiran Singapura itu dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit dada.
Pengurusnya, Adlina ketika dihubungi mStar Online berkata, Aliff disahkan mengalami sesak nafas yang menyebabkan kesakitan pada bahagian dada ketika dibawa ke Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC) di sini sebelum dirujuk ke Hospital Serdang.
“Pihak KJMC mengesahkan dia mengalami sesak nafas namun diarahkan untuk merujuk kepada pakar kardiologi di Hospital Serdang supaya dapat membuat pemeriksaan lanjut terhadap kesakitan yang dialaminya.
“Alhamdulilah keadaannya kini stabil dan masih menunggu di bilik kecemasan hospital,” katanya.
Dalam pada itu, Adlina memberitahu dia tidak pasti sama ada Aliff akan ditahan di hospital atau pun sebaliknya dan ia bergantung kepada pemeriksaan pakar nanti.
“Harap-harap tiada apa yang serius menimpa dirinya dan berharap semua peminatnya dapat mendoakan kesihatan Aliff,” katanya.
Sementara itu, Ekskutif Acara Star Publication, Juliana Kristini memberitahu, Aliff yang tiba di Stadium Kelana Jaya pada pukul 7.20 pagi sepatutnya mengadakan persembahan selepas berakhirnya acara itu kira-kira 8 pagi.
Bagaimanapun kata Juliana, Aliff mengadu sakit dada sebelum pihaknya memanggil pasukan bantuan perubatan yang disediakan untuk melihat kondisi penyanyi lagu Jangan Ganggu Pacarku itu.
“Dia baru sahaja tiba di lokasi dan tiba-tiba mengadu sakit pada bahagian dadanya dan apabila pasukan perubatan merawatnya mereka mengarahkan Aliff dibawa ke hospital kerana mereka mengesyaki dia mengalami serangan jantung,” ujarnya.
Selain Aliff, penyanyi Ayu Damit turut mengadakan persembahan pada acara itu. – MStar
13:15 1

Isteri Guna Darah Haid Dan Air Mani Gajah Sihir Suami


SEORANG isteri tergamak menggunakan darah haidnya dan air mani gajah untuk menyihir suami supaya menurut segala perintahnya, manakala dia bebas melakukan apa saja.
Selain dua bahan jijik itu, isteri durjana berkenaan turut menggunakan minyak pengasih, tangkal pengikat nafsu dan wafak (gambar rajah yang dilukis di atas kain kuning dalam bentuk tulisan Jawi dengan menggunakan kalimah ALLAH) supaya dia kelihatan hebat pada pandangan orang lain.
Bagi memastikan kemujaraban tangkal darah haid itu, ia dibalut dalam kertas bertulisan Jawi dicelup dalam minuman suami.
Apabila meminum air itu, suami menjadi lemah, tidak mampu melawan kata-kata isteri, menurut arahannya atau menjadi pak turut, selain mengalami sakit badan dan kepala serta jiwa yang tidak tenteram.
Kesengsaraan itu diceritakan seorang suami yang mahu dikenali sebagai Halim, 30-an, apabila menjadi mangsa sihir isteri sejak lima tahun lalu.
Dia yang berasal dari daerah Lipis dan pernah bekerja di Petaling Jaya, Selangor, mendakwa menjadi mangsa kezaliman isterinya sejak sebelum berkahwin sehingga rahsia ilmu hitam yang dipraktikkan itu terbongkar Disember lalu.
Menurutnya, dia terkejut apabila menemui pelbagai jenis tangkal yang disimpan di rumah, termasuk didakwa darah haid yang digunakan untuk menundukkannya.
“Selama ini memang banyak perubahan berlaku pada diri saya. Saya jadi malas hendak bekerja, bila bergaduh dengan isteri saya cepat mengalah meskipun ada ketika dia salah, selalu sakit badan dan kepala, manakala hati selalu tidak tenteram.
“Segala masalah itu terbongkar apabila saya menemui nota jampi serapah di atas meja isteri. Hasil pencarian di dalam rumah, saya menemui pelbagai jenis tangkal yang dia simpan rapi di dalam sebuah kotak.
“Saya turut menemui SMS isteri yang dipercayai menjalin hubungan sulit dengan suami orang yang juga pelanggannya. Sebenarnya dia mahu kelihatan berkuasa dan pernah berkata kepada saya, jika dia hendak sesuatu dia akan lakukan walau apa cara sekalipun. Mungkin kerana itu, saya menjadi sasaran,” katanya di sini, kelmarin. – SinarHarian
11:03 0

Sewa Pelacur jadi Kekasih RM 6000 Seminggu [metro]

Akhbar berita Metro hari ini melaporkan terdapat aktiviti sumbang yang berlaku di Malaysia untuk menggantikan rumah urut yang kini sering diserbu dan diganggu oleh pihak berkuasa. Aktiviti sewa mula dibuat oleh sindiket pelacuran, dengan menawarkan servis kekasih kepada lelaki hidung belang untuk disewa sehari, seminggu atau sebulan. 

 Jom baca laporan Metro:



KUALA LUMPUR: Bagi mendapat keuntungan segera dalam tempoh singkat, sekali gus mengelak kerugian jika diserbu pihak berkuasa, ada sindiket atau kumpulan tertentu memasang perangkap asmara kepada lelaki hidung belang yang kepingan gadis genit luar negara dengan menawarkan khidmat teman wanita sewaan melalui pakej ‘kekasih kontrak’.

Caranya mudah, pelanggan hanya perlu membuat bayaran tertentu dengan harga serendah RM400 sehari dan harga berkenaan boleh mencecah hingga RM6,000 seminggu berdasarkan rupa paras dan kebijaksanaan pelanggan membuat tawaran.

Selain menjadikan pelancong dan golongan kenamaan sebagai sasaran, pihak terbabit kini mula membuka ruang kepada lelaki hidung belang tempatan untuk melanggan wanita berkenaan untuk hiburan.

Sebelum ini, pakej biasa sekadar memuaskan nafsu semata-mata kerana tempahan hanya untuk beberapa jam dan sehari perkhidmatan, tapi kini dengan pakej terbaru ini, wanita boleh disewa sehingga satu minggu, malah sebulan, asalkan bayaran mengikut persetujuan. 



10:10 0

'Saya sayang Johan' - Nabila Huda


Inilah yang dikatakan oleh Nabila: 
"Saya sayang dia!" .
"Ikhlas saya katakan, saya memang sayangkan dia, tetapi kami sekadar kawan baik.
Itulah ayat yang keluar daripada mulut pelakon Nabila Huda, apabila ditanya mengenai hubungannya dengan Johan As'ari 
"Mungkin orang melihat kami seperti pasangan kekasih, namun tidak sampai ke tahap bercinta seperti yang disangka,"Dia tidak kisah berkawan dengan saya walau pun saya seorang yang lasak dan ringkas.
"Itu yang membuatkan kami jadi rapat, apa pun ia bukan jaminan bahawa hubungan kami akan menjadi lebih serius," 

Kata ibu kepada Keisha Laila, 2 tahun setengah ini kepada Sinar.

Tambah pelakon berusia 28 tahun ini, dia selesa bersama Johan memandangkan Johan menerima dia seadanya.
Dalam pada itu, Nabila berkata, dia juga sering memberi nasihat kepada pemuda berusia 26 tahun itu mengenai kerjaya dan imejnya.

"Memang saya banyak membimbing dia jika perkara itu berkaitan dengan karier, lagi pun dia masih muda, perlu memberikan perhatian kepada karier terlebih dahulu.
"Bagi saya, Johan masih belum bersedia melangkah ke gerbang perkahwinan dan saya mahukan lelaki yang matang serta mampu menerima saya dan anak,"
09:23 0

Simon Cowell Bercinta Dengan Carmen Elektra


Simon dan Carmen dikatakan sedang bercinta.
Bekas juri American Idol, Simon Cowell kini dilaporkan sedang menjalinkan hubungan dengan pelakon Carmen Electra.
Digital Spy melaporkan, pasangan itu dilihat mesra bercumbu di salah sebuah restoran popular di Hollywood ketika menikmati makan malam baru-baru ini.
"Carmen sangat menyukai Simon dan mereka sangat serasi bersama," kata sumber pasangan itu.
Simon kini sedang sibuk dengan program X-Factor sebagai juri bersama penyanyi Britney Spears dan L.A Reid. 
23:08 0

Anggota Tentera Thai Menari Tarian Kuda [Gangnam Style]

BANGKOK – Beberapa anggota Tentera Laut Diraja Thailand menari tarian kuda yang sebelum ini dipopularkan oleh penyanyi rap Korea Selatan, Psy dalam muzik video Gangnam Style, lapor agensi berita AP semalam.
Klip video yang menunjukkan anggota tentera itu menari tarian tersebut dimuat naik di laman YouTube pada Khamis lalu.
Seorang pegawai tentera laut, Leftenan Komander Patiroop Khemtis berkata, klip tersebut disiarkan semasa parti tahunan yang diadakan di sebuah pangkalan tentera di Pulau Phuket, selatan Thailand pada Rabu lalu.
Tarian kuda itu kini menjadi popular di kebanyakan negara termasuk di Amerika Syarikat (AS).
Video muzik Gangnam Style telah ditonton lebih 292 juta kali di YouTube sejak ia dimuat naik pada 15 Julai lalu.
Tarian tersebut juga menyebabkan Psy, 34, menjadi terkenal di AS dan dipikat menjadi artis syarikat Schoolboy Records milik Scooter Braun.
Braun merupakan pengurus penyanyi remaja terkenal, Justin Bieber. – Agensi
08:12 0

Sarah Kini Mengandung Kali Kedua- Shuib


Sarah dilaporkan telah mengandung buat kali kedua dan perkara ini telah disahkan oleh suaminya sendiri, Shuib yang juga pelawak kumpulan Sepahtu.
Menurut Shuib, dia merasa begitu teruja atas kehamilan kedua isterinya dan tidak menyangka isterinya bakal hamil dalam jangka waktu yang singkat setelah melahirkan anak sulung mereka Disember tahun lalu.
“Sebelum ini, saya ada meluahkan rasa pada Sarah yang saya rindu nak bermain dengan bayi kecil memandangkan anak kami pun sudah sedikit dewasa dan sudah mula pandai berjalan dan Sarah sebenarnya pun punya rasa yang sama,” ujar Shuib kepada pihak Murai.
02:23 0

Siti Nurhaliza Nak Kuruskan Badan


Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, 33, mahu menurunkan berat badannya 3-4 kg lagi agar nampak lebih kurus di dalam televisyen. 
Kata Siti:
"Walaupun di luar orang nampak dah elok, kita tetap akan nampak empat kilogram lebih besar apabila muncul di televisyen.
"Buat masa ini saya sudah pun mula menjaga pemakanan dan bersenam untuk mendapatkan berat seperti yang diinginkan," katanya.
Sumber: mSTARonline 
02:12 0

Kami Tak Main Soal Rumahtangga - Vanidah Imran


KUALA LUMPUR – Filem ‘Untuk Tiga Hari’ telah membuatkan nama pelakon wanita, Vanidah Imran atau Vee dilanda kontroversi apabila dirinya dikatakan jahil tentang hukum agama Islam.
Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria minggu lalu menggesa Vee dan suaminya, Rashidi Ishak untuk segera merujuk status perkahwinan mereka di pejabat agama ekoran lafaz cerai yang dijatuhkan oleh Rashidi.
Selepas isu itu dibangkitkan, peminat-peminat telah menyalahkan pasangan suami isteri itu kerana tidak mementingkan soal agama sebelum berlakon bersama.
Keadaan itu membuatkan Vee dan Rashidi kesal kerana orang ramai mudah untuk menjatuhkan hukuman keatas dirinya dan Rashidi serta pengarah filem itu, Afdlin Shauki tanpa menyiasat terlebih dahulu.
“Apabila berita ini tersebar, ramai yang dilihat menghukum dan menyalahkan saya dan Rashidi dalam hal ini, termasuk juga Afdlin Shauki. Ia seolah-olah kami tidak tahu apa-apa tentang soal agama atau memandang mudah soal nikah kahwin ini.
“Saya dan Rashidi sudah berkahwin semenjak tahun 2000 dan Alhamdulillah kami masih kekal sebagai pasangan suami isteri. Takkan kami nak buat main soal rumahtangga tanpa melihat dahulu skrip filem ini,” kata Vee yang dipetik dari portal Murai.com.
Mengakui yang dia hanya tahu isu itu bangkit menerusi laman Twitter, Vee memberitahu tidak ada sesiapa yang menghubunginya terlebih dahulu untuk mendapatkan penejalasan sebenar.
Kerana itulah Vee bertambah kesal kerana ada pihak yang beranggapan dia dan Rashidi memandang institusi perkahwinan sebagai perkara yang muda.
“Saya pun tahu tentang perkara ini daripada Twitter, sebelumnya tiada pula yang menghubungi saya atau Rashidi terlebih dahulu bertanyakan hal ini. Tiba-tiba sudah keluar cerita sebegini dan perkara seperti perkahwinan bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh.
“Kalau anda menonton sendiri filem Untuk Tiga Hari, pasti anda akan jelas dengan situasi yang berlaku di antara Ujie dan Affin dalam adegan itu,” katanya.
20:33 0

Soal Rozita Che Wan Hanya Gurauan - Siti


KUALA LUMPUR – Penyanyi nombor satu negara, Dato Siti Nurhaliza Taruddin menjelaskan tindakan anak tirinya, Ashraf berjumpa dengan Rozita Che Wan dan bertanyakan soalan apakah benar pelakon seksi yang jelita itu akan mengahwini bapanya itu bukanlah sebagai sesuatu yang serius, sebaliknya ia hanyalah satu gurauan semata-mata.
“Saya dan suami (Dato Khalid Mohd Jiwa) baru sahaja mengetahui mengenai cerita ini. Saya ada bertanyakan pada Ashraf sendiri tentang pertanyaannya terhadap Rozita Che wan dan ternyata dia memberitahu ia hanyalah gurauan sahaja.
“Biasalah budak-budak memang suka bergurau. Jadi saya tidak ambil kisah dan tidak memandang perkara ini sebagai sesuatu yang serius,” jelasnya kepada media di majlis makan malam santai di kediamannya yang terletak di Bukit Antarabangsa, malam semalam.
Dalam laporan sebuah media sebelum ini, Rozita Che Wan ada memberitahu dia telah disapa oleh seorang anak Dato Khalid atau Dato K yang bertanyakan sendiri adakah benar pelakon jelita tersebut akan mengahwini bapanya.
Sungguh pun begitu, Siti Nurhaliza memberitahu perkara itu tidaklah perlu diperbesar-besarkan.
“Saya rasa perkara begini tidak perlu pun hendak diperbesar-besarkan kerana ianya hanya kata-kata gurauan sahaja,” luahnya lagi.
Ashraf merupakan anak ketiga hasil perkahwinan Dato K bersama bekas isterinya sebelum ini.
Dalam majlis makan malam di kediamannya itu, Siti Nurhaliza dan suaminya telah menjemput lebih kurang 50 orang tetamu yang terdiri daripada rakan-rakan media, pereka fesyen serta juru solek yang selama ini pernah bekerjasama dengannya.
Sumber: Murai.com
16:57 0

Cara memasak Mee segera dengan betul


Cara memasak Mee segera dengan betul dan selamat untuk kesihatan...


1. Rebus mee segera dalam air.
2. Selepas mee segera itu masak, buang air rebusan tadi. Air rebusan inilah yang mengandungi lilin berbahaya kepada badan.
3. Rebus air lagi hingga mendidih dan masukkan mee tadi dalam air yang sedang mendidih lalu padamkan api.
4. Ketika ini, api telah dipadamkan dan air betul betul mendidih, masukkan perencah dan dan kacau macam biasa.
5. Kalau korang nak buat mee goreng, cuma perlu keluarkan balik mee tadi,  tosskan dan goreng lain. 
Mudah kan...walaupun kena masak dua kali..tapi yang penting, kesihatan kita ..:)
sumber: terbakor dan benjamin..:)
16:38 0

[Sejarah] Restoran McD Pertama Di Malaysia


McDonald's mula dirasmikan dengan sebuah restoran pertama di Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada 29 Mei tahun 1982,dibeli oleh Tan Sri Dato' Seri Vincent Tan.


Mcd kini begitu popular dikalangan masyarakat Malaysia dan mempunyai 152 restoran di seluruh negara. 

McDonald's merancang untuk memfrancaiskan empat hingga 25 buah restoran sepanjang tiga tahun akan datang.
12:35 0

Gambar Emma Maembong bersama yang Tersayang



Ha..kalau nak tau..inilah adik beradik Emma :)



Gambar Emma Maembong Part I -> KLIK SINI
Gambar Emma Bertudung --> KLIK SINI




Gambar gambar Emma Maembong bersama adik beradiknya.

00:18 0

Khairul Fahmi Che Mat Dan Launiey Benar-Benar Bercinta?



Ada beberapa blog mendedahkan KFCM kini memang sedang bercinta dengan Launiey, yang dulunya telahpun dinafikan oleh mereka. Hmm, macam-macam..Apa-apapun good luck la ye ..:)

Semoga berbahagia..