21:38 0

Ini Komen Fazura Tentang Pembedahan Plastik Hidung, Dagu Dan Punggung

Ini Komen Fazura Tentang Pembedahan Plastik Hidung, Dagu Dan Punggung


Melalui satu temuramah bersama akhbar The Star, Fazura telah mendedahkan antara perkara yang pernah membuatkannya sakit hati satu ketika dahulu ialah gosip pembedahan plastik.

Fazura yang akan muncul menerusi rancangan Facing Up To Fazura musim kedua memberi komen tentang hal ini.

Ini komennya:

“Gosip yang paling mengarut pernah saya dengar mengenai diri saya adalah orang mengatakan saya menjalani pembedahan dari hujung kepala hingga hujung kaki dan tiada satu pun di badan saya ini adalah yang asli."

"Mereka cakap saya buat transplan rambut, buat pembedahan hidung, dagu dan punggung”

“Memang gosip ini menyakitkan saya suatu ketika dulu, tapi sekarang saya gelak je bila mendengarnya,” 

Selain itu, Fazura juga akui kini selesa hidup single malah apa yang diimpikannya sebelum ini turut tercapai.

Tentang kekasih, Fazura memberitahu bahawa dia sering kali berhadapan dengan lelaki yang hanya datang di dalam hidupnya hanya kerana paras rupa sedangkan pelakon ini mendambakan lelaki yang bijak dan juga tahu menghormati wanita.

0 comments:

Post a Comment