Nampaknya pertelingkahan antara Neelofa dan Anzalna hanya akan dapat diselesaikan di mahkamah. Hari ini, Anzalna memberitahu Berita Harian yang dia tidak akan menjawab notis tuntutan Neelofa sebaliknya sudah bersiap sedia dengan bukti jika Neelofa berkeras untuk membawa kes tersebut ke mahkamah.
Namun begitu, Anzalna masih berharap dengan campur tangan SENIMAN, masalah ini dapat diselesaikan di luar mahkamah. Kata Anzalna:-
Kalau Neelofa berkeras nak bawa kes ini ke mahkamah, silakan. Ini kerana saya sudah bersiap sedia dengan bukti. Atas nasihat SENIMAN, saya tidak akan membalas notis diberi. SENIMAN mahu membantu menyelesaikan masalah ini. Jadi saya akan serahkan kepada SENIMAN untuk menguruskannya. Malah persatuan itu ada peguamnya sendiri. Apabila tarikh sudah ditentukan, saya akan kemukakan segala bukti yang ada. Saya sudah bersedia cuma dimaklumkan SENIMAN masih belum bertemu dengan Neelofa untuk mendapatkan tarikh sesuai.
0 comments:
Post a Comment