12:58 0

Almy Nadia: Hubungan Cinta Bersama Fizz Fairuz Kini Retak Menanti Belah


Sumber: rotikaya



Rasanya baru sahaja beberapa minggu yang lalu, Fizz Fairuzgembira menyampaikan berita yang beliau bakal mengahwini kekasih hati’nya Almy Nadia tahun ini.
Reaksi Almy Nadia selepas itu pastinya terkejut tetapi tidak meluahkan status sebenar hubungan mereka kepada media sehingga’lah hari ini melalui sisipan BiPop Berita Harian.
“Episod bahagia sudah lama berlalu pergi, yang hanya tinggal kini perasaan yang sukar nak ditafsirkan”
“Bagi saya, Fizz telah meninggalkan beban yang tidak terpikul rasanya apabila mengumumkan mahu melamar saya tahun ini,” ujar Almy Nadia membuka bicara.
“Sana sini orang asyik memperkatakan soal perkahwinan saya dan Fizz, sedangkan saya sendiri tidak tahu sejauh mana kejujuran Fizz. Fizz tidak melamar saya, tidak pernah membuka mulut soal perkahwinan,” tambah Almy Nadia yang di’temui wartawan Berita Harian baru baru ini.
“Dia hanya memberikan kenyataan kepada pihak media, sedangkan kami tidak pernah berbincang soal kahwin. Hubungan kami juga boleh diumpamakan retak menanti belah sejak dua tahun kebelakangan ini”
Almy Nadia juga meminta Fizz Fairuz supaya berhenti berbohong kepada media tentang perkahwinan mereka. Juga, pelakon wanita ini mengakui yang Fizz Fairuz adalah cinta mati beliau tetapi kini tidak pasti hala tuju hubungan mereka.

0 comments:

Post a Comment