19:44 0

Perkahwinan Annahita Bakavoli Berakhir, Diceraikan Suami

Perkahwinan Annahita Bakavoli Berakhir, Diceraikan Suami


Bekas juara Dewi Remaja, Annahita Bakavoli kini disahkan telah bercerai dengan suaminya Datuk Saiful Bahar Mohd Arshad.

Bekas suaminya telah melafazkan cerai talak satu terhadap Annahita Bakavoli pada 1 Oktober lalu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

Ini komen suami Annahita, Datuk Saiful:

“Perkahwinan yang dibina atas rasa cinta itu berakhir selepas lima tahun kami hidup bersama. Kenyataan ini dibuat atas dasar keikhlasan tanpa ada maksud yang terselindung.

“Ia dibuat untuk mengelakkan timbulnya fitnah pada masa akan datang sekiranya masing-masing mengambil keputusan membina hidup baru pada masa akan datang,” 

“Saya mendoakan Annahita menemui kebahagiaan,” 

Keputusan untuk bercerai itu dibuat kerana mereka sudah tiada persefahaman lagi. Itulah yang dikatakan oleh Datuk Saiful.

Sementara itu, Annahita pula ketika dihubungi belum bersedia memberi kenyataan berhubung perceraiannya itu.

Ini komen Annahita:

“Saya kini sedang bercuti di luar negara. Insya-Allah apabila pulang nanti saya akan menjelaskan segala-galanya,” 

Pasangan itu berkahwin pada 2010 selepas berkenalan kurang dari setahun. Bagaimanapun, mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

0 comments:

Post a Comment