10:26 0

Awal Ashaari & Scha Al Yahya Digam (Blacklist) Astro


Awal Ashaari & Scha Al Yahya Digam (Blacklist) Astro


Nampaknya ada satu berita dari laporan Berita Harian mengatakan pasangan suai isteri Awal Ashaari dan Scha Al Yahya telah digam dan disenaraihitam oleh pihak Astro.

Puncanya akibat daripada kerja yang tidak memuaskan dari pasangan ini terutama di dalam sebuah rancangan realiti melibatkan anaknya Lara Alana.

Awal Ashaari ditemui wartawan Gua.com dan memberi komen tentang isu ini:

"Saya tak tahu menahu mengenai hal tersebut. Selepas ada seorang rakan artis memaklumkan kepada saya, barulah saya membeli akhbar dan membaca berita tersebut." 

"Saya belum sempat lagi berborak dengan Scha mengenai perkara ini. Saya tak dapat apa-apa perkhabaran mengenai perkara tersebut tetapi baru-baru ini, Scha baru sahaja selesai menjalani sebuah penggambaran untuk drama Astro," 

"Saya tak tahu macam mana cerita tersebut boleh keluar. Sama ada cerita itu timbul kerana buah mulut orang atau cerita itu terjadi kerana ada yang tidak berpuas hati dengan cara kerja kami suami isteri."

"Setakat ini tiada hitam putih yang menyatakan kami digam. Saya sedia berbincang mengenai isu gam ini. Perihal gam ini sangat besar dalam karier seseorang artis. Kalau benar digam, itu ibarat periuk nasi ditutup dan saya tak mahu perkara ini berlaku" 

Awal Ashaari kini sedang menjayakan program Mentor Legend di TV3, selain merupakan teraju utama rancangan hiburan Melodi.

Baca juga: Afdlin Petikai Juri MLM2014 (BACA SINI)

Keratan Akhbar Berita Harian

0 comments:

Post a Comment