“Untuk tahun ini juga, saya memperuntukkan wang untuk dijadikan duit raya kepada saudara mara saya. Pertama kali saya mengeluarkan wang sendiri untuk duit raya. Lebih kurang RM1,500 saya gunakan untuk perkara tersebut. Saya gembira sekali dapat berkongsi rezeki yang saya terima dengan saudara mara saya yang lain,” ulas gadis yang masih bergelar mahasiswa Universiti Malaysia Perlis ini.
Saat diusik adakah Ainan telah berkunjung ke rumah kekasihnya bersempena dengan ketibaan Syawal ini, Ainan menjelaskan dia belum lagi berkesempatan untuk mengunjungi rumah teman istimewanya.
“Saya masih belum sempat untuk berkunjung ke rumah dia lagi pada tahun ini kerana agak sibuk dan kesuntukan masa. Syawal yang lalu, saya sempat singgah ke rumahnya untuk berhari raya. Tapi pada tahun ini, saya akan berkunjung juga ke rumahnya untuk beraya namun belum ada tarikh yang sesuai,” jelas pelantun lagu ‘Aku Suka Dia’ ini.
Mengulas mengenai perkembangan terbaru kerjaya seninya selepas keluar dengan ‘single’ yang berjudul ‘Kamu Saja’ sekitar bulan Jun yang lalu, Ainan mendedahkan yang dia sedang dalam perancangan untuk berkolaborasi dengan pelantun lagu ‘Be Mine’, Tasha Manshahar.
Berkolaborasi tu ape?
ReplyDeleteBerkolaborasi tu maksudnya ainan tasneem nk buat lagu dngn tasha manshahar.dia nak nyanyi sesame dngn tasha.
Delete