09:36 3

Zain Saidin jelaskan punca pergaduhannya dengan Rozita Che Wan

Sebelum ini timbul cerita tentang pasangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin yang dikatakan berselisih faham hingga pelakon wanita jelita itu merajuk panjang. 

Menerusi Harian Metro, Zain Saidin tampil menjelaskan perkara sebenar di sebalik penyebaran cerita itu di laman maya. Katanya, memang berlaku selisih faham antara mereka hingga Rozita merajuk namun tidaklah seteruk sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh media.

“Rozita seorang yang sensitif dan dia sentiasa mahu saya berada dekat dengannya. Kalau dia telefon, saya kena angkat. Sebagai kekasih, saya kena betul-betul jaga hatinya. Apa juga berlaku, biasanya kami akan berbincang dan selepas itu semua masalah akan selesai."

“Perkara itu bukan saja membabitkan diri Rozita tetapi juga saya. Sebagai lelaki, saya juga sukakan perhatian. Saya juga akui lelaki tidak suka dikongkong, tetapi saya tidak suka juga kalau kekasih hati lepas pandang begitu saja."

“Saya pula jenis tidak suka merajuk tetapi tidak dinafikan saya kuat cemburu. Apabila berdepan situasi seperti itu, saya harus bersikap matang dan menyedari perkara itu berlaku kerana kesibukan bekerja bagi mengumpul belanja untuk majlis perkahwinan.” 

"Rozita kadangkala suka dia diberi perhatian dengan menjenguknya di lokasi. Namun kebelakangan ini, Zain akui dia terlalu sibuk dan tidak dapat melakukan perkara yang sering dilakukan terhadapnya."

Menjelaskan lebih lanjut mengenai perselisihan faham dengan kekasih hatinya, Zain mengakui risau dan bimbang apabila saling berjauhan. Ini berikutan penyebaran banyak gosip cinta lokasi oleh media.

“Bagaimanapun, Rozita percayakan saya. Perkara itu tidak menjadi isu. Cuma ia berpunca kerana saya tidak dapat meluangkan lebih banyak masa untuknya. Rozita kalau merajuk pun sekejap. Bila dipujuk, hubungan cinta kami kembali seperti biasa."

“Memudahkan perjalanan hubungan cinta kami ini, kalau ada perkara berlaku, kami akan sama-sama duduk dan berbincang. Ibaratnya tiada rahsia antara kami. Kejujuran menjadi pengikat dan penguat kasih.”


3 comments:

  1. YOK YOK Oooo je

    ReplyDelete
  2. Nak cri duit kwin bpe bnyak lg?xhe ta mintak harga mcm anak2 dara nak kwin ke?dyetu bkan muda lg pown...yg pntg nikah...grand blakg citer la...adoiii..artis2

    ReplyDelete
  3. takpe la kak rozita.. klau zain tu lmbat sngat nak mminang cari je la llaki lain yg lbih baik.. si zain tu bkn baik sngat ponn.. blagak + kurang ajar je lbih.. mnyampah je harap muka je dia tu.. :D

    ReplyDelete