10:33 0

Afiq Muiz Kini Jalin Hubungan Cinta Dengan Miera Leyana

Afiq Muiz Kini Jalin Hubungan Cinta Dengan Miera Leyana


Pelakon Afiq Muiz kini mendedahkan sedang bercinta dengan rakan artis Miera Leyana. Dia membuat pengakuan kerana tidak mahu menyorokkan hubungan cinta dengan pelakon itu.

Afiq Muiz mula intim dengan pelakon wanita itu ketika penggambaran drama episod Memori Cinta Suraya.

Ini komen Afiq:

Tak Mahu Dituduh Penipu

"Saya tidak mahu orang benci dan tuduh saya penipu kerana sorok-sorok tentang hubungan kami. Orang ramai pun selalu nampak kami keluar bersama sambil pegang tangan, macam mana nak sorok lagi.

"Kami bercinta sejak penggambaran drama bersiri Memori Cinta Suraya tahun lalu, kira-kira lapan bulan lalu,"

Miera Leyana Nafi

"Saya tidak kecil hati kalau dia ingin menafikan hubungan tersebut kerana saya tahu dia ada sebab tertentu untuk berbuat demikian.

"Dia perlu menjaga banyak hati dan keluarga. Maklumlah kami hanya bercinta sahaja tiada ikatan yang sah pun dan takut juga jika ianya putus di tengah jalan," ujarnya.

Belum Serius

"Kami masih muda dan belum fikir untuk bertunang atau berkahwin lagi. Bagi saya proses hubungan ini belum lagi sampai ke tahap tersebut.

"Saya pun belum jumpa keluarga dia dan mengenali dengan lebih rapat, Insya-Allah kalau ada jodoh adalah...,"



0 comments:

Post a Comment