23:00 0

Ana Dahlia akui alami pergolakan rumah tangga






Semenjak kisah rumahtangga beliau menjadi perhatian, ini buat pertama kali Ana Dahlia membuka mulut kepada pihak media tentang apa sebenarnya yang berlaku. Lebih kurang.
“Hanya saya dan Riz sahaja tahu,” ujar Ana Dahlia ketika beliau di’minta mengulas tentang apa yang terjadi di’sebalik kemelut rumahtangga beliau bersama Chef Riz ketika ini.
Ana Dahlia turut berkata yang hubungan beliau dengan bapa mertua, Chef Wan masih baik & beliau tidak menerima apa apa tekanan daripada bapa Chef Riz berkaitan isu ini.
“Apa yang berlaku saya tidak boleh ceritakan, Riz lebih tahu — saya perlu jaga banyak hubungan dan tidak mahu mengaibkan sesiapa. Tetapi, satu hari nanti semua orang pasti tahu”
“Perkahwinan kami tidak sampai pun setahun, baru 11 bulan & keputusan saya berkahwin cepat dengan Chef Riz sebelum ini pun kerana keluarganya yang begitu baik,” ujar Ana Dahlia.
Di’temui semasa majlis pelancaran drama slot Akasia berjudulCinta Itu Milikku, Ana Dahlia mengulangi penafian yang beliau pernah curang atau keluar dengan mana mana lelaki.

“Ketika ini, saya tidak mampu untuk cakap apa & hanya mampu berdoa. Setiap rumahtangga pastinya ada pahit manis & kalau jodoh saya panjang dengan Riz kami pasti akan kembali bersama,” luah Ana Dahlia yang turut berharap peminat tidak menilai beliau dengan gossip yang tersebar.

Sumber: Rotikaya

0 comments:

Post a Comment