KUALA LUMPUR – Penyanyi baru yang muncul dengan single barunya awal tahun lalu, Nor Atiqa Noor Azraff, 23, atau mesra dikenali sebagai Kaka pelik dengan tanggapan sesetengah pihak mengatakan dia meniru gaya dan perlakuan penyanyi rock negara, Ella.
Pelantun lagu ‘Bawa Aku Pergi’ itu sedar cerita itu timbul kerana disebabkan dia merupakan anak saudara kepada Ella.
Perlakuan Kaka yang suka memintal rambutnya dan berjalan seperti Ella membuatkan ramai mengatakan dia sudah meniru gaya Ella untuk lebih popular.
Bagaimanapun, Kaka menegaskan dia mempunyai identitinya sendiri dan bukanlah meniru gaya Ella.
“Maaf, saya tak tiru Ella. Saya tak tahu nak cakap apa apabila ada yang menganggap saya ingin jadi seperti dia.
“Ini semua gara-gara saya dilihat kerap bermain rambut sendiri, sama seperti Ella yang juga ibu saudara saya itu. Jujur saya katakan, tabiat itu sudah lama ada dalam diri sejak kecil lagi. Malah saya percaya, kebanyakan wanita memang gemar bermain atau memintal rambut,” kata Kaka yang dipetik dari laporan mStar Online.
Tanggapan orang ramai itu membuatkan Kaka pelik berada dalam situasi dirinya sebenar yang tidak pernah meniru identiti sesiapa.
Malah, Kaka juga hairan dengan persepsi tidak baik itu hingga menyebabkan timbulnya cerita dia meniru Ella memandangkan dia dan Ella membawa genre muzik yang berbeza.
“Pelik rasanya apabila berada di situasi seperti ini kerana saya sering menjadi diri sendiri tidak kiralah sebelum bergelar penyanyi mahupun selepas.
“Malah genre muzik kami juga berbeza iaitu saya lebih ke arah pop dan R&B manakala Ella pula bermuzik rock,” katanya.
0 comments:
Post a Comment