09:04 0

Afiq dan ibu sudah berbaik


Laporan : Rotikaya
Walaupun sebelum ini kemelut keluarga yang melanda antara Afiq Muiz & ibunya seperti tiada kesudahan, kenyataan terbaru pelakon ini kepada media seakan mengatakan semuanya sudah pun berakhir.

Bercakap kepada Berita Harian, Afiq Muiz enggan lagi kongsi kisah peribadi beliau bersama media kerana nampak tiada guna menegakkan kebenaran selain kenyataan sebelum ini sering di’tokok tambah.
“Tidak guna saya beriya iya menegakkan kebenaran, kelak diri saya juga yang dipersalahkan. Lagi pun, kenyataan saya selama ini sering ditokok tambah dan seterusnya saya yang menjadi bahan fitnah”
Afiq Muiz dalam kenyataan beliau juga berkata yang hubungannya dengan ibu sudah pun baik tetapi tetap enggan bercerita bagaimana semuanya kini kembali normal kepada media.
Menjawab gossip yang mengatakan beliau & Eina Azman di’lihat mesra berpimpin tangan ketika keluar bersama di Bangsar, Afiq Muiz sekali lagi menegaskan yang hubungan mereka hanyalah sekadar sahabat baik.

0 comments:

Post a Comment