TEMUBUAL DENGAN JUE AZIZ TENTANG AIDIL
Sebuah akhbar semalam ada menyatakan bahawa Jue telah mendapat hadiah mahal daripada Aidil selain mendakwa hubungan Jue dan Aidil kini semakin serius dengan panggilan sayang. Apa komen Jue?
Bagi Jue, ini semua mengarut dan tidak betul. Jue sendiri tidak tahu apa-apa dan sebab perkara ini boleh berlaku. Mungkin orang itu gembira dengan membuat cerita-cerita seperti ini. Jadi, biarlah dia nak cakap apa. Bagi Jue, benda (gosip) itu semua tidak betul.
Jika semua gosip itu tidak benar, kenapa Jue mendiamkan diri dan tidak mengambil apa-apa tindakan?
Mula-mula memang saya ada niat nak bawa kes ini ke mahkamah dan rujuk kepada peguam tetapi bila fikir balik saya kasihan dengan keadaan orang itu. Dengan anak-anak masih kecil dan masalah dengan suami. Jadi, saya tidak jadi nak buat semua itu dan lebih selesa berdiam diri. Lagipun, saya tak sezalim itu untuk kenakan orang.
Jadi, Jue tahu siapa yang buat (cipta) semua (gosip) ini?
Mestilah saya tahu tapi saya tidak mahu dedahkan siapa dia. Biarlah saya dan dia sahaja yang tahu.
Apa Jue akan buat apabila orang asyik mengata sahaja?
Sebelum ini Jue dah bagi komen tentang benda (gosip) Jue dan Aidil, namun terpulang kepada orang tersebut. Sebab itu urusan dia dengan Allah.
Bagaimana pula dengan perkembangan kerjaya Jue sekarang ini?
Sekarang ini, Jue sedang sedang menjalani penggambaran sebuah program TV 26 episod untuk stesen Radio Televisyen Malaysia. Tawaran lain ada tapi buat masa ini Jue mahu memberi tumpuan sepenuhnya terhadap program tersebut memandangkan Jue pun baru sahaja habis penggambaran episod yang menjalani penggambaran di Sabah. Bila sudah selesai semuanya, insya-Allah kalau ada tawaran lain, Jue tidak akan tolak.
-KOSMO-
0 comments:
Post a Comment