14:00 0

Gambar Suspek Tersebar: Lelaki Didakwa Bunuh Nur Syuhada Didakwa Hari Ini


Gambar Suspek Tersebar: Lelaki Didakwa Bunuh Nur Syuhada Didakwa Hari Ini

Seorang tukang masak, Syarafi Abu, 25 tahun didakwa di Mahkamah Majistret di sini, sebentar tadi atas pertuduhan membunuh seorang pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM), Nur Syuhada Johari, 20 tahun.

Apabila pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Eyu Ghim Siang, Syarafi Abu menggelengkan kepala sebagai tanda tidak memahami pertuduhan yang dibacakan itu.

Syarafi Abu didakwa membunuh Nur Syuhada Johari di Kilometer 228.2, Lebuhraya PLUS dekat Bukit Gantang, 2 Februari lalu kira-kira 11.55 pagi.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Amril Johari memohon mahkamah menetapkan tarikh lain untuk sebutan semula kes berikutan laporan bedah siasat dan kimia masih belum siap.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati. Tarikh sebutan semula kes jatuh pada 21 April ini. (HarianMetro)

Gambar Suspek (HMetro)



0 comments:

Post a Comment