Pelakon wanita yang juga isteri kepada pengarah, Faezah Elai dikhabarkan sudah pun hamil selepas setahun mendirikan rumah tangga bersama dengan Heykal Hanafiah.
Faezah telah pun mengumumkan berita gembira itu di laman sosial Twitternya petang semalam.
Tetapi, Faezah tidak memberitahu maklumat lanjut mengenai perkhabaran gembiranya itu.
Kata Faezah, hanya berita kehamilannya sahaja yang mahu diberitahu.
“Saya sudah disahkan hamil setelah hampir setahun menikah Itu saja dpt sy gitau skrg,” tulis Faezah.
Mungkin agaknya Faezah baru membuat ujian kehamilan sendiri di rumah? Dan belum lagi berjumpa dengan doktor untuk mengetahui sudah berapa bulan minggu dia mengandung?
Apa-apa pun, tahniah untuk Faezah dan semoga kesihatannya sepanjang proses kehamilan akan berjalan dengan lancar. InsyaAllah.
0 comments:
Post a Comment