12:40 0

Benjy Tumbuk Jurugambar Akhbar

Benjy tumbuk jurugambar akhbar sewaktu dibawa ke Mahkamah Majistret Ampang
Pelakon Benjy yang ditahan kerana kerana penyalahgunaan dadah telah bertindak agresif apabila dia menumbuk salah seorang jurugambar akhbar yang sedang menjalankan tugas.





Benjy atau nama sebenarnya Khaeryl Benjamin yang didapati positif dadah jenis syabu itu menundukkan muka dan menutup wajah untuk mengelakkan gambarnya dirakam.

Akhbar Utusan Malaysia melaporkan aktor berusia 35 tahun yang juga merupakan anak kepada seniwati Azean Irdawaty telah mengasari dan menumbuk kepada jurugambar yang merakam wajahnya serta menepis beberapa kamera jurugambar lain sewaktu dia dan lima lagi rakannya dibawa ke Mahkamah Majistret Ampang untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

Pagi Rabu lalu Benjy telah ditahan selepas polis membuat serbuan di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa kira-kira jam 11.30 pagi. Hasil serbuan, polis berjaya menemui dadah seberat 4.7 gram yang disorok di salah sebuah bilik di kondominium tersebut.

Antara lain yang turut ditahan adalah lima rakan artis itu termasuk bekas pembantu peribadi Benjy dan dua wanita berusia antara 27 hingga 38 tahun pagi kelmarin.

0 comments:

Post a Comment