Showing posts with label yus jambu. Show all posts
Showing posts with label yus jambu. Show all posts
16:41 2

Ini Luahan Terakhir Rita Rudaini Setelah Menonton "Tribute To Yus Jambu"

Ini Luahan Terakhir Rita Rudaini Setelah Menonton "Tribute To Yus Jambu"


Rita Rudaini merupakan sahabat baik arwah Yusry Edoo memandangkan mereka berdua berasal dari Perlis.

Yusry Jambu juga sememangnya rapat dengan abang Rita Rudaini malah bermain bola sepak bersama.

Semalam telah berlangsung rancangan Juara Parodi dan dibuat khas "tribute to Pak Yus".

Ini luahan Rita Rudaini di laman insta setelah menonton rancangan itu:

Tkasih #astro kerana menghargai sahabat sy...edoo,klau hang tgk ni mesti hang teriak sbb ini yg hang tggu masa hang hidup..hang nak org nmpk hang..hang sedih sbb hang rasa org xnmpk hang n xhargai hang..hang rasa org xminat hang sbb hang xpernah dpt apa2..aku tau n nampak dr mata hang..sbb kdg2 hang xbole nk simpan rasa tu..tkasih pd kwn2 hang yg kongsi kenangan depa dgn hang..mmg byk kenangan hang dgn depa..depa kenai hang bermula di pentas,bermula di bidang seni..

byk bakti dan budi yg hang bg pd depa..aku sedih tgk rancangan tu td..depa smua kenang hang edoo..depa smua buat rancangan khas utk hang..hang mesti bangga..aku lg bangga sbb aku tau rasa hang..apa tauke ckp td @taukejambu aku mcm dgr dr mulut hang..apa yg tauke ckp itu dr hati hang..tkasih @taukejambu kluarkn isi hati yuih td yg rasanya xdak org tau apa yg dia rasa...

kami kwn2 yg kenai dia sejak blum dr pentas atau bidang ni mmg mngharapkan segala isi hati dia yg xkesampaian,segala kesusahan,segala budi,segala kepayahan,segala kenangan dia,smua org dpt selami n rasa apa yg dia rasa selama dia hidup..dia org susah sbb tu dia ble rasa kesusahan org lain..dia xglamer n xpakai hebat2 mcm org lain sbb duit dia utk org susah..mungkin slama ni org pandang dia sebelah mata sbb dia xmenonjol n xpakai hebat2 sbb dia mmg mcm tu dan dia kerja utk cari rezeki bukn utk glamer..dia cari rezeki sbb dr awal dia org susah..

kami @indazain @zazams77 ,yusri che lah, @chematrajalawak @halmeyhamdah , @jon_ekzos kwn2 yg kenai hang sblm hang ke pentas seni lg rasa bangga dgn apa yg pihak astro buat utk hang edoo..kami smua lebih byk tau n lebih byk kenangan dgn hang n tau rasa hang n kesusahan hang n budi2 hang..'edoo,bila hang xdak hang dpt 'anugerah'yg lg berharga dr yg hang impikan😔 ' aku syg n rindu hang..aku tau hang lebih tenang di sana..dah lama dah hang hidup susah dan hidup utk org..aku doakn hang selalu edoo dan beribu org doakn hang kt sana..aku gembira utk hang edoo..gembira ramai syg hang..

DIA XTGGL SAPE2 KT DUNIA NI ISTERI ATAU ANAK UTK SLALU SEDEKAH KN ALFATIHAH BILA DIA XDAK..DIA YATIM PIATU CUMA ADA SORG ABG..JD SETIAP DOA KITA DI SETIAP SOLAT KITA SELITKN ALFATIHAH UTK ARWAH
21:58 0

Live Streaming Tribute To Pak Yus Jambu (Juara Parodi)

Live Streaming Tribute To Pak Yus Jambu (Juara Parodi)


Jom tonton Live Streaming Juara Parodi Khas buat Pak Yus Jambu yang telahpun pergi buat selama-lamanta minggu lepas.

Minggu ini Juara Parodi akan bersiaran khas dan tribute to Yussry Edoo.

Salam takziah buat keluarga Pak Yus Jambu.

Tonton live di KLIK SINI
Tonton live di KLIK SINI
Tonton live di KLIK SINI
16:43 0

"Yus Jambu Serah RM5,000 Kepada Saya. Dia Kata Tak Payah Resit"

"Yus Jambu Serah RM5,000 Kepada Saya. Dia Kata Tak Payah Resit"


Derma Untuk Sekolah Agama

Seorang kerani sekolah terharu dengan sikap dermawan Yus Jambu. Kerani itu bercerita tentang perbadi arwah Yus Jambu yang amat mesra dan merendah diri.

Ini komennya:

"Mulanya saya tak perasan lelaki yang datang itu seorang pelakon dan pelawak sehinggalah arwah datang ke meja saya memberitahu mahu menderma.

"Saya terkejut bila sedar lelaki itu adalah Yus. Bila bersembang, dia langsung tak sombong dan sangat merendah diri," 

“Dia serahkan RM5,000 kepada saya, kemudian saya tulis resit sebagai bukti dermanya kepada sekolah kami. Dia kata tak payah resit, tapi saya tetap hulurkan kerana sudah menjadi kewajiban saya berbuat demikian."

Itulah peristiwa dua tahun lalu yang diceritakan seorang kerani Sekolah Al-Madrasah Ad-Diniah Al-Islamiah (Madi), Kampung Jejawi Dalam, di sini, tentang keperibadian arwah Yus Jambu atau nama sebenarnya, Yussry Edoo, 39.

Menurutnya, arwah datang kira-kira jam 10 pagi pada 4 Mac 2013 dengan memakai t-shirt, berjaket biru, bertopi dan berkaca mata hitam. Niatnya datang ke sekolah itu untuk menderma bagi pembangunan agama Islam.

Sebenarnya, arwah tidak mahu menerima resit tetapi sebagai sekolah yang bergantung kepada sumbangan orang ramai, dokumen tersebut sangat penting untuk diserahkan kepada penderma dan sebagai simpanan sekolah.

Katanya, wang yang didermakan oleh arwah Yus itu digunakan untuk sekolah tersebut termasuk Sekolah Rendah Islam Al-Furqan yang ketika itu masih di bawah kelolaan Madi.

Masuk duit dalam tabung masjid

Kisah dermawan Yus tidak terhenti di situ, di tempat asalnya di Kampung Nesam, Yus seorang yang tidak pernah putus memberi derma ke dalam tabung Masjid Nurul Iman kampung berkenaan.

Setiausaha masjid, Ali Hanapiah Mohammad, 49, berkata, sejak enam tahun memegang jawatan itu, belum pernah dia melihat Yus keluar dari masjid tanpa memasukkan duit ke dalam tabung.

"Selalunya saya nampak antara RM200 hingga RM300. Memang arwah sangat pemurah. Malah, setiap kali pulang ke kampung, dia pasti akan ziarah kubur ibu bapanya, Edoo Ismail dan Manis Ismail termasuk kubur abangnya, Rashidi Edoo.

"Itu amalan Yus sewaktu masih hidup. Selain selalu datang berjemaah di masjid, arwah juga turut membeli dua mesin rumput untuk kegunaan masjid yang masih dalam keadaan baik sehingga kini," 

Ali Hanapiah yang juga sepupu kepada arwah Yus berkata, pelawak itu seorang yang pemurah sejak dari zaman sekolah lagi.

"Kalau dalam poketnya ada RM3, duit itulah akan dibelanjakan untuk kawan-kawannya. Dia lebih rela poketnya kosong asal dapat memberi.

"Sifatnya itu tak pernah berubah biarpun dah jadi artis," katanya.