Searching...
14:13 0

Pelakon Putri Mardiana Dikenakan Waran Tangkap

Pelakon Putri Mardiana Dikenakan Waran Tangkap


Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur telah mengeluarkan waran tangkap terhadap pelakon Putri Mardiana selepas wanita berkenaan gagal hadir pada perbicaraan atas tuduhan berkhalwat.

Hakim Syarie mengeluarkan perintah itu selepas pelakon wanita itu tidak hadir dan tidak menyatakan sebarang alasan munasabah kepada mahkamah.

Sebelum itu, pada 23 Jun lalu, Putri Mardiana dan pasangannya, Shahrizam Abdullah mengaku tidak bersalah atas tuduhan tersebut di mahkamah sama dan mereka dikenakan ikat jamin sebanyak RM1,500.

Menurut fakta kes, Putri Mardiana, 34, dan Shahrizam, 31, telah ditahan di sebuah rumah pada 14 Disember 2014, pukul 3.03 pagi berdasarkan aduan awam kepada JAIS.

Mereka ditahan mengikut seksyen 29 (1) A dan B Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 dan jika sabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Putri Mardiana pernah memberitahu kes berkenaan tidak akan dibawa ke mahkamah atas sebab-sebab tidak dijelaskan selain mendakwa mereka tidak bersalah.

Pelakon itu mendakwa serbuan tersebut sengaja dirancang oleh bekas teman lelakinya dan bekas isteri Shahrizam dengan tujuan untuk memalukannya.

0 comments:

Post a Comment