KUALA LUMPUR – Pelakon wanita tanahair,
Rita Rudaini mendedahkan bahawa suaminya, Aidil Zafuan Abdul Radzak,
hanya memberikan wang sebanyak RM1,500 kepadanya selepas tiga bulan
keluar dari rumah meninggalkannya dan anak-anak.
Rita berkata, dia banyak berkorban
menyara kehidupan anak-anaknya selama ini dan akan menuntut nafkah
berjumlah ratusan ribu dari Aidil Zafuan bermula dari sejak
diijabkabulkan empat tahun lalu.
“Selepas berbincang dengan peguam, saya
tampil dengan tuntutan nafkah yang diabaikan selama ini. Aidil adalah
seorang suami yang lupa tanggungjawab jika tidak diingatkan.
“Bayangkan, Aidil hanya menghulurkan
duit RM1,500 selepas lebih tiga bulan meninggalkan saya dan anak-anak.
Jumlah yang dituntut ini dihitung daripada hari pertama kami berkahwin
pada 25 Februari 2008,” katanya yang dipetik dari laman blog hiburan
terkenal, Beautifulnara.com.
Bagaimanapun, Rita menafikan bahawa
tuntutannya itu membayangkan dirinya sebagai mata duitan dan hanya
menuntut haknya sebagai isteri dan dua anak mereka yang bakal membesar
tanpa kasih sayang dan sentuhan bapa kandung mereka.
“Saya bukan mata duitan. Kalau saya mahu
hidup mewah, saya tidak akan berkahwin dengan pemain bola. Saya
berkahwin atas dasar cinta dan ikhlas untuk hidup bersamanya, tetapi,
hidup saya dipersiakan.
“Apa yang saya tuntut adalah hak saya
sebagai isteri dan hak dua cahaya mata, Airit Rayyan Rizqin, 4, dan
Airit Qaqa Arjuna, 1, yang selepas ini membesar tanpa perhatian dan
kasih sayang seorang bapa,” katanya lagi.
Aidil Zafuan sebelum ini telah
memfailkan penceraian mereka di Mahkamah Syariah Petaling Jaya dan Rita
bakal membuat tuntutan balas terhadap pemain bola sepak negara itu pada
30 April ini.
0 comments:
Post a Comment