17:30 0

Chef Riz Akui Hubungan Dengan Ana Sedikit Retak


Semalam, sebuah blog hiburan ada menulis gosip yang mendakwa chef selebriti, Chef Riz dan isterinya yang juga, Ana Dahlia, hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kajang untuk mengambil borang permohonan cerai.
 Chef Riz mengakui bahawa rumahtangga yang dibina bersama Ana Dahlia tidak sampai setahun itu kini dalam keadaan bergolak. "Biasalah dalam perkahwinan, sedang lidah lagi tergigit inikan pula hubungan suami isteri. Memang ada perselisihan faham dan saya ingin menyelamatkan perkahwinan kami”
“Saya sayangkan dia dan saya harap jodoh kami panjang. Buat masa ini apa yang boleh saya beritahu, tunggu sahajalah akan apa perkembangannya,” ujar Chef Riz.
Namun, anak kepada selebriti Chef tersohor, Chef Wan ni enggan mengulas lanjut tentang dakwaan yang beliau dan Ana Dahlia turun ke mahkamah syariah untuk mengambil borang permohonan cerai.
Sementara itu, difahamkan Ana Dahlia yang kini berada di set penggambaran drama Cinta Itu Milikku, enggan mengulas lanjut berhubung isu pergolakan rumah tangganya.
Sebelum ini, rumah tangga Chef Riz dan isterinya dikatakan bergolak kerana Ana didakwa kembali berbaik dengan bekas teman lelakinya pada pertengahan Oktober lalu.
Bagaimanapun dakwaan itu dinafikan oleh Ana yang mengganggap kontroversi itu sekadar asam garam dunia hiburan.
Chef Riz yang popular dengan program masakan MasterChef Malaysia bernikah dengan Ana pada 1 Disember tahun lepas.
Pada majlis pernikahan itu, Ana menerima wan g hantaran RM20,000 dan mas kahwin RM1,001 serta sebentuk cincin.

16:15 0

KIAMAT SUDAH DEKAT DAN TANDA-TANDA KECIL SUDAH HAMPIR LENGKAP!


Tahukah korang dimana tanda-tanda Kiamat Kecil telah lengkap. Harus diingati dimana kita sudah pun ‘embrace’ kepada tanda-tanda kiamat besar secara tidak rasmi iaitu keluarnya Dajjal dan Yakjuj & Ma’juj. Kewujudan Yakjuj dan Ma’juj ini juga telah dibongkarkan oleh NASA penemuan tersebut mendedahkan tentang penemuan mengejutkan mengenai satu kaum primitif hidup 20 batu di bawah tanah.
Dajjal telah pun keluar dan kini berada dalam peringkat ‘sehari sama seperti sebulan’ iaitu diluar dimensi masa manusia. Manakala Yakjuj & Ma’juj telah pun dibebaskan setelah Tembok Zulkarnain (dengan izin Allah) telah runtuh di Georgia.
Golongan mereka pada hari ini telah menjadi Ashkenazi Jews & Zionist! Golongan mereka yang terakhir akan keluar ialah selepas Dajjal dibunuh oleh Isa a.s. Hanya 8 tanda-tanda besar kiamat yang masih tinggal. Allahu A’lam.
1-Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Saya menghitung 6 perkara menjelang – hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari.
2-Zina bermaharajalela.
“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim.
Kalau korang tengok di Media bersepah pasal Zina tu yang keluar media yang tak keluar media lagi la banyak agak-agak masa korang tengah baca artikel ini ade berapa ramai yang tengah berzina di dunia ini.. Subhanallah!
3-Bermaharajalela alat muzik.
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. ” Ada yang bertanya kepada Rasulullah saw; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah.
Ini memang tidak dapat nak dinafikan la alat muzik sememang nyer bermaharaja lela korang tengok la media sekarang, bersepah rancangan-rancangan musik dan program-program yang melalaikan.
4-Menghias masjid & membanggakannya.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat -Nasai.
Korang lihat dekat negara kita sendiri sudah, berapa banyak masjid yang berhiasa tesergam indah? Bahkan sekarang ini menara di Mekah jugak sudah seperti menjadi kebanggaan buat kita betapa tinggi nyer.
Sebab Nabi Muhammad SAW penah menyebutkan:
“..apabila engkau melihat orang yang tidak berkasut, tidak berpakaian, miskin, pengembala kambing berbangga-banga menegak dan meninggikan bangunan.” SubhanAllah!
Seperti mana yang kita lihat sekarang tanda kiamat di tepi Kaabah jer iaitu Menara Jam Di Raja Mekah. Dimana tao juga pernah mengeluarkan artikel tentang Menara jam Mekah pelengkap tanda Kiamat.
5-Munculnya kekejian.
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim.
6-Ramai orang soleh meninggal dunia.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad.
7-Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia”- Riwayat Thabrani.
8-Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad.
9-Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah lah.a. “Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”.
Ini pun sudah menular di negara kita.. lihatlah artis-artis sekarang berpakaian tetapi telanjang pakaian tak cukup kain.
10-Bulan sabit kelihatan besar.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”- Riwayat Thabrani.
11-Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu” – Sahih Muslim.
Zaman sekarang nie kita sukar untuk membezakan dan keliru sama ada berita yang di sampaikan tersebut adalah benar ataupun tidak.
12-Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
“Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” – Riwayat Ahmad.
13-Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai” – Sahih Muslim.
Apakah arab akan kembali menjadi padang rumput semula seperti mana pernah di lakonkan dalam cerita The Mummy : Scorpion King ?
14-Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda.
“Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati’ yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga.” – Sahih Abu Daud &  Nasai.
Haaa.. yang ini sudah banyak berlaku bak yang jauh dan dekat mungkin terdapat di kalangan sahabat atau keluarga korang juga melakukan seperti ini.
15-Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam.
“Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya).” – Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.
Kini, Kita hanya menuggu saat tibanya..
Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”. -(H.R Muslim).
Keterangan:
Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat.
Sepuluh tanda itu ialah:
1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
3. Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa. Sepertimana nasa juga mengeluarkan kenyataan dimana suatu hari nanti matahari akan terbit di belah BARAT!
5. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
6. Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
7. Gempa bumi di Timur.
8. Gempa bumi di Barat.
9 .Gempa bumi di Semenanjung Arab.
10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.
Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.
MAKA BERSEDIALAH WAHAI UMAT ISLAM..
13:31 0

Gambar Hari Raya Aidil Adha Lisa dan Yusry


Hari Raya Aidil Adha sudah melabuhkan tirai. Dan yang pasti tidak ketinggalan selebriti juga menyambutnya dengan penuh kesederhanaan.

Lisa Surihani dan Yusry telah berkongsikan saat-saat mereka ketika Hari Raya berkenaan yang di sambut pada hari Jumaat lalu.
12:28 0

Raja Ema Kembali Berlakon




Raja Ema kembali mewarnai industri seni apabila menerima tawaran berlakon setelah menyepi sekian lama. 
Raja Ema kini sedang sibuk di lokasi penggambaran drama 'Kiah Spy Pi Jepun' yang merupakan kesinambungan daripada cerita 'Kiah Pekasam'.
 
Di dalam drama ini, Raja Ema membawakan watak Siti Rival Kiah di samping pelakon utamanya iaitu Rozita Che Wan dan Azza Elite.
 
Drama ini merupakan terbitan Zeel Production. seluruh warga kerja produksi ini sedang berada di Perlis sebelum terbang ke Jepun pada 2 November ini. 
11:26 0

Bekas Suami Anne Ngasri, Wafi Bertunang



Bekas suami kepada aktres Anne Ngasri, Wafi telah selamat melangsungkan majlis pertunangannya bersama Rafeda Razif pada 28 Oktober lalu. 
Difahamkan juga, Wafi dan Rafeda baru sahaja berkenalan awal tahun ini. 
 
Rafeda merupakan seorang pengarah di sebuah syarikat produksi yang banyak menerbitkan doku-drama. 
 
Menurut sumber lagi, mereka bakal melangsungkan majlis pernikahan pada hujung tahun ini.
07:53 0

Surat perlepasan Mat Yo Untuk Sertai Johor dengan gaji RM 80 ribu diTolak KAFA


pix_gal0
Kota Bharu: Pemain Terbaik Final Piala Malaysia, Norshahrul Idlan Talaha terpaksa melupakan tawaran lumayan Johor musim depan kerana Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) tidak akan melepaskannya.

Apa tidaknya kerana langkah pertama yang dilakukan pemain itu dengan mengemukakan surat kepada KAFA meminta pelepasan bagi membolehkannya beraksi bersama pasukan lain ditolak. 


Naib Presiden KAFA, Rosmadi Ismail, berkata Mat Yo ada menghantar surat kepada KAFA meminta pelepasan itu, tetapi permintaannya ditolak kerana dia masih ada kontrak setahun lagi dengan Red Warriors. 


“Kami juga masih memerlukan khidmat pemain yang menjaringkan dua daripada tiga gol final Piala Malaysia itu untuk menghadapi cabaran Liga Malaysia (Liga M) musim depan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau mengakui Mat Yo kemungkinan akan membuat rayuan, tetapi setakat ini pihaknya belum menerima surat daripadanya berhubung perkara itu.

Mat Yo dikatakan menerima tawaran lumayan daripada Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) dengan gaji RM80,000 sebulan, malah persatuan itu sanggup menebus kontrak pemain itu yang dianggarkan bernilai RM1 juta bagi memastikan dia dapat beraksi bersama skuad Harimau Selatan musim depan.

Sementara itu, Mat Yo berkata, dia menyerahkan kepada pengurusan kedua-dua pasukan untuk berbincang mengenai perpindahan itu. 
Terpulang kepada keputusan yang dicapai. Kalau Kelantan lepas, saya akan pergi. Jika tidak, saya akan kekal hingga kontrak saya tamat.

Setakat ini, saya tidak tahu apa-apa mengenai status rundingan pengurusan kedua-dua pasukan kerana menjalani latihan bersama skuad kebangsaan, katanya.
02:40 0

Gambar kulit Aaron Aziz "sunburn" kerana Lari



Gambar kulit Aaron Aziz yang 'sunburn' atau kulit terbakar kerana terkena sinaran matahari yang terik. Ini berlaku ketika beliau menjalani pengambaran filem "Lari" di Perlis.

Kini beliau berada di Afrika Selatan untuk menjalani pengambaran "Fear Factor''.


01:57 0

New York Tenggelam dilanda Taufan Sandy



 

 Semua pengangkutan awam New York, Amerika Syarikat seperti kereta api bawah tanah, bas dan kereta api antara wilayah dihentikan berikutan ketibaan badai Taufan Sandy, yang disifatkan sebagai paling membahayakan.

Pihak berkuasa tempatan arah sistem pengangkutan ditangguhkan kerana dikhuatiri berlakunya banjir dan kerosakan angin akibat taufan yang dijangka melanda pantai timur laut Amerika.

Manakala, pihak berkuasa Pelabuhan New York dan New Jersey, yang mengendalikan lima lapangan terbang di wilayah New York turut melakukan tindakan sama dengan membatalkan semua jadual penerbangan domestik dan antarabangsa mulai semalam.

“Kami jangkakan akan berlaku gangguan teruk dan berterusan sehingga Rabu,” katanya.

Sementara itu, semua pasaran saham AS juga ditutup awal semalam, bagi menghentikan segala urusan pelaburan.

Semua penduduk juga giat melakukan tebing penghalang dengan menggunakan beg pasir yang diberikan oleh pihak berkuasa tempatan serta menerima bantuan makanan dan minuman bagi bekalan kecemasan.

Taufan Sandy yang mengancam selatan AS, memaksa beratus ribu penduduk berpindah ke kawasan lebih tinggi.

 blackout di NY

 pokok tumbang di Cooper Street di East Hampton

 air membanjiri Ground Zero construction site di NYC

 banjir di  East 14th Street, Manhattan

 kawasan kediaman yang terjejas

air memasuki stesen keretapi di Hoboken PATH

Laman web perkhidmatan ramalan menunjukkan angin berkelajuan 120 kilometer sejam bakal melanda beberapa bandar di timur AS hari ini dengan purata ombak setinggi 3.4 meter. - Reuters
23:03 0

Neelofa dihentam dan digelar gedik kerana Meletop





Banyak respons dari peminat agak kurang menggemari pengacara rancangan terbaru Astro, Meletop.

Harap pihak Astro dapat perbaiki lagi rancangan ini dan mengambil kira respons dari orang ramai jika mahu rancangan ini terus menjadi pilihan dan berjaya seperti Melodi dan Propaganza.


20:03 0

Hattan Bakal Rujuk Isteri Pertama


Selepas bercerai dengan talak satu pada 10 Mac 2005 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya bersama isteri pertama, Arianie Mohd Abidin, Hattan atau nama sebenarnya, Datuk Mohd Shukri Shahabuddin dikhabarkan bakal merujuk kembali terhadap bekas isterinya ini.
Ketika berkongsi hidup, mereka berdua telah dikurniakan seorang anak lelaki bernama Adam Eiman yang kini sudahpun berusia 14 tahun. Hattan dalam kenyataannya memberitahu, dia tidak menolak sekiranya diizinkan Tuhan, dia dan Arianie bakal berkahwin semula dalam waktu terdekat.
“Saya tidak pernah lupakan dia meskipun sudah sembilan tahun berpisah. Setiap hari saya berdoa moga jodoh kami bertaut semula dan andai diizinkan Tuhan, tidak mustahil kami akan berkahwin dalam waktu terdekat.” – Datuk Hattan dipetik dari Harian Metro.
Penyanyi yang popular dengan lagu ‘Rendang Tak Berbuah’ ini menjelaskan, sebelum ini dia pernah menyuarakan hasratnya kepada Arianie, namun Arianie meminta untuk diberikan masa.
“Saya pernah suarakan hasrat mahu dia kembali kepada saya, tetapi dia minta saya bersabar dan bagi dia masa. Kini, saya nampak kesungguhannya untuk sama-sama membina kembali keluarga kami.”
Menurut Hattan lagi, dia sebenarnya mahu melakukan majlis ini secepat yang mungkin dan cukup sekadar majlis diadakan secara kecil-kecilan saja.
“Ikutkan hati, saya mahu laksanakan secepat mungkin. Biarpun sibuk dengan bisnes dan tuntutan karier sebagai penghibur, tiada alasan untuk saya tangguhkan perkara baik seperti ini.”
Untuk pengetahuan, selepas bercerai talak satu dengan isteri pertamanya, Arianie, Hattan kemudian berkahwin pula dengan Farah Asyikin Othman pada 11 November 2011. Namun perkahwinan ini hanya bertahan selama 2 bulan sahaja apabila mereka  pada 12 Januari 2012.-via ohBulan-
17:37 0

Isu Buka Tudung - Ini Diri Saya Sebenar Kata Adda

Artis yang popular hanya kerana kontroversi ini tampil di Pancaindera dengan imej terbarunya iaitu membuka aurat dan tidak lagi bertudung..


Ditanya mengenai isu sekejap pakai tudung sekejap tidak ini, Adda berkata kepada Pancaindera:-
Sebab itu juga Adda minta jangan besarkan isu Adda tak pakai tudung. Adda cuma manusia biasa yang tak lepas daripada membuat kesilapan. Ini adalah diri Adda yang sebenar. Asalkan Adda tahu batas dan tak malukan nama keluarga, Adda harap semua orang terima Adda yang baru
14:01 0

Senarai Separuh Akhir Muzik-Muzik 27

Ainan Tasnem pertama kali bertanding

Berikut ini senarai 30 lagu yang akan ke peringkat separuh akhir Muzik Muzik ke-27
BAHAGIAN 1 (11 November 2012)
1. Cerita Dia
Artis : Drama Band
Komposer : Ammar Habir
Penulis lirik : Aepul
2. Idola
Artis : Azlan & The Typewriter
Komposer : Audi Mok
Penulis lirik : Azlan
3. Ku Akui
Artis : Hafiz
Komposer dan Penulis Lirik : Ajai
4. Aku Datang
Artis dan Komposer : Tomok
Penulis Lirik : Rafidah Abdullah
5. Aku Suka Dia
Artis, Komposer, Penulis Lirik : Ainan Tasneem
6. Pelangi Senja
Artis : Stacy
Komposer : Taja
Penulis Lirik : Tun Teja
7. Jerrypah
Artis dan Penulis lirik : Aizat
Komposer : Anas dan Aizat
8. Majnun
Artis : Hazama
Komposer : Audi Mok
Penulis Lirik : Audi Mok / Omar K
9. Pencinta Terbaik
Artis : Sofazr
Komposer dan Penulis Lirik : Edry Abdul Halim
10. Kasanova
Artis : Stacy
Komposer : Edry Abdul Halim
Penulis Lirik : Edry Abdul Halim
11. Biar Sampai Ke Bintang
Artis : Asmidar
Komposer : Ajai
Penulis Lirik : Ahmad Farid Abdul Jalal

BAHAGIAN 2 (18 November 2012)
1. Anak Kampung
Artis dan Penulis Lirik : One Nation Emcees dan Jimmy Palikat
Komposer : Jimmy Palikat
2. Terukir Di Bintang
Artis, Komposer, Penulis lirik : Yuna
3. Angkasa
Artis, Komposer, Penulis Lirik : Diandra Arjunaidi
4. Tanpamu
Artis, Komposer, Penulis Lirik : Amir Jahari
5. Sesaat Kau Datang
Artis : Ramlah Ram & Sleeq
Komposer : ID Mifzal
Penulis Lirik : Zie Syafruddin
6. Ombak Rindu
Artis : Hafiz dan Adira
Komposer, Penulis Lirik : Zaidi
7. Terlalu Mencintaimu
Artis : Suki
Komposer : Ajai
Penulis Lirik : Jeremy Chong
8. Beginilah Caranya
Artis : Shaheizy Sam
Komposer dan Penulis Lirik : Ajai
9. Tapi Bagaimana
Artis : Spider
Komposer : Tam Spider
Penulis Lirik : M.Nasir
10. Sebelah Jiwaku
Artis : Jaclyn Victor
Komposer dan Penulis Lirik : Edry Abdul Halim
11. Lagu
Artis : Bedroom Sanctuary
Komposer dan Penulis Lirik : Bo Amir Iqram
BAHAGIAN 3 (25 November 2012)
1. Teman Pengganti
Artis : Black & Malique
Komposer dan Penulis Lirik : Malique
2. Harapan
Artis dan Komposer : Hyper Act
Penulis Lirik : Frozen
3. Panik
Artis : Bunkface
Komposer dan Penulis Lirik : Sam Bunkface
4. Simetri
Artis : Hazama dan Amy Search
Komposer : Audi Mok
Penulis Lirik : Zel Firdhaus Haduan
5. Mesti Ada Cinta
Artis : Akim dan Fiq
Komposer dan Penulis Lirik : Kuncidemak
6. Andaiku Bercinta Lagi
Artis : Mojo
Komposer dan Penulis Lirik : Edry Abdul Halim
7. Patah Seribu
Artis, Komposer, Penulis Lirik : Shila Amzah
8. Watak
Artis :Hafiz
Komposer : Aidit Alfian
Penulis Lirik : AD Samad

12:53 0

Lisa Surihani Punyai Petua Atasi Tekanan


Lisa menjelaskan dia tidak akan membenarkan tekanan kerja mengawal dirinya.
PETALING JAYA: Pelakon jelita Lisa Surihani tidak membiarkan dirinya tertekan sepanjang tempoh latihan teater Tribute Tun Dr Siti Hasmah yang bakal dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya bermula 9 hingga 19 November depan.
Lisa, 26, berkata, sebagai orang baru dalam dunia teater dia perlu bijak mengawal tekanan bagi memastikan watak yang dipegangnya dapat ditonjolkan dengan baik semasa pementasan itu nanti.
"Tidak dinafikan watak Tun (Siti Hasmah) semasa muda yang saya pegang bukan mudah untuk dilaksanakan dan ada kalanya ia membuatkan saya tertekan namun sebagai pelakon saya perlu mengawal perasaan itu dan menukarkannya kepada perkara positif.
"Saya sentiasa berpegang kepada prinsip apabila melakukan sesuatu kita mesti menanam rasa gembira dan seronok kerana ia dapat membantu untuk memberikan hasil yang terbaik dalam sesuatu watak diberikan," katanya kepada mStar Online.
Lisa ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta produk FreshLook di sini pada Isnin.
Selain Lisa, teater arahan Erma Fatima itu turut dibintangi oleh Eja sebagai Tun Dr Siti Hasmah sewaktu dewasa, Esma Daniel (watak Tun Dr Mahathir dewasa) dan Nazim Othman (watak Mahathir ketika muda) bersama kira-kira 25 pelakon lain.
Lisa bersama produk FreshLook .
Dalam pada itu, Lisa memberitahu dia dan suaminya, Yusry Abdul Halim sedang giat mengamalkan pemakanan sihat dan memperbanyakkan sayuran, buah-buahan dalam diet pemakanan mereka.
Lisa memberitahu, amalan itu bukan disebabkan teruja untuk mendapatkan figura yang cantik tetapi lebih kepada kesedaran untuk menjaga kesihatan dari peringkat awal.
"Sebelum ini memang Lisa ada peningkatan berat badan yang agak ketara dan memang mengamalkan pemakanan sihat bagi mendapat kembali bentuk asal yang ideal.
"Namun pemilihan makanan yang betul sebenarnya lebih kepada untuk mengamalkan hidup sihat kerana ia memberikan banyak faedah pada masa akan datang," ujarnya.
Sementara itu, mengulas mengenai pelantikannya sebagai duta FreshLook iaitu kanta lekap berwarna, Lisa berkata, dia bersetuju menjadi duta produk itu kerana telah mencuba sendiri produk berkenaan yang nyata amat selesa digunakan.
Dia yang telah menggunakan kanta lekap sejak berusia sembilan tahun memberitahu, FreshLook sangat mudah digunakan dan yang paling penting ia boleh memberikan perubahan unik dan menyeronokkan dari segi penampilan.
"Lisa memang mengalami masalah rabun jauh dengan kekuatan kanta 650 dan tidak pernah menggunakan kanta lekap berwarna kerana takut ia kelihatan palsu.
"Namun Lisa selesa dengan FreshLook kerana selain datang dengan kanta untuk orang yang rabun tetapi warnanya juga tampak semula jadi.
"Malah Yusry cukup suka jika Lisa mengenakan kanta berwarna biru kerana katanya nampak lebih cantik," jelasnya.