01:51 0

Tasha Shilla Tak Ada Masa Nak Layan

KUALA LUMPUR, 12 JUN 2012: Kerana sibuk dengan penggambaran telemovie bertajuk Duyung, pelakon sensasi yang juga perangkul Pelakon Baru Wanita Popular ABPBH 2011, Tasha Shilla tidak berkesempatan untuk mengikuti tentang isu kontroversi antara dirinya, Neelofa dan Anzalna.

Bercakap kepada portal murai.com.my sebentar tadi, tumpuannya kini hanya dalam bidang lakonan dan tidak mahu menoleh ke belakang lagi dengan kejayaan yang dikecapinya sekarang ini.

"Memang Tasha sekarang terlalu sibuk dengan penggambaran telemovie Duyung. Nak layan Twitter pun tak ada masa. Terpaksa Tasha tutup Twitter buat sementara.
"Apa yang perlu Tasha lakukan sekarang ialah dengan memandang ke hadapan dan tidak bertoleh ke belakang lagi. Biarlah tumpuan Tasha sekarang dalam bidang lakonan yang semakin menampakan hasilnya," katanya ringkas.

Ditanya mengenai reaksinya berhubung kenyataan Anzalna terhadap Neelofa dan dirinya dalam sebuah akhbar mingguan Ahad lalu dan diiukuti pula portal murai.com.my semalam, Tasha berkata dia langsung tidak tahu apa-apa.

"Ada beberapa orang wartawan yang telah menghubungi saya sejak semalam untuk meminta pendapat saya berhubung isu ini, tapi saya tidak boleh memberikan sebarang komen.
"Seperti yang saya katakan tadi, saya sedang sibuk dengan penggambaran dan sepanjang tempoh itu saya tidak mengikuti sebarang perkembangan dunia hiburan di luar sana. Saya tak mahu tersalah cakap pula," katanya positif.

Sumber: MURAI

0 comments:

Post a Comment