Seorang anggota polis trafik akan menempuhi episod malang dalam hidupnya apabila cuba meminta rasuah atau sogokan dari seorang selebriti iaitu pelakon dan DJ radio Tyzo ataupun namanya penuhnya Tuah Zoqarnain Idris.
"Saya ditahan oleh salah seorang anggota polis trafik pada Isnin lalu dan dia meminta sogokan sehingga menyebabkan saya terpaksa melaporkan perbuatan buruk itu kepada pihak atasannya agar menjadi pengajaran kepada anggota terbabit serta polis-polis lain.
"Bukan setakat pihak PDRM sahaja, malah saya turut memaklumkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan mereka telah memberikan respons terhadap laporan berkenaan,"
Tyzo berkata dia ditahan kerana kesalahannya memandu kenderaan menggunakan cermin gelap dan anggota polis berkenaan memberi pilihan sama ada untuk menyelesaikan kes tersebut dengan memberi sogokan ataupun mengeluarkan saman.
Katanya, selepas memohon maaf kerana kesalahan itu, anggota polis tersebut tetap menyuruhnya membuat pilihan yang ditawarkan sehinggalah Tyzo terpaksa memberitahu dia adalah petugas media dan akan melaporkan perbuatan itu kepada pihak atasan PDRM.
“Mungkin kerana terkejut dengan penjelasan itu, anggota tersebut melepaskan saya dengan meninggalkan saya begitu sahaja tetapi saya sempat mencatat nama dan nombor badannya,”Katanya, selepas memikirkan beberapa perkara, dia telah menulis mengenai peristiwa itu lalu mengirimkannya kepada pihak atasan PDRM termasuklah Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menerusi e-mel serta pihak SPRM. -mStar-
0 comments:
Post a Comment