Pastinya orang yang paling kecewa mendengar berita ini ialah Syahrini sendiri. Selama ini pasti Syahrini gembira kerana dapat bercinta dengan kerabat diraja, sayangnya hari ini kerabat Selangor sendiri menafikan yang Bubu atau nama sebenarnya Raja Mohamad Syazni adalah cucu kepada Sultan Selangor.
Kisah Bubu yang menyatakan dia adalah daripada golongan kerabat diraja Selangor telah pun sampai ke
pengetahuan Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan baginda bertitah yang yang mengatakan baginda tidak mempunyai cucu bernama Bubu. Tambah pelik ialah apabila penggunaan awalan “Raja” biasanya digunakan oleh kerabat Perak sementara kerabat Selangor menggunakan “Tengku”.
Diharap Syahrini dan Bubu dapat tampil ke hadapan dan memperbetulkan situasi yang ditimbulkan oleh mereka ini. Tak salah Abang Nara, sebelum ini siap ada pengakuan yang menyatakan hubungan mereka direstui oleh kerabat Selangor. Agak pelik juga macam mana perkara seperti ini boleh terjadi. Macam-macam jenis jugak manusia ini rupanya.
KAH KAH KAH, selepas baca entri dari ni, memey tergelak. Hmm kalau la dia tu bukan kerabar Sultan konpon si Syahrini ini keciwa....hehehe
0 comments:
Post a Comment