Selama setahun mereka menyulam cinta, walaupun bukanlah satu jangka masa lama, namun banyak kenangan manis mahupun pahit yang telah lalui bersama. Biarpun kini cinta pelakon Hanez Suraya bersama penyanyi kelahiran Singapura, Awi Rafael sudah tinggal sejarah. Namun jauh disudut hati, aktres ini mengakui masih sayang pada jejaka yang pernah bertakhta ni hatinya itu.
Hanez berkata selepas kembali solo sejak sebulan lalu, masanya banyak dihabiskan pada kerja. Malah gadis kelahiran ibu kota Kuala Lumpur ini belum terbuka hati untu mana-mana lelaki buat masa ini.
“Alhamdulillah, tak banyak beza sangat. Hanez sekarang lebih sibuk dengan lepas satu, satu penggambaran. Dulu pun sebenarnya sibuk juga, cuma sekarang dah takde lagi peneman, dah tak ada orang call.
Menurut Hanez, sebelum membuat keputusan berpisah, kedua-duanya cuba menyelamatkan cinta yang dibina namun takdir menentukan yang hubungan mereka hanya setakat di situ saja. Tidak menyalahkan sesiapa malah Hanez menyangkal dakwaan perpisahan tersebut berpunca gara-gara orang ketiga.
0 comments:
Post a Comment