17:52 0

Datuk Fazley & Azwan Ali Berbaik


KUALA LUMPUR – Produser dan pengacara sensasi, Azwan Haji Ali mengakui terasa hati dan baran dengan sikap penyanyi dan juara Masterchef Selebriti, Datuk Fazley Yaacob sewaktu di peringkat akhir pertandingan memasak itu.
Azwan ali berkata, sikap Fazley dalam rancangan realiti itu telah melukakan hatinya.
Kerana sikap Fazley itulah membuatkan Azwan hampir mengamuk dan tidak mahu berkawan dengan Fazley lagi.
Namun, Azwan enggan memanjangkan isu tersebut dan gembira kerana Fazley sendiri sudah pun memohon maaf secara peribadi kepada dirinya.
“Terus-terang memang saya pernah mengamuk dan agak baran dengan Dato’ Fazley kerana sikapnya yang telah melukakan hati saya ketika kami sama-sama dalam program masakan itu.
“Namun begitu, biarlah saya menyimpan sahaja punca yang menyebabkan saya menjadi terlalu marah dengan sikapnya itu kerana saya sendiri tidak mahu memanjangkan lagi hal ini. Lagipun, Fazley sendiri sudah mengakui kesalahannya serta meminta maaf secara peribadi kepada saya,” kata Azwan yang dipetik dari portal Murai.com.
Dengan rasa rendah diri yang ditonjolkan oleh Fazley, Azwan mengagumi sikap Fazley dan bangga kerana masih lagi ada artis yang sejujur Fazley sanggup mengakui kesilapan diri sendiri.
Sementara itu, dalam laporan portal Oh Bulan.com, Fazley berkata, dia percaya berlakunya salah faham antara dia dan artis yang penuh kontroversi itu.
Bagaimanapun, dia juga tidak mahu melebarkan lagi isu panas itu sama seperti Azwan.
“Rasanya mungkin ada salah faham di antara kami tetapi saya sendiri kurang pasti apa isunya.
“Namun, apa pun isunya saya terlebih dahulu sudah bertanyakan sendiri serta meminta maaf kepada Azwan secara peribadi, jika saya ada membuat hatinya terluka,” kata Fazley.

0 comments:

Post a Comment