13:24 0

2 Gambar Layla Damita, Anak Kedua Nabil Ahmad


2 Gambar Anak Kedua Nabil Ahmad


Tahniah kepada Nabil Ahmad dan isterinya, Zira selepas selamat menyambut kelahiran cahaya mata kedua mereka.

Anak kedua Nabil merupakan anak perempuan dengan berat 3.2 kilogram dilahirkan pada pukul 1.03 semalam secara cesarean section (pembedahan).

Ini komen Nabil:

“Untuk yang kali ini saya akan buat sama seperti anak sulung saya. Saya tak akan sorok apa-apa. Ada sesetengah keluarga tidak benarkan ambil gambar anak semua. Bagi saya itu semua terpulang pada hak masing-masing”

“Kalau saya okay sahaja untuk berkongsi pasal anak kita. Orang kenal kita, takkan orang tak kenal anak kita. Saya tak kisah sangat,” 

Anak pertama Nabil juga perempuan bernama Naira Mikayla. Anak kedua ini pula diberi nama Layla Damita.

Tahniah kepada Nabil Ahmad dan keluarga.






0 comments:

Post a Comment