11:26 0

Bekas Suami Anne Ngasri, Wafi Bertunang



Bekas suami kepada aktres Anne Ngasri, Wafi telah selamat melangsungkan majlis pertunangannya bersama Rafeda Razif pada 28 Oktober lalu. 
Difahamkan juga, Wafi dan Rafeda baru sahaja berkenalan awal tahun ini. 
 
Rafeda merupakan seorang pengarah di sebuah syarikat produksi yang banyak menerbitkan doku-drama. 
 
Menurut sumber lagi, mereka bakal melangsungkan majlis pernikahan pada hujung tahun ini.

0 comments:

Post a Comment