23:11 0

Fazura Akui Selesa Rapat Bersama Taufik Batisah

Fazura Akui Selesa Rapat Bersama Taufik Batisah


Dalam satu wawancara dari malaysiandigest, Fazura akui suka berkawan dengan penyanyi dari Singapura, Taufik Batisah.

Mereka berdua merupakan juri tetap rancangan Maharaja Lawak Mega 2014 dan duduk bersebelahan di meja juri.

Antara faktor utamanya kenapa Fazura suka berkawan dengan Taufik ialah kerana bagi Fazura, Taufik adalah seorang yang bijak dan itu membuatkan Fazura selesa.

Ini kata Fazura:

"Memang sejak dari dulu lagi kami memang berkawan baik tetapi hubungan rapat kami tidaklah sampai selalu bermesej. Kalau berjumpa pun sekadar bertegur sapa dan berbual tentang perkembangan masing-masing."

"Sekarang ini, mungkin kami nampak lebih rapat sebab setiap minggu kami sebagai juri Maharaja Lawak Mega (MLM).

"Saya suka berkawan dengannya kerana dia seorang yang bijak dan saya sukakan lelaki bijak,"

Fazura juga sering memuatnaik gambar bersama Taufik Batisah. Jom layan gambar mesra mereka berdua.







0 comments:

Post a Comment