Ini kata Nora:
Begitu juga dengan soal seksi dan berpakaian yang banyak kali saya ditegur. Saya terima dan menghormati setiap teguran itu kerana jujurnya saya melihat ia satu perkembangan yang baik buat diri saya secara peribadi. Setidak-tidaknya mereka sayangkan saya dan kerana itu tidak henti mereka berpesan dan menegur. Ia bagai satu doa yang terus memberikan saya inspirasi positif buat diri saya. Mana tahu, jika pesan itu berterusan ia akan mengubah diri saya. Semua itu kerja Tuhan dan saya terima dengan hati terbuka.
Dia Juga mengaku masih Single:
Saya tidak mempunyai sesiapa yang istimewa lagi. Sejak berpisah lebih empat tahun lalu, saya masih sendiri memberi tumpuan penuh kepada kerjaya, keluarga dan keutamaannya pada Rayqal yang makin membesar. Saya bahagia dengan kehidupan sekarang dan sentiasa mengharapkan kebahagiaan ini berterusan. Namun saya ada berkawan dan mengenali beberapa individu. Semuanya hanya kawan dan tidak pernah lebih daripada itu. Jika tertulis saya dipertemukan dengan mana-mana lelaki yang sempurna membimbing, saya akan kongsi dengan peminat nanti. Doakan saja segala yang baik buat saya
0 comments:
Post a Comment