Baru-baru ini melalui sebuah akhbar tempatan, Nora Danish yang sudah 2 kali mengerjakan umrah mengakui bahawa dia mengambil keputusan untuk memakai tudung tidak lama lagi.
“Saya sudah berubah, namun perubahan yang saya lakukan ini bukan secara mendadak tetapi perlahan-lahan. Alhamdulillah, saya sudah dua kali menunaikan umrah. Insya-Allah saya akan bertudung tidak lama lagi, saya sedang nantikan masa yang sesuai.”
– kata Nora Danish, dipetik dari Utusan Malaysia
Nora juga turut meminta agar para peminat tidak mengatakan yang dia bertudung hanya kerana trend masa kini.
“Saya tidak mahu nanti ada yang kata saya bertudung kerana ikut trend sekarang. Saya ingin lakukannya dengan hati yang ikhlas. Saya juga ingin berterima kasih kepada peminat yang selama ini tidak putus-putus memberi semangat kepada saya.”
0 comments:
Post a Comment