00:46 0

Chef Wan Enggan Ulas Rumah Tangga Anak

Ekoran kisah Chef Riz dan Ana Dahlia kini menjadi bualan orang ramai {LINK},  pihak mStar cuba mendapatkan komen dari Chef Wan:

Chef Wan mengarahkan anak dan menantunya agar berdiam diri daripada memberi sebarang kenyataan kepada pihak media.
PETALING JAYA: Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan menganggap pihak media yang sentiasa memburu cerita panas mengenai rumah tangga anak dan menatunya diibaratkan seperti ikan piranha.
Kata Chef Wan, beliau tidak akan sesekali membuka pekung di dada selain telah mengarahkan anaknya Mohd Nadzri (Chef Riz) dan menantunya Ana Dahlia agar berdiam diri daripada memberi sebarang kenyataan yang boleh disalahertikan.
“Berdiam diri adalah cara terbaik dalam menghadapi isu ini kerana ia adalah urusan peribadi perkahwinan mereka, bukan urusan anda semua (pihak media)," katanya kepada mStar Online menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang dikirimkan.
Chef Wan memberitahu, beliau juga tidak mengamalkan sikap menceritakan apa juga konflik dalaman keluarga kerana ia hanya akan mengundang fitnah dan spekulasi kepada khalayak yang tidak mengetahui perkara sebenar.
"Kenapa anda bertanya kepada saya dan bukan mereka? Sibuk hal rumah tangga orang, tanya pada bapa mertua buat apa?
"Anda tahu yang anda tidak akan dapat apa-apa kenyataan daripada saya. Saya enggan memberikan apa-apa komen," tegasnya.

0 comments:

Post a Comment