11:02 2

Komen Balas Mas Idayu Apabila Dituduh Cekik Dan Serang Hos Mentor Legend


Komen Balas Mas Idayu Apabila Dituduh Cekik Dan Serang Hos Mentor Legend


Baru-baru ini, Mas Idayu dituduh tak profesional dan kurang ajar oleh seorang hos belakang tabir Mentor Legend iaitu Zuan Azmi apabila mencekiknya ketika ditemubual.

Zuan yang juga pengacara Melodi merasakan tindakan Mas Idayu itu tidak patut dilakukan oleh seorang selebriti yang sudah lama di dalam industri hiburan ini.

Melalui Sinar Harian, Mas Idayu telah memberi respons tentang hal ini.

Ini komen balas dari Mas Idayu:

Saya tak tahu pula dia tak boleh bergurau kasar. Kalau nak lihat, penampilan saya dalam rancangan seperti ini sememangnya sentiasa dibayangi gurauan kasar. Dulu, ketika di Mentor 3, saya siap membawa rotan. Tetapi, tiada apa-apa masalah pun.
 

Saya pula sememangnya tidak mempunyai Twitter dan saya tahu pasal ini setelah seorang peminat prihatin mengirimkan WhatsApps kepada saya.
 

Dia menulis sesuatu di belakang saya. Jadi, siapa yang tidak profesional sekarang ini? Saya atau dia? Gurauan itu spontan dan bukan dibuat-buat.

Mungkin ini adalah salah faham saja. Bagi Mas Idayu dia hanya bergurau namun bagi Zuan gurauan ini terlalu kasar buatnya.


2 comments:

  1. Kalau hati lembut, usah bermain api kan Mas Idayu..

    ReplyDelete
  2. kalau hati U udah lembut...
    i pong xkuasa uu !!

    ReplyDelete