17:38 0

Lelaki pukul isteri mengaku tidak bersalah


BUKIT MERTAJAM: Lelaki yang membelasah isterinya di dalam lif sebuah hospital swasta, di sini, Isnin lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam kira-kira jam 3 petang tadi.

Tertuduh, Mohammad Affandi Ismail, 36, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan. 

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan pada mangsa dalam kejadian pada 12 Ogos lalu, kira-kira jam 4 petang. 

Sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara tidak melebihi setahun atau boleh didenda tidak melebihi RM2,000.

Perbicaraan ditetapkan pada 12 September ini.


0 comments:

Post a Comment