19:18 0

Berpisah Bukan Sebab Orang Ketiga – Qi


KUALA LUMPUR – Meskipun sudah dapat menerima kenyataan bahawa kini hubungan cintanya sudah pun berakhir, namun pengacara, Qi Razali atau nama sebenarnya Qushairi Razali akui hatinya kini masih ada buat bekas kekasihnya iaitu penyanyi Yunalis Zarai atau Yuna.

KLIK SINI >>> [berita Yuna Dan Qi Berpisah]
Bagaimanapun, Qi Razali memberitahu dia tidak akan menolak andai jodohnya kelak akan bersatu bersama penyanyi lagu Terukir Di Bintang itu.
“Ya, memang kini status kami sudah bertukar daripada kekasih kepada kawan kerana kami membuat keputusan untuk lebih tumpukan kepada komitmen kami kepada kerjaya masing-masing.
“Hubungan kami tidak pernah putus dan sebenarnya masih lagi berkawan baik serta berjumpa, malah hubungan saya bersama keluarganya juga masih baik.
“Terus-terang, saya tidak kecewa kerana harapan itu masih ada dan kami masih lagi berkawan. Lagipun hati saya masih lagi ada buat Yuna. Saya juga percaya kalau dah jodoh tidak akan ke mana,” katanya yang dihubungi oleh murai.com.my
Terdahulu, dalam akhbar Berita Harian, Yuna telah mengumumkan bahawa dia dan Qi Razali sudah membawa haluang masing-masing.
Dalam pada itu, pengacara Art Attack ini turut menafikan bahawa perpisahan mereka adalah disebabkan orang ketiga.
“Bukan kerana orang ketiga walaupun kami masing-masing ramai kawan. Tetapi seperti apa yang saya katakan tadi, ianya adalah kerana kami masih sibuk dengan kerjaya masing- masing.
“Saya pun tidak boleh nak paksa dia balik ke Malaysia dan menjalinkan hubungan seperti biasa. Tapi saya tidak akan berbohong, jika satu hari nanti saya ke sana untuk bersamanya,” luahny lagi.
Qi yang baru balik daripada Argentina untuk penggambaran Art Attack Asia itu sedang merancang untuk mengarahkan telefilemnya sendiri tidak lama lagi. – Murai.com.my

0 comments:

Post a Comment