Showing posts with label gosip. Show all posts
Showing posts with label gosip. Show all posts
16:16 0

Ingat Saya Kesah - Jawapan Fazura Buat Peminat Tergamam

Ada Saya Kesah - Jawapan Fazura Buat Peminat Tergamam


Seorang follower instagram telah menyampai mesej kepada pelakon Fazura bahawa rakannya telah di block olehnya dan ingin Fazura kembali unblock rakannya itu.

Namun jawapan yang diberikan dari Fazura ternyata menusuk kalbu follower tersebut, memang sentap bro.

"Ingat Saya kesah" itulah jawapan dari Fazura dengan selambanya.

Ada la yang dibuatnya sampai kena block tu kan. Haha


20:49 0

(PANAS) Bekas Isteri Kedua Balas Kenyataan Salih Yaacob

(PANAS) Bekas Isteri Kedua Balas Kenyataan Salih Yaacob



Nampaknya isu perceraian Salih Yaacob dengan isteri keduanya iaitu Raha menjadi bahan bualan orang ramai apabila Salih mengumumkan kisah perceraian mereka di media.

Mereka berpisah pada tahun lalu dan kini Raha telahpun tamat tempoh edah dan telah bernikah dengan suami baru.

Salih sebelum ini menyatakan Raha telah berubah apabila menghadiri majlis reunion dengan rakan rakannya.

Kini Raha tampil membalas kembali kenyataan Salih Yaacob dan menceritakan kisah dari pihaknya. Raha memberitahu dia berpisah bukan disebabkan majlis reunion atau orang ketiga.

Malah apabila minta cerai, Salih Yaacob terus tidak balik rumah ataupun menghubungi Raha selama hampir dua bulan.

Ini komennya:

“Selepas saya luahkan hasrat untuk berpisah, dia terus mendiamkan diri selama dua bulan. Sepanjang tempoh itu juga, dia langsung tidak menghubungi saya untuk bertanyakan khabar.

“Malah saya juga tidak ada menerima apa-apa mesej atau WhatsApp daripadanya. Dia juga langsung tak balik ke rumah ketika itu.

“Sehinggalah saya betul-betul rasakan sudah tiba masanya dan minta untuk dilepaskan, maka kami berpisah secara rasmi pada 1 September tahun lepas,” 

“Majlis perjumpaan itu baru sahaja dalam dua bulan kebelakangan ini. Saya menyangkal dakwaan yang mengatakan punca penceraian ini mempunyai kaitan dengan ‘reunion’ mahupun kehadiran orang ketiga.

“Saya memang tidak pernah ada hubungan dengan mana mana lelaki lain sepanjang bergelar isterinya. Soal berkawan dengan lelaki yang kini menjadi suami baharu saya, ia berlaku selepas saya sah bercerai.

“Sepanjang saya masih isterinya yang sah memang tidak ada apa apa hubungan lain. Jadi tidak timbul isu orang ketiga,” 

Sumber: MalayMailOnline
10:33 0

Afiq Muiz Kini Jalin Hubungan Cinta Dengan Miera Leyana

Afiq Muiz Kini Jalin Hubungan Cinta Dengan Miera Leyana


Pelakon Afiq Muiz kini mendedahkan sedang bercinta dengan rakan artis Miera Leyana. Dia membuat pengakuan kerana tidak mahu menyorokkan hubungan cinta dengan pelakon itu.

Afiq Muiz mula intim dengan pelakon wanita itu ketika penggambaran drama episod Memori Cinta Suraya.

Ini komen Afiq:

Tak Mahu Dituduh Penipu

"Saya tidak mahu orang benci dan tuduh saya penipu kerana sorok-sorok tentang hubungan kami. Orang ramai pun selalu nampak kami keluar bersama sambil pegang tangan, macam mana nak sorok lagi.

"Kami bercinta sejak penggambaran drama bersiri Memori Cinta Suraya tahun lalu, kira-kira lapan bulan lalu,"

Miera Leyana Nafi

"Saya tidak kecil hati kalau dia ingin menafikan hubungan tersebut kerana saya tahu dia ada sebab tertentu untuk berbuat demikian.

"Dia perlu menjaga banyak hati dan keluarga. Maklumlah kami hanya bercinta sahaja tiada ikatan yang sah pun dan takut juga jika ianya putus di tengah jalan," ujarnya.

Belum Serius

"Kami masih muda dan belum fikir untuk bertunang atau berkahwin lagi. Bagi saya proses hubungan ini belum lagi sampai ke tahap tersebut.

"Saya pun belum jumpa keluarga dia dan mengenali dengan lebih rapat, Insya-Allah kalau ada jodoh adalah...,"



18:52 0

Respon Mengejutkan Dari Pereka Baju Fara Fauzana Dan Juga Dayang Nurfaizah

Respon Mengejutkan Dari Pereka Baju Fara Fauzana Dan Juga Dayang Nurfaizah


Semalam telah berlangsung AJL kali ke 30 yang amat meriah dan menghiburkan orang ramai.

Selain persembahan pada malam itu, pengacara Fara Fauzana telah mencuri perhatian apabila memakai baju ala ayam belanda.

Selain itu, pakaian Dayang nurfaizah pula di sama kan dengan batang penyapu malah ada yang menuduh gaunnya sama seperti ciptaan pereka luar.

Kedua-dua pakaian ini direka oleh Rizalman yang sememangnya amat popular.

Pereka fesyen ini telah memberi sedikit respon tentang hal ini.

Jom baca:



20:28 0

Azian Mazwan Sindir Farahdhiya?

Azian Mazwan Sindir Farahdhiya?


Pentas separuh akhir Gegar Vaganza (GV) musim kedua pada Ahad lalu menyaksikan penyanyi Azian Mazwan Sapuwan,40 tahun telah tersingkir dan gagal ke final.

Selepas tamat semi final, Azian ada memuat naik gambar di Instagram dengan ucapan penghargaan buat peminat yang telah banyak menyokongnya.

Dalam caption gambar tersebut juga, Azian ada memberitahu dia puas hati menyanyikan lagu Sedalam Mana Cintamu (nyanyian asal Safura) yang mengikut tema ‘Karok Tarik’.

“Alhamdulillah dapat nyanyikan lagu Karok Tarikkk ‘Sedalam Mana Cintamu’… Bukan karok mendatar ye!!” Tulis Azian.


Bagaimanapun kenyataan itu menjadi perbualan hangat peminat di media sosial dan juga laman gosip kerana ia seperti satu sindiran kepada penyanyi lain yang tidak menyampaikan persembahan mengikut tema pada malam tersebut.

Nama Farahdhiya menjadi sebutan kerana dalam konsert separuh akhir itu, Farahdhiya menyampai lagu Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu (nyanyian asal Ramlah Ram) dengan susunan muzik baru dan tidak menggunakan nada vokal yang tinggi.

Kembali memulakan langkah di dalam dunia seni, Azian sudah berhadapan dengan ‘serangan’ di media sosial. Azian mengakui akur untuk menghadapi cabaran dunia baru ini.

“Saya tidak ada niat pun untuk menyindir sesiapa. Saya menulis ayat tersebut dengan pantas dan tidak fikir ia ditujukan kepada mana-mana peserta GV yang lain.

“Selepas selesai konsert separuh akhir, ramai yang memberi sokongan dan memberitahu saya telah mengikut tema mingguan. Sebab itu saya tulis ayat tersebut.

“Secara tidak langsung saya juga rasa lega dapat meluahkan perasaan pada malam itu.

“Saya seorang yang kuat dan selamba. Tidak pernah rasa takut atau rimas untuk keluar rumah apabila ada orang memberi komen yang negatif di laman sosial,” ujar Azian ketika dihubungi Mangga Online.

Tersingkir di peringkat separuh akhir, Azian akui tertekan dan sedih sehingga menangis kerana meletakkan harapan tinggi untuk beraksi di pentas akhir GV.

“Seharian selepas konsert saya rasa teramat down. Saya lihat kembali rakaman konsert dan mencari mana silapnya dalam persembahan tersebut.

“Saya tidak tunjukkan di hadapan peminat dan keluarga, namun ketika sendirian seperti selepas solat saya menangis kerana gagal ke peringkat akhir.

“Saya juga tidak membaca sebarang berita atau komen di internet sehari selepas konsert. Bagaimanapun apabila membuka semula laman sosial, saya sedar banyak sokongan daripada peminat,” cerita Azian.

Tamat perjuangan di GV, Azian merancang untuk tampil dengan sebuah lagu baru dan katanya sudah ada beberapa komposer yang menawarkan lagu baru buatnya.

Sumber: Mangga

17:08 0

Dato Seri Vida Buat Kejutan Akan Menyanyi Di Pentas Akhir Gegar Vaganza

Dato Seri Vida Buat Kejutan Akan Menyanyi Di Pentas Akhir Gegar Vaganza


Penaja utama rancangan Gegar Vaganza musim kedua iaitu Datuk Seri Vida sekali lagi mencuri perhatian apabila bakal membuat persembahan di pentas final.

Datuk Seri Vida akan membuat persembahan dan berganding dengan pengacara program itu iaitu Nabil dan juga Jihan.

Mereka akan menyanyikan tiga buah lagu iaitu Kerja Gila, Laukku Cukup Masin dan juga Seragam Hitam.

Apabila mengetahui Dato Vida akan membuat persembahan, Jihan berkata "Haa berani tak Tok Ram (Ramli MS) beri komen kepada Dato Vida nanti.."

Jihan Muse juga mengingatkan Dato Vida supaya membawa mikrofon sendiri agar tidak berebut dengannya ketika membuat persembahan nanti.

"Jangan lupa bawa mikrofon sendiri ya Dato.." - kata Jihan Muse yang selalu berebut mikrofon dengan usahawan popular itu.

Jangan lupa saksikan pentas akhir GegarVaganza Ahad ini di Astro Ria.
18:02 0

Pak Yus Sempat Uji Semangat Setiakawan Ajak, Pinjam RM5000

Pak Yus Sempat Uji Semangat Setiakawan Ajak, Pinjam RM5000


Ini merupakan satu lagi kisah tentang keperibadian arwah Yus Jambu. Kisah ini dikongsikan oleh pelawak Ajak Shiro, slah seorang rakan baik Pak Yus.

baca juga:
~Luahan Rita Rudaini (KLIK SINI)
~Pak Yus Kata Tak Payah resit (KLIK SINI)

Bagi Ajak Shiro, sebelum pemergian Yus Jambu, arwah Yus Jambu sempat menguji tahap persahabatan mereka berdua.

Ini komennya:

"Minggu terakhir sebelum Pak Yus meninggal dunia, dia ada menelefon saya. Katanya ingin meminjam wang sebanyak RM5000. Tanpa banyak soal saya terus meminta nombor akaun bank miliknya agar saya dapat membantu. Pada fikiran saya ketika itu, mungkin Pak Yus benar-benar dalam kesusahan," 

Selepas wang dimasukkan pada hari Rabu, Allahyarham berjanji akan membayar kembali pinjaman itu secepat mungkin. Tanpa disangka, pada hari Khamis Pak Yus meminta nombor akaun bank Ajak dan sebanyak RM4500 telah dimasukkan ke dalam akaun berkenaan sebagai bayaran balik.

"Aku bayar hang lagi RM500 pada hari Jumaat sebab aku dah dapat duit Super Spontan (wang hadiah)," kata arwah Yus Jambu.

Tanpa banyak soal, Ajak Shiro terus bersetuju walaupun tindakan Yus agak pelik. Pada hari Jumaat minggu lepas, Pak Yus menyerahkan wang tunai sebanyak RM500 di tangan Ajak. Sekali lagi, Ajak terasa pelik tetapi mengambil keputusan untuk berdiam sahaja.

Rupa-rupanya, Arwah Yus Jambu ternyata ingin menguji semangat setiakawan Ajak. Sebenarnya wang hadiah Super Spontan ketika itu sebenarnya masih belum diterima. Perkara itu diceritakan sendiri oleh Tauke Jambu kepada Ajak.

"Tauke ada beritahu saya, Pak Yus ada memberitahunya yang dia ingin sekali berpasangan dengan Ajak jika Tauke tidak lagi bersamanya. Katanya, saya adalah benar-benar seorang kawan kerana sanggup membantunya. Tak sangka Pak Yus sebenarnya hendak menguji saya," kata Ajak yang masih bersedih dengan pemergian Allahyarham.

Ada satu kejadian yang pernah dilakukan Allahyarham untuk menguji Ajak. Pak Yus memanggil Ajak untuk meminta bantuan kononnya keretanya rosak.

"Saya tanpa banyak soal terus mengikut Pak Yus. Rupa-rupanya kereta yang dimaksudkan adalah sebuah kereta prop," kata Ajak lagi. Ternyata Pak Yus amat mementingkan setiakawan dan sering menguji orang sekeliling untuk menilai sejauh mana erti persahabatan bagi mereka.

Sumber: EwahEwah
16:43 0

"Yus Jambu Serah RM5,000 Kepada Saya. Dia Kata Tak Payah Resit"

"Yus Jambu Serah RM5,000 Kepada Saya. Dia Kata Tak Payah Resit"


Derma Untuk Sekolah Agama

Seorang kerani sekolah terharu dengan sikap dermawan Yus Jambu. Kerani itu bercerita tentang perbadi arwah Yus Jambu yang amat mesra dan merendah diri.

Ini komennya:

"Mulanya saya tak perasan lelaki yang datang itu seorang pelakon dan pelawak sehinggalah arwah datang ke meja saya memberitahu mahu menderma.

"Saya terkejut bila sedar lelaki itu adalah Yus. Bila bersembang, dia langsung tak sombong dan sangat merendah diri," 

“Dia serahkan RM5,000 kepada saya, kemudian saya tulis resit sebagai bukti dermanya kepada sekolah kami. Dia kata tak payah resit, tapi saya tetap hulurkan kerana sudah menjadi kewajiban saya berbuat demikian."

Itulah peristiwa dua tahun lalu yang diceritakan seorang kerani Sekolah Al-Madrasah Ad-Diniah Al-Islamiah (Madi), Kampung Jejawi Dalam, di sini, tentang keperibadian arwah Yus Jambu atau nama sebenarnya, Yussry Edoo, 39.

Menurutnya, arwah datang kira-kira jam 10 pagi pada 4 Mac 2013 dengan memakai t-shirt, berjaket biru, bertopi dan berkaca mata hitam. Niatnya datang ke sekolah itu untuk menderma bagi pembangunan agama Islam.

Sebenarnya, arwah tidak mahu menerima resit tetapi sebagai sekolah yang bergantung kepada sumbangan orang ramai, dokumen tersebut sangat penting untuk diserahkan kepada penderma dan sebagai simpanan sekolah.

Katanya, wang yang didermakan oleh arwah Yus itu digunakan untuk sekolah tersebut termasuk Sekolah Rendah Islam Al-Furqan yang ketika itu masih di bawah kelolaan Madi.

Masuk duit dalam tabung masjid

Kisah dermawan Yus tidak terhenti di situ, di tempat asalnya di Kampung Nesam, Yus seorang yang tidak pernah putus memberi derma ke dalam tabung Masjid Nurul Iman kampung berkenaan.

Setiausaha masjid, Ali Hanapiah Mohammad, 49, berkata, sejak enam tahun memegang jawatan itu, belum pernah dia melihat Yus keluar dari masjid tanpa memasukkan duit ke dalam tabung.

"Selalunya saya nampak antara RM200 hingga RM300. Memang arwah sangat pemurah. Malah, setiap kali pulang ke kampung, dia pasti akan ziarah kubur ibu bapanya, Edoo Ismail dan Manis Ismail termasuk kubur abangnya, Rashidi Edoo.

"Itu amalan Yus sewaktu masih hidup. Selain selalu datang berjemaah di masjid, arwah juga turut membeli dua mesin rumput untuk kegunaan masjid yang masih dalam keadaan baik sehingga kini," 

Ali Hanapiah yang juga sepupu kepada arwah Yus berkata, pelawak itu seorang yang pemurah sejak dari zaman sekolah lagi.

"Kalau dalam poketnya ada RM3, duit itulah akan dibelanjakan untuk kawan-kawannya. Dia lebih rela poketnya kosong asal dapat memberi.

"Sifatnya itu tak pernah berubah biarpun dah jadi artis," katanya.



19:15 0

Sinar FM: Raja Azura Belum Terima Hakikat Ditamatkan Kontrak

Sinar FM: Raja Azura Belum Terima Hakikat Ditamatkan Kontrak


Kini Sinar FM bertambah maju dan menjadi pilihan ramai setelah Sepahtu mengambil alih program pagi dari jam 6 hingga 10 pagi.

Sepahtu yang terdiri dari Jep, Shuib dan Rahim menggantikan Salih Yaakob, Raja Azura dan Kril.

RAJA AZURA BELUM TERIMA HAKIKAT

Pelawak Salih Yaakob berkata rakan seangkatannya, Raja Azura, masih lagi belum menerima hakikat kontrak kedua-dua mereka mengendalikan Sinar Pagi di Sinar FM tidak disambung.

Salih berkata dia faham dengan keadaan Raja Azura memandangkan mereka serta deejay-deejay lain sama-sama memperjuangkan radio tersebut sehingga mencapai kejayaan.

Ini kata Salih Yaakob:

"Dia (Raja Azura) masih tidak dapat menerima hakikat lagi. Saya ingatkan, saya keluar, dia yang kekal.

"Keputusan itu benar-benar mengejutkan. Cuma saya dapat rasa sejak tahun lalu lagi, banyak perkara yang diubah dalam Sinar FM termasuklah tagline  'Muzik Retro Terbaik' ditukar kepada 'Menyinari Hidupmu', di mana isi kandungan dan hala tuju radio berkenaan juga diubah," 

"Saya akur dan menerima perkara ini dengan hati yang terbuka. Lagipun, mereka (Sinar FM) lebih berkuasa dalam memilih yang terbaik untuk stesen mereka kekal menjadi pilihan masyarakat.

"Mereka juga telah menawarkan saya mengendalikan slot petang bersama Feeya bermula tahun depan. Cuma gajinya lebih rendah daripada apa yang saya dapat sekarang.

"Ada juga beberapa stesen radio menawarkan saya bekerja dengan mereka tetapi saya masih belum membuat keputusan lagi. Biarlah saya berehat dahulu sepanjang sebulan ini," 

KINI APA PROJEK TERBARU?

Ditanya bagaimana dia akan menguruskan keluarganya apatah lagi pelawak itu mempunyai empat orang isteri beserta anak yang ramai, kata Salih, dia percaya Tuhan pasti akan memberi rezeki yang cukup buat keluarganya.

Malah Salih juga mahu kembali aktif menerima undangan persembahan di luar selain mahu memulakan perniagaan.

"Sepanjang sebulan ini, saya cuba buat kerja luar dahulu. Maklumlah, sebelum ini, apabila mendapat tawaran menjayakan sesebuah majlis, saya terikat dengan kerja deejay. 

"Maka kali ini saya fokus semula menerima undangan persembahan. Allah yang memberi rezeki, bukan manusia. Yang penting kita perlu usaha, InsyaAllah,"

Raja Azura yang popular dengan panggilan Kak Engku dan Salih (SY) sudah hampir sembilan tahun bertugas di stesen radio berkenaan dalam mengendalikan segmen Sinar Pagi.

Pada 22 November lalu, Salih dan Raja Azura membuat pengumuman meninggalkan stesen berkenaan  bermula 27 November 2015 ketika hadir sebagai artis jemputan di pentas Gegar Vaganza 2 minggu keenam di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, (MBSA).

Pengumuman tersebut membuatkan ramai yang terkejut dan tertanya-tanya apakah punca kontrak mereka tidak disambung lagi.

Bagaimanapun pada Ahad lalu di program GV2, kumpulan Sepahtu mengumumkan bahawa mereka akan menggantikan Salih dan Raja Azura bagi segmen Sinar Pagi itu.

Sementara itu, Salih berkata, dia terpaksa akur apabila khidmatnya sebagai penyampai radio slot berkenaan tidak diperlukan lagi walaupun sudah sembilan tahun mengendalikan segmen berkenaan.
19:44 0

Perkahwinan Annahita Bakavoli Berakhir, Diceraikan Suami

Perkahwinan Annahita Bakavoli Berakhir, Diceraikan Suami


Bekas juara Dewi Remaja, Annahita Bakavoli kini disahkan telah bercerai dengan suaminya Datuk Saiful Bahar Mohd Arshad.

Bekas suaminya telah melafazkan cerai talak satu terhadap Annahita Bakavoli pada 1 Oktober lalu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

Ini komen suami Annahita, Datuk Saiful:

“Perkahwinan yang dibina atas rasa cinta itu berakhir selepas lima tahun kami hidup bersama. Kenyataan ini dibuat atas dasar keikhlasan tanpa ada maksud yang terselindung.

“Ia dibuat untuk mengelakkan timbulnya fitnah pada masa akan datang sekiranya masing-masing mengambil keputusan membina hidup baru pada masa akan datang,” 

“Saya mendoakan Annahita menemui kebahagiaan,” 

Keputusan untuk bercerai itu dibuat kerana mereka sudah tiada persefahaman lagi. Itulah yang dikatakan oleh Datuk Saiful.

Sementara itu, Annahita pula ketika dihubungi belum bersedia memberi kenyataan berhubung perceraiannya itu.

Ini komen Annahita:

“Saya kini sedang bercuti di luar negara. Insya-Allah apabila pulang nanti saya akan menjelaskan segala-galanya,” 

Pasangan itu berkahwin pada 2010 selepas berkenalan kurang dari setahun. Bagaimanapun, mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
22:02 0

Zahirah MacWilson Hampir Diculik- Zul Ariffin

Zahirah MacWilson Hampir Diculik - Zul Ariffin 


Zul Ariffin mendedahkan wanita yang kini dikaitkan dengannya iaitu Zahirah MacWilson telah hampir diculik di The Curve Damansara.

Sebelum ini, gambar mereka berdua berpegang tangan menjadi viral, dan Zul kemudian memberitahu orang ramai supaya men'viral'kan pula kisah Zahirah yang hampir menjadi mangsa culik.

Ini komen Zul Ariffin:

Orang kecoh psl zul and zahirah nye gambar? sejam lepas, zahirah nyaris nak kene culik di shopping mall  'The Curve' .. Go kecoh about that

Berkali isu nyaris kene culik jadi bualan di 'The Curve' tp sekadar bualan?? Klu jadi kt wanita lain?

Kpd pompuan kt luar sana, just be more careful bila ditempat2 mcm carpark, JGN jalan sorang2!

Semoga orang ramai terutama kaum wanita berhati-hati.


21:38 0

Ini Komen Fazura Tentang Pembedahan Plastik Hidung, Dagu Dan Punggung

Ini Komen Fazura Tentang Pembedahan Plastik Hidung, Dagu Dan Punggung


Melalui satu temuramah bersama akhbar The Star, Fazura telah mendedahkan antara perkara yang pernah membuatkannya sakit hati satu ketika dahulu ialah gosip pembedahan plastik.

Fazura yang akan muncul menerusi rancangan Facing Up To Fazura musim kedua memberi komen tentang hal ini.

Ini komennya:

“Gosip yang paling mengarut pernah saya dengar mengenai diri saya adalah orang mengatakan saya menjalani pembedahan dari hujung kepala hingga hujung kaki dan tiada satu pun di badan saya ini adalah yang asli."

"Mereka cakap saya buat transplan rambut, buat pembedahan hidung, dagu dan punggung”

“Memang gosip ini menyakitkan saya suatu ketika dulu, tapi sekarang saya gelak je bila mendengarnya,” 

Selain itu, Fazura juga akui kini selesa hidup single malah apa yang diimpikannya sebelum ini turut tercapai.

Tentang kekasih, Fazura memberitahu bahawa dia sering kali berhadapan dengan lelaki yang hanya datang di dalam hidupnya hanya kerana paras rupa sedangkan pelakon ini mendambakan lelaki yang bijak dan juga tahu menghormati wanita.