KUALA LUMPUR – Salah seorang anggota kumpulan Lucky yang menyertai pertandingan Raja Lawak musim ke 5, Khairul Nazmi Rodzy atau Bobo,24, disahkan menghidap penyakit buah pinggang.
Keadaannya ketika ini dikatakan kritikal dan lemah sehingga dia memerlukan buah pinggang yang baru untuk kembali pulih sedia kala.
Kata Bobo di portal Murai.com, dia sudah pun hampir seminggu berada di dalam wad di hospital Kedah Medical Centre akibat menghidap penyakit buah pinggang dan darah tinggi.
“Kedua-dua buah pinggang saya sudah tidak berfungsi dan saya memerlukan buah pinggang yang baru. Dalam tempoh itu, saya akan menjalani rawatan dengan mencuci darah tiga kali seminggu.
“Selagi belum ada buah pinggang baru, saya akan terus menjalani rawatan ini untuk terus hidup,” kata Bobo.
Menceritakan di awal penyakitnya dapat di kesan, Bobo memberitahu dia tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan sebelum ini.
Namun, dia mula berasa sakit ketika sedang menjalani sesi pengambaran drama dan selepas itu di terus pergi berjumpa doktor.
“Sebelum ini, saya tidak ada sakit apa-apa. Pun begitu, doktor memberitahu saya penyakit buah pinggang ini adalah sakit yang merebak dalam diam atau dikenali sebagai silent killer.
“Saya mula rasa sakit sewaktu saya menjalani penggambaran drama Kuli Kuat Kopang untuk Astro Warna. Selepas sakit, saya terus bergegas pulang ke Kedah dari Port Dickson,” katanya.
Tujuh hari yang lalu, Bobo berada dalam keadaan kritikal dan tidak sedarkan diri.
Dia telah dikejarkan ke hospital Kedah Medical Centre akibat buah pinggangnya gagal untuk berfungsi.
Bagi yang ingin membantu Bobo atau juga mempunyai niat untuk menderma organ, bolehlah menghubungi keluarga Bobo menerusi laman Facebooknya; FB.Khairunazwan Rodzy.
0 comments:
Post a Comment