13:01 0

Itu gambar lama, masa 16 Tahun - Emma Maembong

Ekoran tersebarnya gambar kekasihnya, KLIK SINI , Emma telah memberi jawapan.

Ini kata Emma:

“Zaman remaja pasti akan ada “culture shock”, jadi saya sebagai anak muda lagi-lagi anak ayah, apabila sekali dapat keluar semua benda nak cuba. Waktu itu saya berumur 16 tahun. Kawan-kawan, sedara-mara dan keluarga turut serta dalam percutian tersebut. Kawan-kawan pakai seluar pendek, saya pun nak pakai. Tetapi selepas meningkat dewasa dan matang, saya boleh berfikir yang mana buruk dan yang mana baik.”

“Foto-foto itu merupakan barangan peribadi, hanya beberapa teman rapat saya yang memilikinya. Jadi saya tidak tahu sama ada foto tersebut di hantar sendiri oleh teman rapat atau orang yang dengki dengan saya.”

“Masing-masing ada sejarah sendiri, benda yang dah lepas biarkan lepas, masa itu Emma budak-budak lagi apa yang penting kehidupan baru yang sekarang, kehidupan Emma bukan macam dulu lagi”

-OhBulan-

0 comments:

Post a Comment