14:27 0

2 Maut, Lebih 20 Cedera Bila Bas Dari Genting Highlands Ke KL Terbalik

KUALA LUMPUR – Sebuah bas dalam perjalanan dari Genting Highands menuju ke Kuala Lumpur terbalik di kawasan bahu jalan di Kilometer 4.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dekat sini hari ini.
Dianggarkan terdapat 24 penumpang di dalam bas berkenaan ketika kejadian.
Jurucakap polis Bentong ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu dan dimaklumkan kemalangan itu berlaku kira-kira 8 pagi.
Berdasarkan laporan awal, seorang dilaporkan maut manakala lebih 20 orang cedera.
Semua mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Selayang
Difahamkan bas itu membawa pelancong dari India.

0 comments:

Post a Comment