17:11 0

Diacah tatu ketika tidur

cacah tatu tengkorak ketika tidur, Dicacah tatu tengkorak ketika tidur,
KUANTAN: “Sebaik terjaga dari tidur, saya berasa sakit dan pedih pada kedua-dua pangkal lengan sebelum terkejut melihat tatu berlambang tengkorak bersama sarang labah-labah serta tulisan yang sukar difahami.

“Saya bersama rakan lain langsung tidak sedar ketika kedua-dua lengan dicacah tatu kerana kami semua diberikan pil tidur mengandungi dos terlalu kuat,” kata Fae berusia 19 tahun, seorang daripada 45 pelatih yang nekad memboloskan diri petang kelmarin selepas empat bulan menerima rawatan di sebuah pusat perubatan tradisional di Wakaf Baru, Kelantan yang dianggapnya seperti neraka selain tidak dapat menanggung ‘dosa’ besar akibat badan dicacah tatu.

Menceritakan semula kejadian itu, Fae yang tinggal di sebuah tanah rancangan Felda, di sini, berkata, dia mengaku pernah terbabit dalam penagihan dadah hingga ibu bapanya mengambil keputusan menghantarnya ke pusat perubatan berkenaan kerana mahu memulihkannya dan menyangka pusat itu yang terbaik menyediakan rawatan.

Menurutnya, dia mendaftar masuk di pusat perubatan berkenaan pada 14 Mac lalu selepas dihantar ibu bapanya pada jam 2.30 petang sebelum dibawa kakitangan pusat rawatan tradisional itu ke sebuah bilik untuk tinggal bersama 45 penghuni lain.

Katanya, selepas beberapa hari menetap, dia mula berasa sesuatu tidak kena kerana tidak pernah menjalani sebarang rawatan tradisional seperti tercatat pada kad kecuali dia bersama 45 penghuni lain acap kali diberikan pil tidur.

Sumber : Hmetro

0 comments:

Post a Comment