11:11 0

Barack Obama Tiba Di Malaysia Sabtu Ini


Barack Obama Tiba Di Malaysia Sabtu Ini


Lawatan Presiden Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia akan berlaku dan Presiden USA, Barack Obama bersedia untuk berlepas dari Washington pada Selasa.

Lawatan sebelum ini ditangguhkan pada Oktober 2013 ekoran krisis bajet yang menyebabkan penutupan separuh Kerajaan AS.

Presiden ke 44 Amerika Syarikat itu dijangka akan tiba dan akan melangkah keluar dari pesawat rasmi Air Force One di pangkalan TUDM di Subang pada petang Sabtu.

Barack Obama akan datang tanpa diiringi oleh Wanita Pertama, Michelle yang berada di Tokyo dan Seoul sebelum menghabiskan dua malam di Malaysia.

Satu majlis sambutan rasmi dijadualkan di Dataran Parlimen diikuti upacara menghadap Yang di- Pertuan Agong dan jamuan negara di Istana Negara.

Pada Ahad, pelbagai acara diaturkan bermula dengan lawatan di Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak dan lawatan kebudayaan ke Masjid Negara.

Kemudiannya, bakal diadakan rundingan rasmi bersama dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya, menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) yang disaksikan oleh kedua-dua pemimpin, dan pelancaran Pusat Inovasi dan Kreatif Global Malaysia (MaGIC) di Cyberjaya yang bertujuan untuk mengubah Malaysia menjadi sebuah negara keusahawanan dinamik.

Acara kemuncak akan diadakan di Universiti Malaya bersama pemimpin-pemimpin muda terpilih dari 10 negara Asean.

Pada pagi Isnin, Obama akan menyaksikan majlis menandatangani beberapa perjanjian korporat sebelum berlepas ke Manila. Duta Khas ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis berkata, lawatan pemimpin AS itu akan mengaktifkan semula hubungan dua hala yang semakin erat.


0 comments:

Post a Comment