19:15 0

Sinar FM: Raja Azura Belum Terima Hakikat Ditamatkan Kontrak

Sinar FM: Raja Azura Belum Terima Hakikat Ditamatkan Kontrak


Kini Sinar FM bertambah maju dan menjadi pilihan ramai setelah Sepahtu mengambil alih program pagi dari jam 6 hingga 10 pagi.

Sepahtu yang terdiri dari Jep, Shuib dan Rahim menggantikan Salih Yaakob, Raja Azura dan Kril.

RAJA AZURA BELUM TERIMA HAKIKAT

Pelawak Salih Yaakob berkata rakan seangkatannya, Raja Azura, masih lagi belum menerima hakikat kontrak kedua-dua mereka mengendalikan Sinar Pagi di Sinar FM tidak disambung.

Salih berkata dia faham dengan keadaan Raja Azura memandangkan mereka serta deejay-deejay lain sama-sama memperjuangkan radio tersebut sehingga mencapai kejayaan.

Ini kata Salih Yaakob:

"Dia (Raja Azura) masih tidak dapat menerima hakikat lagi. Saya ingatkan, saya keluar, dia yang kekal.

"Keputusan itu benar-benar mengejutkan. Cuma saya dapat rasa sejak tahun lalu lagi, banyak perkara yang diubah dalam Sinar FM termasuklah tagline  'Muzik Retro Terbaik' ditukar kepada 'Menyinari Hidupmu', di mana isi kandungan dan hala tuju radio berkenaan juga diubah," 

"Saya akur dan menerima perkara ini dengan hati yang terbuka. Lagipun, mereka (Sinar FM) lebih berkuasa dalam memilih yang terbaik untuk stesen mereka kekal menjadi pilihan masyarakat.

"Mereka juga telah menawarkan saya mengendalikan slot petang bersama Feeya bermula tahun depan. Cuma gajinya lebih rendah daripada apa yang saya dapat sekarang.

"Ada juga beberapa stesen radio menawarkan saya bekerja dengan mereka tetapi saya masih belum membuat keputusan lagi. Biarlah saya berehat dahulu sepanjang sebulan ini," 

KINI APA PROJEK TERBARU?

Ditanya bagaimana dia akan menguruskan keluarganya apatah lagi pelawak itu mempunyai empat orang isteri beserta anak yang ramai, kata Salih, dia percaya Tuhan pasti akan memberi rezeki yang cukup buat keluarganya.

Malah Salih juga mahu kembali aktif menerima undangan persembahan di luar selain mahu memulakan perniagaan.

"Sepanjang sebulan ini, saya cuba buat kerja luar dahulu. Maklumlah, sebelum ini, apabila mendapat tawaran menjayakan sesebuah majlis, saya terikat dengan kerja deejay. 

"Maka kali ini saya fokus semula menerima undangan persembahan. Allah yang memberi rezeki, bukan manusia. Yang penting kita perlu usaha, InsyaAllah,"

Raja Azura yang popular dengan panggilan Kak Engku dan Salih (SY) sudah hampir sembilan tahun bertugas di stesen radio berkenaan dalam mengendalikan segmen Sinar Pagi.

Pada 22 November lalu, Salih dan Raja Azura membuat pengumuman meninggalkan stesen berkenaan  bermula 27 November 2015 ketika hadir sebagai artis jemputan di pentas Gegar Vaganza 2 minggu keenam di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, (MBSA).

Pengumuman tersebut membuatkan ramai yang terkejut dan tertanya-tanya apakah punca kontrak mereka tidak disambung lagi.

Bagaimanapun pada Ahad lalu di program GV2, kumpulan Sepahtu mengumumkan bahawa mereka akan menggantikan Salih dan Raja Azura bagi segmen Sinar Pagi itu.

Sementara itu, Salih berkata, dia terpaksa akur apabila khidmatnya sebagai penyampai radio slot berkenaan tidak diperlukan lagi walaupun sudah sembilan tahun mengendalikan segmen berkenaan.

0 comments:

Post a Comment