16:04 0

Erra Fazira Enggan Komen; cukuplah kenyataan Engku Emran

Susulan kenyataan media yang telah dikeluarkan oleh suaminya, Engku Emran baru-baru ini tentang rumah tangganya, Erra Fazira mengambil langkah selamat dengan tidak memberi sebarang komen tentang pengakuan suaminya itu. Bagi Erra, komen mengenai rumah tangganya adalah sesuatu yang sangat peribadi dan bimbang boleh disalahertikan.
erra fazira
Kata Erra kepada wartawan Berita Harian:-
Saya enggan memberi sebarang komen mengenai rumah tangga kerana ia terlalu peribadi. Setiap bait jawapan saya kelak, bimbang disalah erti dan memberi kesan buruk. Harap semua pihak faham
Cukuplah dengan pengakuan Engku Emran yang Erra masih isterinya seorang sebagai kenyataan terakhir. Yang penting, kita doakanlah agar status tersebut kekal sampai bila-bila buat Erra dan Engku Emran.

0 comments:

Post a Comment