10:10 0

Memey Dinasihatkan Supaya Berehat Untuk Hamil

Selepas perkahwinannya dengan Norman, sudah tidak ada kisah-kisah yang kurang enak didengar. Namun sudah pasti ramai yang tertanya-tanya bilakah pasangan bahagia ini akan menimang cahaya mata. Walaupun anak itu rezeki di tangan Tuhan, namun doktor mengesahkan yang Memey perlu berehat sekiranya dia mahu hamil.

memey norman

Memey yang ditemui semasa majlis sambutan Hari Ibu di Rafflesia berkata:-
Alhamdulilah, sejak berkahwin rezeki saya murah dan saya tidak berhenti memenuhi tawaran berlakon. Oleh itu, sejak berkahwin kami kurang ada masa bersama disebabkan masing-masing sibuk dengan kerja. Saya akui memang tidak cukup rehat. Cuma minggu lalu sahaja saya dapat berehat selama dua minggu. Itu pun selama bercuti, saya ikut Norman pula pergi bekerja. Justeru, mungkin kerana kesibukan itu, saya sukar untuk hamil kerana menurut doktor, saya perlu banyak berehat dan tenangkan fikiran.
Ketika Memey berehat cuti 2 minggu, suaminya Norman telah meminta supaya Memey berhenti berlakon dan fokus menjadi pembantu peribadinya.

sumber: nara dan murai

0 comments:

Post a Comment