12:48 0

Ini Respon Suami Yatt Hamzah Setelah Sah Bercerai Talak Satu Semalam

Ini Respon Suami Yatt Hamzah Setelah Sah Bercerai Talak Satu Semalam


Akhirnya Yatt Hamzah dan suami bercerai juga.

Sebelum ini rumah tangga mereka pernah bergolak tetapi berjaya diselamatkan. Namun jodoh itu tak berjaya dipanjangkan lagi.

Akhirnya semalam mereka berdua telah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah KL secara tertutup sekitar jam 4.23 petang.

Hal itu disahkan sendiri Abdul Mutalib menerusi aplikasi WhatsApp yang dihantarnya kepada BH Online.

Ini komen suami Yatt:

"Kami berpisah secara baik. Makluman ini dibuat bertujuan mengelak sebarang fitnah dan pandangan negatif masyarakat. Apa pun mohon teman media mendoakan yg terbaik buat kami berdua meneruskan kehidupan seperti biasa. Sekian, terima kasih," 

Hasil perkongsian hidup pasangan ini dikurniakan anak perempuan, Suci Hanania Malika Abdul Mutalib berusia lima tahun.

0 comments:

Post a Comment