Di bawah ialah kata-kata Siti Nurhaliza kepada wartawan Sinar Harian mengenai perkara ini:-
Setahu saya, anugerah ini boleh disertai oleh mana-mana artis yang menyumbang kepada peningkatan industri seni tanah air tanpa mengira kerakyatan. Anugerah ini juga adalah hasil daripada undian peminat-peminat. Dari bermula pemilihan ‘lima terbaik’ sehinggalah keputusan pemenang dibuat. Soal kerakyatan tidak perlu jadi isu, kalau kita menitikberatkan sangat pun, sampai bila kita harus berbuat sedemikian kerana dunia seni muzik ini adalah universal. Jika ada artis dari luar negara yang berjaya, jadikan ia sebagai pendorong untuk kita. Artis negara ini perlulah menjadi pesaing yang sihat dengan mempertingkatkan kualiti sendiri.
Ini sebenarnya satu jawapan yang sangat baik daripada Dato’ Siti Nurhaliza. Semoga Zed Zaidi membaca kata-kata Dato’ Siti dan berusaha untuk layak ke dalam Top 5 untuk ABPBH2012.
0 comments:
Post a Comment